[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Saturday, May 26, 2012

Layakkah Aku Untuk Disayangi Setelah Ini Yang Terjadi Pada Aku?

 

 Assalamualaikum



Aku rasa aku dah lama tak bercerita tentang aku kan? Maksud aku macam, tulis entry jiwang lah ~ yelah selama ini tak ada masa pun huhu 


Petang tadi, tertengok satu cerita entah hape entah tajuk dia. Tapi dah nak habis dah. Ending cerita tu buat aku rasa sebak sangat tapi tak boleh nak nangis sebab mak ayah aku ada. Malu lah weyh nak nangis depan mak ayah sebab tengok cerita -.- So tahan je lah ~



Aku mengaku, aku dah banyak kali putus cinta ataupun makan hati bab-bab sayang menyayangi nie. Banyak kali sampaikan satu tahap tu aku rasa macam dah malas dah. Rasa nak berserah kepada Allah swt je untuk uruskan semuanya. Tapi dalam Semanis Kurma baru-baru ini, Ustaz tu cakap, kita kena cari dan berusaha untuk cari jodoh kita sendiri kan?


Aku bingung. Aku memanglah sangat slumber dan kadang-kadang macam giler sikit (ouh sikit ker? :O) otaknya bila dengan kawan-kawan aku. Kadang-kadang tu aku terfikir ada ke orang nak sayang dan cintakan aku, dengan keadaan dan perangai aku yang macam nie sebagaimana aku sayang dan cintakan orang tue? Sebab aku mengaku, kalau aku sayang, aku memang sayang betul-betul


Aku sangat rendah diri bab-bab macam nie. Sebab aku tahu setakat mana kemampuan aku, setakat mana kelayakkan aku. Aku tak berani nak demand macam-macam untuk bakal suami aku nanti sebab aku tahu aku tak layak. Cuma aku selalu berdoa, aku nak bakal suami aku nanti adalah orang yang mampu bimbing aku ke jalan yang diredhai Allah swt, yang boleh lindungi aku



1st love aku. Tak payah mention namalah yer? Aku sayang dia. Entah macamana entah aku dengan dia boleh tangkap cintun. Kitorang on off selama 3 tahun. Pada yang last kitorang couple, aku dah berjanji aku akan jaga hubungan aku dengan dia nie. 


Tapi sampai satu saat, akhirnya dia pergi tanpa memberi kata putus kepada aku yang setia menunggu dia. Dan yang paling aku sakit ialah dia pergi dari aku kerana orang lain. Berbulan-bulan lamanya aku makan hati kerana dia. Tiap-tiap malam, aku menangis kerana dia, menunggu dia, tiada siapa yang tahu. Tiap-tiap malam selimut dan bantal aku pasti basah dengan air mata aku. Bertahun-tahun aku cuba baiki hati aku ini


Dan sekarang, aku dengan dia, jadi kawan rapat teramat-amat sangat. Dan guess what? Makwe dia sekarang ini adalah kawan aku jugak. Dan makwe dia tu lah orang yang dia pergi ketika meninggalkan aku. Dan percaya lagi tak, kitorang pernah hangout sesama selama sehari suntuk?


Dalam aku duk sedihsedih tu, datang seorang kawan sekelas aku. Dia cakap dia dah lama suka dekat aku sebab perangai aku yang giler-giler dalam kelas. Aku tak tahu nak cakap apa tapi yang pasti aku pun terima je dia dengan harapan aku dapat lupakan kisah lama aku dulu. 


Aku akui, dia memang betul-betul sayangkan aku. Aku nampak kesungguhan dia dan keikhlasan dia. Dia suka buat something yang aku tak expect dan buat suprise depan aku sambil tersenyum lebar :) Aku masih ingat lagi senyuman dia tue. Kalau aku tak balas mesej dia, mulalah dia resah gelisah. Kalau aku tak ada kredit, sanggup topupkan aku dulu


Tapi lama-lama aku sedar, aku tak boleh go on dengan dia. Aku rasa aku hanya berpura-pura je dengan dia. Aku masih dibayangi dengan kisah lama aku. Jujur aku cakap, masa tu aku masih berharap dengan ex aku dulu. Dan akhirnya, aku lepaskan dia yang betul-betul sayang aku tue


