Kisah Seram Lima Gadis Dikacau Selepas Pulang Dari Berjalan-jalan

by - Wednesday, May 02, 2012


 Assalamualaikum


Hmm ni cerita dua minggu lepas. Hehe :) Biarlah lambat pun aku update asalkan ada jugak bahan aku nak berupdate kan? Hehe :)


Hari Jumaat aku dengan Atyn Shakirah and Mimi Jahya memang pening kepala duk buat video IR. Sebab lappy aku asyik hang je sebab guna Windows Movie Maker padahal aku dah kecikkan saiz video tu dengan Format Factory. Serius cakap, FF tu memang terbaik! :D


So lepas dah tension bagai, hari Sabtu kitorang pun keluarlah ~ Pergi mengenjoykan diri sebab ganjaran sebab dah penat-penat buat video IR. Yang perginya hanya kitorang berlima je ; aku, Atyn Shakirah, Mimi Jahya, Ina Amalina and Na Ema Said. Kitorang pergi dengan kereta Akma


Mula-mula kitorang pergi ke Mesra Mall. Sebab nak tengok Battleship. HAHA :D Weyh cerita ni sumpah best giler nak mampussssssss! Kitorang sampai MM dalam pukul 11 pagi sebab petang tu kitorang nak pergi lepak Kemaman kejap, pergi kedai Ina, mak dia berniaga :)


So sampai-sampai je dekat MM, aku macam dah bimbang lah kot-kot tiket Battleship dah habis kan? Tapi si Akma ni slumber derk cakap


"Alaaa jangan bimbang. Konferm orang tak ramai tengok cerita omputeh"


HAHA :D Memang betul weyh! Kitorang sampai MM tu tepat-tepat pukul 11 pagi dan masih ada tiket lagi dan yang paling heaven dapat sit yang paling belakang pulak! HAHA :D Memang untung bukit beruntung


Sambil-sambil tengok wayang tu, sambil makan Egg McMuffin McDonalds. Habis satu wayang tu bau burger kitorang. Hehe sebab sebelum sampai MM kitorang singgah dekat McD Kerteh dulu



Battleship memang terbaik weyh! Rasa macam nak tengok sekali lagi jer! Dah lah hero dia, @_@ HAHA :D Sapa eyh hero dia? Aku tak kenal. Malas nak Google -.-


Dah habis tengok wayang, aku pergi Popular sebab aku nak gunakan baucer buku aku yang terakhir. Pusing-pusing satu Popular tu, last-last sekali aku rembat novel nie

Review novel Kelabu by Nadia Khan :)

Lepas tu pergi makan Rotiboy. HAHA :D Kasi alas perut dulu sebab nanti nak pergi Kemaman, makan kat sana pulak. Hehe :)

Mimi dan Akma

Ina
Lepas tu kitorang bertolak ke Kemaman. Masa dalam kereta, kitorang ada text dengan Fatin Liyana, ingat nak jumpa dia lah dekat kedai Ina tapi last-last tak jadi. Pasal apa entah, aku tak ingat sebab yang text tu, Mimi yang text Fatin. Hehe :)


So sampai-sampai je dekat kedai Ina, rasa macam heaven sangat sebab kedai Ina betul-betul tepi pantai. Memang angin kuat giler lah ~ Mula-mula kitorang makan ABC dan ABC jagung je dulu. Sambil makan-makan, sambil borak-borak.


Tapi tak lama pun kitorang lepak dekat kedai Ina sebab dalam pukul 4.30 petang tu, kedai dia dah penuh dengan customer sebab orang baru habis kerja kan? Oh by the way, kedai mak kawan aku ni dekat area TATI Kemaman

Makan makan :)

ABC :)

Hajatnya nak makan makanan berat kat dekat kedai Ina tapi lepas dah habis semangkuk ABC tu, perut rasa kenyang giler sebab dah penuh dengan air. HAHA :D So kitorang bungkus je Mee Kari untuk dibawa makan malam nanti dekat hostel. Lepas tu kitorang pergi ke depan sikit sebab nak amik-amik gambar. Tapi Ina tak ikut sebab nak tolong mak dia kejap


Kitorang jalan ke depan kejap dan jalan-jalan atas batu. Okay sumpah ak takut sebab kang kalau terjatuh atas batu-batu tu kang, habis terhantuk lah kepalah kau atas batu tu dan terus kau pun macam tak boleh nak gerak sebab badan kau dah terhempap atas batu. Giler -.- Tinggi betul imaginasi aku ni. HAHA :D

Jalan meredah batu

Dalam pukul 5 macam tu, kitorang bertolak balik ke Dungun sebab masa tu tengok awan gelap giler, macam nak hujan lebat. Aku pun bimbang jugak lah kalau balik lambat-lambat kang. Dah lah kitorang semua perempuan, kalau ada kawan-kawan yang lelaki aku tak kisah sangat. Hehe :)


Masuk je dalam kereta, amik gambar sekeping dua lepas tu tertidur. HAHA :D Sumpah penat lah masa nie. Memang terlentok-lentok lah kitorang yang duduk kat belakang ni tidur. Masa ni Akma yang drive. Atyn nak tidur pun tak sampai hati sebab nak teman Akma bawak kereta. Hehe :)


Sampai je dekat Dungun, tetiba Ina cakap teringin nak karaoke. HAHA :D Lagipun masa tu ada promosi dekat Orange, tempat karaoke baru dekat Dungun, RM10 untuk satu jam. HAHA :D So hape lagi, terus meluncur masuk ke Orange dan karaoke selama 2 jam. HAHA :D


Tak menyabor nak karaoke. HAHA :D

Pilih pilih laguu :)

Bagi aku, karaoke dekat Orange memang terbaik sebab bilik dia luas, sound pun best dan sejukkk je! HAHA :D Akma dengan Atyn dah siap terlentok-lentok dah duk tidur sebab penat sangat drive. Aku dengan Ina dah macam hape entah duk nyanyi. HAHA :D


Lepas tu, hantar Ina balik. Pergi McD kejap sebab Akma nak beli burger dan Akma hantar kitorang balik hostel balik. Perghhh ~ memang penat lah sebab dari pagi sampai pukul 10 malam kitorang duk keluar. HAHA :D



Dan yang paling dahsyatnya, masa kitorang lalu dekat tepi Karah, which is kelas kayu dekat UiTM Dungun nie, tetiba kitorang terbau wangi. Masa tu Atyn yang bawak kereta. Memang wangi sangat-sangat sebab masa tu kitorang bukak tingkap kereta


Si Akma pulak pergi tegur, cakap "Weyh wanginya! Bau apa?" dan aku yang duduk belakang dia cakap "Weyh jangan tegur lah ~" Dan masing-masing terus senyap tak terkata. 


Seram tak kisah hantu aku nie? HAHA :D


 

You May Also Like

16 comments