[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Thursday, May 31, 2012

Tips-Tips Untuk Mereka Yang Putus Cinta, Kehilangan Pakwe/Awek & Sewaktu Dengannya :)


 Assalamualaikum


Okay kali ini aku nak kasi tips putus yang konfem tak kan buat korang sedih punya. HAHA :D Ye ker? -.- Semua tips ini aku memang buat dulu. Memang amik masa tapi insyallah jika korang buat dan kuatkan semangat dan berdoa kepada Allah, insyallah akan berjaya :)


1st Menangis lah puas puas lepas korang break up tue. Tak nak nangis pun takpe tapi nanti sakitlah dada kau tu duk menahan sebak je kan? So dari korang duk simpan je, baik nangis. Nangis puas-puas sampai bengkak mata lagi bagus. Sebab apa? Sebab esok lusa kita dah tak nak ingat dia dah okay? :)


Ada sesetengah orang tu sekali je nangis lepas tu terus hati kental bagai macam keluli periuk mak kita kat dapur tue. Ada sesetengah tu pulak tiaptiap malam memang menangis teruk giler lah, macam aku -.-


Its okay kalau kau nak menangis tapi jangan sampai merosakkan diri kau. Menangis lepas tu terus tak pergi kerja ker, tak buat assignment ke, tak pergi kelas ker, pe bendoo tue? No no ~ tak boleh macam tue. Life must go on okay sayang-sayang ku sekalian? Tambahan pulak, konfem lepas menangis korang akan rasa macam lega sikit lah ~ Sikit pun jadi lah kan? :)




2nd pergi karaoke. Serius aku cakap, kau pergi lah karaoke lepas tu pilihlah lagu-lagu yang macam boleh boost up kan kau punya energy. Contoh lagu yang rancak dan macam kau boleh melompat-lompat sikit lagu Akan ku Tunggu by Candy, Mama by MCR, Lagu Untukmu by MUH atau apa-apa sahaja lagu yang boleh kau menjerit puas-puas hati


Sebab apa? Sebab bila kau menjerit, kau seakan-akan melepaskan sesuatu yang kau simpan dalam dada kau tu. Aku pernah buat benda nie. Masa Part 1 aku putus cinta, kawan-kawan aku bawak aku pergi karaoke. Lepas tu dah terus addict dengan karaoke sampailah ke sekarang nie -.-


Make sure kau bawaklah kawan-kawan kau sekali masa pergi karaoke tue. Atleast kau tak adalah rasa sunyi dan macam orang giler je kan duduk dalam bilik karaoke tue. Tapi kalau kau nak pilih lagu yang jiwang-jiwang macam lagu Pesanan Buat Kekasih by Spring ke boleh je tapi konfem lah kau akan menangis tersedu-sedu, macam aku. Sobssssssssssss :'(



3rd tengok cerita/program/kartun lawak. Hello? Sekarang ni kan dah ada macam-macam cerita lawak. Kau pergi je layan Youtube tu malam-malam dan tengok semua cerita tue. Kau cari lah Zizan dan Johan ker, tengok Maharaja Lawak ker, tengok Super Spontan ker. Konfem kau akan layan habis sebab dorang ni buat lawak yang sumpah macam nak kena lempang kan?


Bila kau gelak, konfem lah kau akan kurangkan rasa sedih tu sebab kau akan macam lupakan kejap kisah sedih kau tue. Just gelak je lah puas-puas hati kau biarpun orang lain rasa benda tu tak lawak. Haaaa ~ tak pun layan je Running Man tue. Tapi aku tak layan lah sebab aku takut aku jadi addict -.-



4rd sibukkan diri kau dengan kerja/study dan macam-macam lagi kerja yang konfem buat kau buzy. Tu petua yang paling utama. Untuk pengetahuan kawan-kawan sekalian yang baca blog aku ni dan yang study sama UiTM dengan aku, motif aku beria-ria dan bersemangat uruskan Dinner Part 3 kita dulu tu adalah sebab nak sibukkan diri aku lah


Sebab masa tu aku baru putus cinta dengan ex aku masa final exam Part 2. Masa tu memang aku sumpah sedih giler dan aku tak boleh nak lupakan dia. Tapi aku fikir aku tak boleh jadi macam tu so sebab tu aku memang kasi fokus giler dengan nak arrange dinner dan fokus dengan study aku.


Bila kau busy dan ada kerja banyak, otak kau akan selalu duk fikir macamana nak settlekan kerja yang kau dah amik tue. Otak kau akan selalu bekerja sehinggakan tak ada masa nak fikirkan pasal benda lain esp pasal ex kau. Betul weyh ~ Aku dah buat dan benda ni ternyata sangat-sangatlah mujarab :)


Tapi satu je lah ~ jangan sampaikan duk buzy sampaikan kesihatan pun terbiar jugak yer? :)



5th menulis. Kadang-kadang lepas kita dah buat semua benda nie, kita masih tak boleh lupakan dia. Kita menangis, teringat dekat dia dan rindu. Kalau macam tu, apa kata luahkan semuanya melalui penulisan, dengan berkata-kata. Insyallah boleh :)


Tapi ramai cakap yang "alaaa aku tak pandai nak menulis macam kau Mai". Weyh weyh kawan-kawan ku sekalian, korang ingat aku ni reti sangat ker? Aku ni reti tulis bendabenda tu time aku putus cinta jer. HAHA :D Kalau nak suh aku tulis sekarang, memang tak lah weyh ~ Tapi serius aku cakap, luahkan perasaan sedih tu melalui kata-kata akan buat korang rasa lega :) Insyallah