Aku masih ingat lagi, hari di mana aku putuskan segala-galanya dengan dia. Dia menangis. Yup ~ dia menangis depan aku. Dia sebak sangat ketika tu dan tak mampu nak cakap apa-apa. Dan kejamnya aku ketika itu sebab lepas je aku cakap aku nak putus, aku terus tinggalkan dia tanpa menoleh ke belakang dan memujuk dia



Dan dalam aku dengan dia sibuk makan hati, tup tup aku dapat tahu dia dah couple dengan budak batch aku jugak masa tue. Dan yang paling maha hebat, makwe dia tu sekelas dengan aku dan of course lah ~ tiap kali waktu rehat, konfem dorang date dalam kelas. Dan yang lagi bestnya, makwe dia tu jadi senior aku dalam pancaragam sekolah aku dan dari situ aku dengan makwe dia tu jadi rapat, sampai sekarang. Dan dia pulak ~ aku masih berkawan sampai sekarang


Dalam aku duk melalui cerita sedih masa tu, dalam masa yang sama, datang seorang lelaki, budak kelas aku jugak. Hmm ~ aku tak tahu macam mana starting ceritanya tapi entah macamana aku dengan dia jadi rapat. Jadi rapat, waktu rehat je mesti nak berborakborak dalam kelas. Sebelum balik mesti nak lepak-lepak dulu


Then couple. Hmm ~ kejap je. Sebab aku dapat tahu dia bukan sayang aku dengan betul-betul. Dia hanya nak dengan aku sebab nak 'sesuatu' dari aku. Memang tak lah aku nak layan orang-orang yang macam ni kan? So aku say byebye je dengan dia. Aku ada harga diri yang aku simpan untuk yang halal sahaja nanti


Dan tak disangka-sangka, dia pun satu UiTM Dungun dengan aku, kos apa entah ~ Dan hari tu, dia ada bagi hadiah dekat aku. Hadiah tag nama warna kuning yang bertulis 'SARAH' yang aku letakkan dekat pencil box aku tue. Siapa cam?


Dan dalam masa aku duk praktikkan tagline 'hati keras jiwa kental' tiba-tiba ada satu mamat datang dan muncul dalam hidup aku. Semuanya kerana blog yang telah membawa aku dengan dia sama-sama jatuh cinta. Masa ini macam dah matang sikit lah ~ dah besar


Di saat-saat aku jatuh dan lemah semasa menghadapi hari-hari aku di UiTM, dialah semangat aku yang membawa aku ke atas. Dan tanpa aku sedar, aku dah sayang dekat dia bila dia mula nak dekat dengan aku. Dan dari situ, aku dengan dia mula rapat dan sayang menyayangi. 


Aku salah pada saat ini. Sebab masa tu dia sudah berpunya. Aku dah cuba untuk jauhkan diri aku sebab aku tak nak jadi penyebab kepada dia dan makwe dia putus. Tapi kuasa hati ~ aku tak mampu nak tolak. Akhirnya dia dan makwe dia putus disebabkan aku. 


Tak lama lepas itu, dia memutuskan hubungan aku dengan dia kerana masih sayang dengan makwe dia tue. Sakitnya aku masa tu dan bertambah-tambah sakit bila peristiwa itu berlaku semasa aku sedang menduduki final exam part 1. 


Tapi tak lama lepas itu, dia datang kembali kepada aku. Aku terima dia balik sebab aku percaya "manusia pasti membuat kesalahan dan patut diberi peluang kedua" dan aku dengan dia gembira selepas itu. Malah, aku rasa mak ayah aku tahu pasal hubungan aku dengan dia


Tapi apa yang aku harapkan tak menjadi kenyataan. Aku dapat tahu sesuatu dan buat aku mula curiga dengan dia. Dan tanpa disedari, aku salah membuat perhitungan dan pada malam genap 10 bulan kami bersama dan pada malam first paper final exam part 2, dia meninggalkan aku kerana dia mengikut kata hati dan nafsunya.


Aku rasa macam orang bodoh sangat masa tue, seolah-olah mudahnya aku dinilai oleh orang lain tanpa memberi peluang kedua kepada aku. Aku rasa peluang kedua dalam hidup ini seolah-olah tak wujud sama sekali. Aku merayu kepada dia, menangis tapi semuanya sia-sia.


Dan lalu aku menangis. Aku ingat lagi, aku rasa satu kolej boleh dengar aku menangis masa tue. Esoknya, kawan-kawan aku semuanya datang dan tanya kepada aku. Ya Allah ~ aku rasa masa tu lubang besar ditebuk dalam dada aku. Sungguh aku rasa sakit masa tue. Aku rasa aku telah hilang sebahagian aku ketika itu. Tiap-tiap malam aku menangis. Lagu 'Rindu Separuh Mati' masa tu memang sesuai sangat dengan aku masa tue


Dan sekarang ini, aku dengan dia dah okay dan dia pun dah ada orang baru sekarang nie. Kadang-kadang kitorang on call dan dia selalu bercerita tentang awek baru dia. Aku? Aku hanya dengar je




Actually banyak lagi kisah yang berselang seli di sebalik semua cerita di atas nie. Ada yang datang mengetuk pintu hati aku ketika itu dan bila masanya aku sudah sayang, orang tu pergi buat bodoh dengan aku. Ada orang tu datang dan sayang dengan aku tapi mintak bukan-bukan dengan aku. Ada yang orang duk gosipkan aku dengan dia tapi end up tak ada pape pun. Hmm macam tu lah ~


Bila aku renung balik yang lepas-lepas, aku rasa Allah swt memang sayang dengan aku. Sebab Dia bagi dugaan dekat aku. Sebab Dia datangkan aku dengan lelaki-lelaki yang macam ni sebab nak kasi aku sedar yang ada orang yang jauh lebih baik untuk aku di luar sana


Tipulah kalau aku cakap aku tak sedih, nak-nak sekarang nie. Lately nie, aku rasa sangat-sangatlah forever alone yang teramat sangat. Tak tahu lah cakap macamana. Kalau aku nampak ada couple or pasangan suami isteri depan aku, konfemm aku jadi sedih semacam. Agak-agak, kenapa yer aku berperasaan macam tue?


Aku selalu berdoa kepada Allah swt supaya di saat aku berjumpa dengan bakal suami aku nanti, biarlah dia bersedia dari segi dunia akhirat supaya nanti dia dapat jadikan aku yang halal untuk dia. Aku harap dia sedang menyiapkan diri dia sekarang ini untuk bertemu dengan aku. Sebab aku tak tahan dah dengan sakit yang sangat-sangatlah susah nak cakap dengan kata-kata. Hanya orang yang pernah alaminya, akan faham.


Ini just luahan hati aku je. Sebab dah lama aku duk simpan cuma tak ada masa nak tulis. Aku just kongsikan je apa yang aku rasa. Sebab bila aku kongsi, aku rasa lega sikit. Sikit pun jadilah dari aku duk simpan je tak kongsi. Kang meroyan pulak aku -.-


Aku belajar banyak sangat dari semua cerita di atas. Tak perlulah aku nak ceritakan apa dan kenapa semuanya, cukuplah biar aku sorang je yang tahu. Banyak salah dan silap aku. Mungkin inilah balasannya kan? Takpelah ~ aku redha je :') 


Kadang-kadang aku terfikir, layak ke aku untuk disayang dan dicintai macam orang lain? Sebab aku rasa macam tak ada je. Entahlah ~ aku susah nak cakap macammana. Setelah apa yang terjadi pada aku sebelum ini, buat aku rasa was was sangat. Hmmm ~


Kepada yang memang dah lama follow blog aku, mungkin tahu siapa orang di sebalik semua cerita ni. Aku sengaja tak nak letak link sebab aku tak nak baca kisah lama-lama tu. Siapa yang tahu tu, tahu lah dengan sendiri. Yang tak tahu, takpelah ~ tak penting pun :)


Kepada yang dah ada pakwe/makwe, tolonglah serius dan jaga dorang baik-baik. Tolonglah jangan main kayu tiga dengan dorang sebab life ini ada karma. Hari ini kau buat dekat orang lain, esok lusa orang lain akan buat sama je macam kau pernah buat tapi mungkin dua kali ganda lagi hebat. Percayalah ~ sebab aku pernah alaminya :)


Awak yang berada jauh dari saya, saya tunggu awak tau? Awak siapkan diri awak yer dan saya pun akan siapkan diri saya jugak sekarang nie. Insyallah ~ jika diizinkan oleh Allah swt kita akan berjumpa di satu tempat dan di satu masa yang kita sendiri tak tahu. Saya harap awak dapat terima saya dengan seadanya dan saya pun akan terima seadanya awak. 



 Ya Allah, berikan aku sedikit kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Amin


 



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts