Lelaki dan Perempuan Sangat Berbeza Tapi Saling Memerlukan

By Mysara Newrie - Wednesday, July 20, 2011



Pasang lagu yang paling sentimental dalam hidup anda dan baca entry bawah ini


Salam. Baru selesai memujuk kawan aku yang menghadapi masalah dalam hubungan cintanya. Kepada dia, aku titipkan nasihat kepada dia. Semoga hubungan kau dan die kekal sehingga ke akhir hayat kau. Amin :)


Dengan ditemani lagu Nsync, This I Promise You, membuatkan aku terfikir. Lirik lagunya membuatkan aku menghela nafas dalam dalam dan menghembuskannya kembali. Indahnya bercinta kan?


Kepada sang lelaki, dalam perhubungan, perempuan hanya memerlukan kasih sayang yang tak pernah putus, buat kami sentiasa rasa disayangi, diperlukan dan diberi perhatian yang sewajarnya. Anggap kami ini bukan setakat kekasih hati, malah juga kawan baik untuk meluahkan perasaan.


Jika ada apa-apa yang tak puas hati, luahkan kepada kami. Mungkin ada kalanya kami tak sedar yang kami sedang melakukan kesalahan. Tapi terpulang kepada sesetengah perempuan itu, mahu ikut atau tak. "Im for myself and my family. You can advice me but its up to me whether want to follow it or not" itulah cakap kawan aku


Jangan pernah sesekali cakap belakang kepada kami. Kami tak suka. Seolah-olah kami ini tak ada apa-apa dalam hidup kamu. Jika mahu kami menjadi permaisuri hidup kamu, buktikan. Jangan hanya cakap sahaja.


Tapi kadang-kadang mood perempuan ibarat ombak, ada pasang surutnya. Ketika die sedang berduka, bagilah kami semangat. Buat kami rasa disayangi dan dibelai. Oh ya ~ jadilah pendengar cerita dan luahan kami. Kalau kamu buat demikian, kami akan rasa lega sangat-sangat. Hanya duduk diam dan dengarkan sahaja luahan hati dan perasaan kami


Kepada sang perempuan, lelaki ini sukar ditafsirkan. Tetapi percayalah ~ lelaki hanya inginkan kita menghargai mereka dan menjadikan mereka hero kita. Mereka ingin buktikan kepada kita bahawa mereka adalah yang terbaik kepada kita


Jika ada masalah, diamkan sahaja. Jangan sesekali memberi nasihat atau jalan kepada lelaki kerana hero kita tidak gemar akan perkara itu. Tetapi jika sang lelaki meminta nasihat atau pandangan dari kita, berikanlah kepada mereka. Nasihatkan mereka dengan sebaik-baik dan penuh kasih sayang.


Lelaki dan perempuan mempunyai bahasa komunikasi yang sangat-sangat berbeza. So janganlah disamakan perasaan lelaki dan perempuan. Nanti ada yang berduka dan akhirnya hubungan yang dibina terputus di tengah jalan.


Jika sang perempuan sedang bercerita, sang lelaki dengarkan sahaja. Sang perempuan hanya perlukan seorang untuk menjadi tempat luahan perasaannya. Sang perempuan, jika sang lelaki ada masalah, jangan ditambah lagi masalah kepadanya. Fikirkan perasaan sang lelaki itu


Kepada kalian yang mempunyai kekasih, beritahu pasangan anda bahawa anda sangat sayangkannya. Lupakan ego yang ada. Lupakan perkara yang sedih. Pandang masa hadapan anda berdua. Telefon dan biarkan dia tahu yang anda sangat sayangkannya. Biarkan air mata anda mengalir sekarang kerana sayangkannya dari air mata yang mengalir kerana kehilangannya


Ingatlah. Hargai mereka yang menyayangi anda. Sayang mereka dan berikan perhatian kepada mereka jika mereka perlukan. Bayangkan jika suatu hari nanti, mereka yang pernah anda panggil sayang, tidak ada si sisi anda jika anda perlukan. Hargai mereka dan kasih kan mereka


Kepada kalian yang membaca, aku doakan hubungan anda dengan pasangan, kekal sehingga ke akhir hayat. Insyallah ~ Jika ada jodoh, pergilah jauh mana pun, si dia juga yang akan menjadi pemilik hati anda


Jika ada yang bersendirian, sabarlah menanti seseorang yang mungkin sedang menantikan kehadiran anda. Insyallah ~ Berdoa lah banyak banyak


p/s : Kau selalu memandang ke langit dan membiarkan aku termenung sendirian dan bila aku sedar, kau sudah jauh pergi dari aku




  • Share:

You Might Also Like

8 comments