Jadual Hidup Aku Berubah Bila Bersama Mereka :)

by - Saturday, May 05, 2012


Assalamualaikum


Hehe :) Hujung minggu lepas aku turun Kuantan, hari Sabtu petang aku baru sampai di Kuantan. Eh eh ~ sebelum tu aku nak korang tolong lah bawak bersabar yer dengan entry aku yang mahakarya penuh dengan gambar nie. HAHA :D


Sampai je dekat Kuantan, terus shoot ke Bukit Istana rumah Cik Mimi yang telah diduduki oleh Mak adik dan toksu. Lepas maghrib je aku, mama, Aishah dengan Mak adik pergi ke ECM sebab nak beli barang.


Sampai je dekat rumah, Epy Azrul baru balik sebab sebelum tu aku dengar dorang pergi Gambang Waterpark rasanya. Pfft ~ Jenis tak mengajok orang lah dorang tue -.- So kitorang pun lepak-lepak lah ~ tengok dorang main game sambil gelak macam hape entah tengok dorang main game bola yang tak sudah-sudah tuee -.-

Game bola :)

Lepas tu dalam pukul 12 lebih, masing-masing mengadu perut lapar. HAHA :D Sebab masa makan malam kitorang ada yang skip makan, ada yang tak makan. So hape lagiiiiiiii ~ pergilah ke Taj Point, kedai mamak tuuuu.


Masa nak amik order kitorang, abang tu pun gelak-gelak je sebab duk tengok kesengalan kitorang. Yelah ~ Aku rasa last sekali yang kitorang dapat hang out sama-sama masa bila eyh? -.- Oh tahun lepas -.-


Habis je makan mee goreng mamak, kitorang borak-borak dan bercerita macam-macam pasal perkembangan diri sendiri. Dan yang paling best, kitorang main kunyah-kunyah ais lepas tu pakat serang sesama sendiri dengan hembuskan ais tu guna straw. HAHA :D Sape pernah buat macam nie? Pergh memang sakit tapi kelakar lah ~ :)


Lepas tu dorang buat lawak sengal dan bodoh -.- Sumpah sengal sampaikan aku rasa macam kejang je perut aku sebab duk gelak banyak sangat. HAHA :D

See? Asyik gelak je aku dengan dorang nie :)

Dah besar dah masing-masing. HAHA :D

So masa lepak-lepak tu, kitorang pun mulalah plan nak buat apa pada keesokkan harinya. Yelah ~ dah lama tak jumpa kan? So wajiblah nak spend time together :) So kitorang decide nak tengok The Avengers 3D dekat ECM. Balik tu aku pun google lah pukul berapa ada wayang cerita tue


So pada pukul 10 lebih tu, Hakim dengan Aiman pergi ke ECM semata-mata nak pergi beli tiket wayang dengan muka baru bangun tidur. HAHA :D Yelah ~ Tiket pukul 12.40 kitorang amik. Sengaja amik awal sebab atleast petang tu kitorang boleh hangout, buat benda yang lain :)


Sekali hapenyaaaaaaaaaaaaaa ~ Tiket dah beli pukul 12.40 tapi pukul 12.20 rasanya kitorang baru keluar rumah. HAHA :D So haruslah rushing kan sebab yelah ~ kang terlepas. Rugi sajoooo -.-

Azrul dan aku. Belakang tu, Hakim ; my brother :)

From left ; Epy Hakim dan Aiman

Lepas tu yang paling tak boleh blahnya, masa dekat traffic light depan ECM tu, dah berderet-deret dah kereta duk beratur tapi Azrul dengan muka slumbernya, pergi kat depan sekali dan bagi signal dan terus potong line. HAHA :D Terbaik ar! :D


Kitrorang masuk dalam wayang tu tepat-tepat masa cerita baru nak start. Nasib baik! :D Apa yang aku boleh cakap, The Avengers memang terbaikkkkkkkkkkkkk! :D Walaupun aku tak pernah tengok Iron Man, Captain America dan Hulk tapi cerita The Avengers, memang boleh dipuji :)