6th menjerit. Haaaaaaaaaaa ~ tips yang ni lebih kurang sama je macam tips yang atas tadi tapi kali ini cara die macam berbeza sikit. Kau pergi naik satu tempat yang tinggi ; bukit contohnya, tarik nafas dalam-dalam, sedut semua kesedihan kau dan menjeritlah puas-puas sampaikan kau rasa macam lega. Aku tak tipulah weyh sebab aku pernah buat dekat atas Bukit Bauk dulu masa study week. See? Orang lain belajar, aku sibuk layan perasaan -.-


Lepas dah menjerit, mesti rasa macam lega sikit. Kadang-kadang lepas kau menjerit, mesti kau akan menangis. Betul lah weyh ~ Aku tak tipu sebab kawan-kawan aku semuanya menangis tapi aku je yang tak. HAHA :D Insyallah ~ akan pergilah kesedihan korang tue :)


7th bersukan/jogging. Okay yang ni aku tengah on the way nak praktikkan. Aku putus cinta ker? Eh tak lah ~ Aku cuma rasa sunyi je sekarang nie so aku nak jogginglah. Kot kotlah boleh kurus kan? HAHA :D Tapi kasut jogging pulak tertinggal dekat kampung. Hadoiiiiiiiiiiii -.-


Bila korang berjogging, korang akan rasa lebih segar dan semua kuman-kuman bercinta korang akan keluar. HAHA :D Ada ke pulak dah? Lantok lah ~ Tapi memang betul sebab lepas korang jogging, korang akan rasa macam mengalami satu keadaan yang macam dah bertukar. Aku tak tahu nak cakap macam mana sebab korang kena rasa sendiri okay? :)


Kalau korang main sukan pulak, konfem lah korang akan begitu fokus dengan game yang korang main sampaikan macam korang boleh lupa kejap benda-benda sedih :) Betul weyh :) Aku tak tipu



8th luahkan kepada kawan-kawan yang korang percaya. Tipulah kalau dalam hidup korang tak ada kawan yang koran percaya kan? Berceritalah dengan dia, luahkan segala-galanya sebab insyallah beban tu akan rasa berkurang. Dan kawan-kawan korang pasti akan tolong dan bagi nasihat dekat korang


Tapi janganlah pilih kawan-kawan yang merosakkan korang. Mentang-mentanglah nak lupakan benda-benda sedih, diajaknya kau buat benda tak elok. Nauzibillah ~ Fikir secara waras tau? Jangan disebabkan dah putus cinta, bajet boleh buat semua benda dengan alasan nak happykan diri. Jangan begitu yer adik-adik, abang-abang dan akak-akak ye? :) Saya sayang awak semua. HAHA :D



9th mengaji al-Quran. Yang ni memang mujarab sebab bila korang mengaji korang akan rasa tenang je. Lagipun kita kan akan dapat pahala. Satu huruf yang kita sebut dalam al-Quran tu bersamaan dengan 10 pahala tau? Masyallah ~ begitu pemurah Allah swt. Jadi apa lagi? Rebutlah peluang nie :)


Tapi janganlah sebab putus cinta je baru nak mengaji kan? Hehe :) Kalau dah gembira dan dapat lupakan cerita-cerita sedih tu, apakata teruskan mengaji al-Quran tue. Allah swt lagi suka. Malaikat pun akan lagi suka kalau tengok kita macam nie :) Ingat ; al-Quran bukan dijadikan untuk hiasan semata-mata :)


10th dan yang terakhir sembahyang. Subhanallah ~ kawan-kawan, kalau kita sedih, bersembahyanglah. Sebab dengan sembahyang, kita dapat berkomunikasi dengan Allah swt. Paling best, bila semua orang dah tidur dan suasana senyap je. Kau amik wudhuk dan bersembahyanglah dengan cahaya malap.


Masa tu kau nak menangis teresak-esak pun, menangislah ~ Sebab Allah swt Maha Mendengar rintihan hamba-hambNya. Lagi kita mintak tolong dengan Allah swt, lagi Dia suka. So jangan segan-segan, nak malu-malu. Sembahyang dan luahkan segala-galanya dekat Allah swt sebab Dia Maha Mengetahui segala-galanya


Ingat ; Allah swt tak kan turunkan dugaan kepada kita kalau Dia tahu kita tak mampu nak hadapinya. Ingat tu! :D



yeahhhhhhhhhhhh ~ itulah dia 10 tips untuk putus cinta dan macamana nak elakkan dari rasa sedih sebab baru putus cinta. Aku bagi ni pun sebab aku tak tahu nak tulis apa dan kebetulan benda ni sebenarnya dah jadi draft aku masa aku final exam sem 4 lagi -.-


Ingat yer kawan-kawan? Benda yang aku bagi ini sebenarnya mengambil masa bukannya zapp zapp zapp terus kau boleh happy dan cari pakwe/awek baru -.- Hampeh lah kalau macam tue. Nak melupakan seseoarang tu memang mengambil masa, maybe sampai berbulan-bulan dan bertahun-tahun jugak lah kan? Yang penting, hati mau kuat :)


Sapa yang tengah putus cinta? Harap tips ini dapat tolong korang :) Hehe


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts