Educational Trip to Kuala Lumpur & Putrajaya :)

By Mysara Newrie - Friday, February 24, 2012

 

 Assalamualaikum

Sementara aku tengah free, aku pun updatela kejap :)


Minggu lepaslepas, hari Ahad Sir Mujibu masuk dalam kelas aku dan cakap "kalau you all nak pergi trip, buat proposal dan esok hantar. Saya dah bincang dengan Miss Nadiah. Kalau tak pergi trip, tak dapat 5% tue"


HAPE LAGI? Terus aku buat proposal semua dan kutip duit dari budak kelas A dan B. Nasib lah semua kasi kerjasama yang sangat-sangat tip top dan semua duit dapat dikutip dalam masa beberapa jam je. Hehe :)


Act trip ni budak kelas E dan F yang organize. Dah lama dengar dah tapi entah kenapa tetiba ada tawaran macam tue. So macam onn jelah ~ Lagipun lecturer sendiri yang suruh, apa lagi, bertambah-tambah lah onn nya tue! :D

Organizer Trip. Aup ; Project Manager :)

Organizer Educational Trip

Khamis pagi, pukul 6.20 pagi semua dah berkumpul tapi bertolak pukul 8 pagi sebab ada masalah sikit. Masa ni memang rushing giler sebab takut tak sempat nak pergi ke SPR. BTW ni adalah educational trip ke Kediaman Rasmi Perdana Menteri kita, Suruhanjaya Pilihanraya dan UIA. Memang best sebab tempat-tempat ini ada kaitan dengan study kitorang :)


Kompleks Seri Perdana, Putrajaya
Aku tak excited sangat kat sini sebab ni kali ketiga rasanya aku pergi sini sebab dulu-dulu aku dah pergi sini dah tapi masa tu dengan family aku dan kawan-kawan mak aku. So macam biasalah ~ Tapi sumpah cakap, memang lawa giler Kompleks Seri Perdana nie! :D Jakun kejap sebab terpegun @_@

Nak masuk, kena pakai kasut Aladdin dulu! :D
Lepas dah pusing-pusing dalam Kompleks Seri Perdana, time untuk makannnnnnnnnnnn! BTW dalam Kompleks Seri Perdana, tak boleh amik gambar. So tak adalah gambar untuk korang-korang tengok. Hehe ;)


BTW bayangkan, kitorang dari pukul 6 pagi tak makan pape sampai pukul 3 petang baru dapat makan. Memang kelaparan lah masing-masing. Makanan die perghhhhhhhhhhhhh ~ sumpah sedap giler! :D Tapi die punya dessert terbaik ar! :D


Muka kenyang lepas makan :)
Lepas makan, rushing pergi ke SPR pulak. Sampai-sampai je kat SPR, kitorang ada talk pasal pilihanraya. Semuanya ada kaitan dengan study kitorang so memang best lah sebab dapat tahu dan faham tentang pilihanraya dengan lebih mendalam. Dah lah dia punya penceramah memang best! :D

Penceramah SPR yang best! :D

Akak-akak di SPR yang baik dan ramah tamah belaka :)

SPR Putrajaya

My classmatesssss :)

LOVE :)
Lepas dah pergi SPR, pukul 6.30 petang kitorang pergi ke Masjid Putrajaya. Pergi sana, sembahyang. Tapi yang paling bestnya, aku dapat jugak pakai jubah tuuuuuuu! Alaaaaaa ~ jubah macam cerita Harry Potter tue :)


So bila dah start pakai, mula lah kitorang meroyan! HAHA :D Hamik gambar itu ini, siap record video lagi tau sebab ghairah sangat nak pakai jubah nie. HAHA :D

Dementorssssssssssss ~
Kemudian, pergi ke Alamanda Putrajaya. Lepak-lepak situ kejap sampai pukul 9 dan pergi ke Setiawangsa di mana tempat kitorang menginap. Masa ni masing-masing senyap je dalam bas sebab dah tidur dah! HAHA :D


Sampai kat Setiawangsa, aku dengan budak kelas aku dan kelas A pakat-pakat tarik tilam dan tidur bawah ramai-ramai. HOMAIGOD! Best giler duduk atas tilam ramai-ramai sambil borak-borak dan gelak-gelak. HAHA :D Lepas tu bayangkan tidur ramai-ramai, tapi lena sebab dah ada aircondddd! :D Walaupun penat, tapi borak je lah setakat yang mampu. HAHA :D

Pagi ; sedang bersiap-siap :)


Esok pagi, pukul 7 pagi kitorang bertolak pergi ke UIA untuk mendengar talk tentang political science. Aku tak ingat sebenarnya nama penceramah tu tapi ceramah dan talk dorang memang terbaik! :D Maaflah yer? Aku memang betul-betul tak ingat and mood blog kurang skettttt sekarang nie -.-

:)

My classmates with Miss Nadiah :)

Bajet bajet. HAHA :D

Suke gambar nie :)
Lepas dah pergi UIA, apa lagiiiiiiiiiiiii! Masa untuk bershoppinglah! :D Pergi Times Square. Sumpah aku cakap, banyak giler aku Hani dengan Angie shopping. Khalis ada call sebab nak ajak main theme park tue tapi kitorang tak nak sebab nak shopping punya pasal. HAHA :D


Lepak situ sampai pukul 8 dan terus sambung shopping kat Uptown pulak. HAHA :D Masa ini aku dah tak tahu nak beli apa dah. HAHA :D Just tengok-tengok je lah cuma aku ada beli kasut je :p HAHA :D BTW ada open karaoke you ollsss! Ingat nak nyanyi tapiiiiiiii kaki aku dah sakit sangat-sangat ~ Dalam otak fikir nak tidur je -.-


Esok pagi pulak, kitorang pun bertolak balik ke UiTM Dungun. Ingat nak pergi Taman Tasik Titiwangsa tapi pakcik bas tu ada kerja pulak. Dia ada trip lain so tak jadi. Duduk dalam bas, masing-masing sambung tidur. 


Tapi yang paling best, pakcik tu pasang video ceramah-ceramah Ustaz Azhar Idrus. Hape lagi, bergelak ketawa lah kitorang dalam bas sebab gelak :) Lunch dekat Gambang dan pukul 4.30 petang, selamat sudah sampai di UiTM Dungun! :D 


Alhamdulillah ~ Semuanya selamat dan tak ada pape yang berlaku. Semuanya okay dan have fun sajooooooooo :) Dapat ilmu, dapat barang baru. HAHA :D


p/s : Maaflah ~ momentum nak mengupdate blog macam dah berkurang sebab kesihatan yang tak mengizinkan -.-

 

  • Share:

You Might Also Like

8 comments