The Avengerd 3D :D

Dah habis tengok wayang, kitorang jalan-jalan dalam ECM sebab masa ni Azrul pergi mana entah -.- So berjalan lah kitorang berempat ; aku Epy Hakim dan Aiman. Masa jalan-jalan tu, terjumpalah kawan aku masa kitorang sekolah rendah. So lepak-lepak kejap dengan dorang :)


Dalam pukul 4 lebih macam tu, Azrul call cakap nak amik kitorang. Dan apa aktiviti seterusnya? Yeee pandai adik-adik! :D Pergi lah karaoke lah ~ :)


Kitorang karaoke dekat Kuantan Parade. Sumpah murah kat sini weyh! Sejam RM15 lepas tu bilik yang small pun sumpah besar giler! Dah lah kitorang berlima so macam terbaik lah kan? Hakim, Epy, Azrul dengan Aiman dah siap berjoget-joget dah dalam bilik karaoke tue. HAHA :D


Okay -.- Gambar ni sebenarnya Azrul tengah nyanyi lagu apa entah lah -.- Tapi punyalah malas dia nak pegang mic tue, dia gantung mic tu dan nyanyi. HAHA :D Memang aku gelak macam hapeeeeeeee lah masa nie sebab slumber badak je dia tue -.-


Agak lama jugak lah kitorang karaoke, dalam 2 jam rasanya :) So macam puas hati sangat-sangat sebab sebenarnya dah lama jugak aku tak karok. HAHA :D Sekali bila dah dapat mic, memang puas hatilah duk nyanyi :) Dan ini jugak 1st time aku karaoke dengan adik aku, hehe :)


Lepas tu, tetiba dapat call dari Cik Mimi, suruh kitorang pergi Tanjung Lumpur, copkan satu tempat sebab malam tu nak makan ikan bakar ramai-ramai. So kitorang pun pergi lah ke kedai Ana Ikan Bakar, eh ye ker? Haaaaaa macam tu lah ~


Sampai je dekat kedai tu, tetiba hujan lebat giler kat Tanjung Lumpur tue. Memang hujan lebat sangat-sangat sampaikan tempias walaupun kitorang dah duduk dekat dalam kedai tue. Lepas tu aku dengan Azrul pun orderlah siap-siap apa yang nak dimakan sebab Cik Mimi dah msj awal-awal dah nak makan apa
Aiman dan Hakim

Aku, Epy dan Azrul :)

Perghhhhhhhhhhhhhhhh ~ tunggu mak-mak kitorang memang lama giler! Mau dekat sejam lebih. Kebetulan masa tu, sotong celup tepung dah siap dulu. So hape lagiiiiii ~ kitorang pun makan lah dulu! HAHA :D Perut memang lapar sangat masa nie -.-


Tak lama lepas tu, semua pun datang. Dan hape lagi, kitorang terus makannnnnnnnnnnnnnnnn! Alhamdulillah ~ memang kenyang betul malam tu dapat makan ramai-ramai macam tue :) Dah lama tak kumpul ramai-ramai macam nie :) So macam heaven sangat sebab dapat makan ramai-ramai macam nie :)

Makan besar! :D
Lepas makan, kitorang plan nak tengok midnight movie. HAHA :D Giler kentang lah dorang ni sebab kiranya macam dah sehari suntuk kitorang duk keluar je. Yelah ~ masing-masing dah ada lesen kereta, dah ada kereta, memanglah langkah panjanglah jadinya :)


Tapi tak jadi nak tengok midnight movie sebab Cik Duan guna kereta Azrul. So kitorang ; bersembilan orang ; aku, Hakim, Epy, Makadik, Mama, Cik Mimi, Azrul, Aiman dan Aishah naik satu kereta :) Tapi kitorang tak terus balik rumah sebab kitorang pergi Teluk Cempedak kejap :)

