Hati, Bertahan Ye :')

By Mysara Newrie - Wednesday, July 27, 2011




Tak tahu nak cakap apa dah. Letih, penat, serabut, pening. Letih tahu tak? -.-


Sekarang ini, aku rasa aku nak berdiam diri dulu sekejap. Tengok apa yang bakal terjadi seterusnya. Macam-macam itu ini. Haih ~ Manusia, lain orang lain perangainya kan :)


Hati, bertahan ye. Aku tahu kau dah banyak pendam perasaan tapi untuk kali ini, tahan ye. Sekejap je. Lepas ini aku bawak kau pergi ICU. Kita masuk ICU sama-sama tau. Sebab perasaan, kepala, badan, jiwa, mata, telinga, kaki, tangan semuanya nak ikut kau masuk ICU jugak. Diorang mengadu dengan aku, diorang pun dah tak tahan.


Hati, bertahan ye :')




Ya Allah ~ Aku mula nampak dan rasa apa yang bakal berlaku selepas ini. Kau kuatkanlah hati aku dan kawan-kawan aku agar kami semua dapat menempuh dugaan dan cabaran dengan hati yang tenang. Kau berikanlah kewarasan otak kepada kami agar kami dapat menyelesaikan semua masalah dengan baik

Ya Allah ~ Kau berikanlah sedikit cahaya kepada kami agar kami sama-sama dapat memahami antara satu sama lain dan dapat saling bantu membantu. Kau jauhkanlah perkara yang tidak diingini kepada kami. Kau kuatkanlah ikatan dan ukhuwah antara kami agar tiada yang bermasam muka dan saling memendam perasaan. Kau matangkanlah fikiran kami agar yang baik kami terima, yang buruk kami ketepikan.


Ya Allah ~ kau perkenankanlah doaku ini. Amin ~


  • Share:

You Might Also Like

2 comments