Otw ke TC :) Masa ni dah berhenti hujan dah

Cousins and brother :)

Kitorang just jalan-jalan je dekat tempat orang duk jual-jual tu tapi tak beli pape pun. Just jalan-jalan cuci mata je. Lagipun masa tu nak jalan-jalan pun rasa macam tak best sebab lecak. Yelah ~ baru lepas hujan kan? So just cuci mata je :) Lepas tu kitorang pun balikkkkkkkkkkkkkkk ~


Sampai je dekat rumah, memang tak kan lah kitorang nak tidur! Dorang duk main game dan aku pulak asyik duk tweet dekat Twitter je guna ipad dorang. Perghh ~ Terbaik ar ipad :) Ayah, nak satu boleh tak? HAHA :D


Lepas tu terdengar lah Azrul cakap nak ajak keluar sebab nak minum air. Mula-mula macam tak nak tapi tak lama lepas tu makadik pun macam ajak so kitorang pun hape lagiiiiiiiii ~ on je lah! :D Masa ni aku rasa macam dah pukul 2.30 pagi rasanya. Hehe :)

Minum-minum air :)

Sampai je dekat kedai tue, kitorang just minum-minum air je :) Lepas tu makan makanan ringan. Lepas tu macam biasalah ~ perang ais. Kunyah-kunyah ais dan attack lawan dengan guna straw. HAHA :D Sumpah sakit weyh! :D


Dan aku tak puas hati sebab aku buat tak kena. So masa nak balik tu, aku amik ais seketul-ketul yang besar tu dan baling terus dengan Azrul. HAHA :D Puas hati aku! Lepas tu yang paling best, Epy amik ais dan letakkan ais dalam rambut dia yang macam afro tue. HAHA :D Mestilah dia terkejut kan sebab tetiba dalam rambut dia tu ada ais. HAHA :D


Oh ya ~ lupa nak bagitahu, kan Azrul punya rambut mengerbang macam tu kan? So sepanjang kitorang lepak dekat Kuantan tue, kitorang duk panggil dia Albert Einstein je. HAHA :D Hamik kauuuuuu ~ Adik aku lagi best, dia cakap macam nie "Albert Einstein yang telah ditemui" HAHA :D


So balik rumah dan aku pun tidur, penat dan mengantuk sangat dah masa nie :) Kemudian, sepatutnya pada hari Isnin aku dah balik ke Dungun dah sebab yelah ~ aku nak study dulu untuk quiz IR aku tapi dorang duk tahan kitorang suruh stay one night lagi. So tukar plan! Balik Dungun hari Selasa! HAHA :D


Tapi the whole day kitorang just lepak dekat rumah je. Aku tengok dorang main game. Dan pukul 5.30 petang baru kitorang gerak keluar pergi amik makadik dekat tempat kerja dia. So masa ni aku rasa semua orang keluar. HAHA :D Padahal nak amik makadik dari kerja je! HAHA :D 

Albert Einstein Kuantan. HAHA :D

Aki :)
Toksu aka Aki pun macam pelik je sebab kitorang ni asyik keluar je. Kiranya macam tak melekat duk rumah. HAHA :D Ada je nak keluar pergi situ sana sini lepas tu balik pulak lewat malam. HAHA :D Kesian Aki :) Tapi papepun, Aki memang sporting! :D

Adik aku :)

Aiman dengan HP nya :)
HAHA :D Gambar dekat atas ni sumpah aku nak gelak! :D Ceritanya macam nie ; before kitorang keluar, Aiman dah kecoh-kecohlah cakap HP dia rosak sebab Azrul macam hentak HP dia rasanya. Entah lah ~ Aku tak sure macamana tapi yang pasti HP dia punya screen macam rosak lah ~


So lepas HP dia macam tue, memang dia macam nak mengamuk lah ~ HAHA :D Tu yang macam dia bad mood je petang tue. HAHA :D Dan gambar tu dia merujuk kepada abang dia sebab abang dia yang amik gambar dia nie. HAHA :D


So after kitorang amik makdik, kitorang pergi ke Megamall sebab mama dengan Cik Mimi nak alter seluar jeans dorang, nak kasi potong kat bahagian bawah sebab panjang sangat dan lepas tu teman Cik Mimi, makdik dan Aishah potong rambut :)


Tapi Azrul, Epy, Aiman dan Hakim pergi dekat bowling, Aku rasa dorang main bowling kejap lepas tu pergi main-main game dekat tingkat atas tue. Hehe :) Aku tak pergi sebab aku malas :) Lagipun masa ni aku memang pening kepala sangat-sangat campur mengantuk. Hehe :)

Tembak tembak! :D
Lepas dah siap potong rambut dan dorang pun dah sudah main game, kitorang pun jalan-jalan dekat dalam Megamall. Kebetulan hari tu macam tak ramai sangat orang so macam best lah nak sengalsengal sikit. HAHA :D

Jalan-jalan :)
Jalan-jalan lagi :)

Hmm ~ masa ni lah aku rasa yang paling sengal. Sumpah sengal lah weyh ~ HAHA :D Masa ni sorangsorang macam galok betul! HAHA :D Dari Hakim, Aiman, Azrul, Aishah dan Epy ; masing-masing macam kena rasuk dengan hantu kelakar dalam diri lepas tu buat something yang memang bikin aku sakit perut duk gelak. HAHA :D

Dah start sengalsengal ubi  :)

Aku tak tahu lah kenapa ini jadinya -.-

Tengok muka sorangsorang -.-
Gelak lagi :D
Nampak tak aku macam tutup mulut dalam gambar kat atas nie? Ini pasal aku duk tahan gelak lah ~ Sebab masa ni aku memang gelak macam orang hape entah tengok dorang duk main-main dekat kawasan tue. Aku memang sakit perut sangat-sangat masa nie. HAHA :D


Kebetulan mak-mak kitorang macam ada dalam kedai baju tu lama giler. Dan kitorang yang tak tahu nak buat apa, duk main-main dan sengal-sengal je lah dekat kedai depan tu :) Kebetulan kawasan depan kedai tu macam kosong dan tak ada orang, so memang kawasan tu jadi hak milik kitorang lah nak main-main :)


HAHAHAHAHAH :D

Picture of the day :)

"Habis rosak rambut Mak Jemah" -..-

Actually ada banyak lagi gambar yang dorang duk main-main dan duk buat sengal-sengal ubi tapi aku malas lah nak letak kat sini banyak-banyak. HAHA :D Kang jadi record entry terpanjang pulak kang. HAHA :D


Lepas dah puas sengal-sengal dekat Megamall dan mak-mak kitorang pun dah beli baju sorang sepasang, kitorang pun keluar dari Mega sebab nak pergi makan. Sumpah lapar giler ar masa nie -.- So kitorang pun terus pergi mencari kedai makannnnnn ~


Dari Megamall kitorang pergi ke Teluk Cempedak. Tapi entah lah kenapa masa tu TC tak ada elektrik! HAHA :D Memang gelap gelita lah masa tue. Aku pun tak tahu lah kenapa. Dah lah masa tu banyak giler kereta duk stuck kat situ. So kitorang pun berpatah balik dan pergi ke Tanjung Lumpur


Hamik kauuuuuu ~ Semua kedai dekat Tanjung Lumpur pun macam ramai giler orang! Hoyeahh ~ Semua kedai full house lah! Tak ada satu pun yang macam nampak tak ada orang. Apa hal semua kedai penuh nie? -.-


Last-last kitorang makan dekat kedai mana entah tapi sebelah dengan Kuantan Parade. Pergi situ, makan :) Dorang semua order macam spagetti, mee lah tapi semuanya tak sedap! HAHA :D Aku punya jugak yang sedap which is nasi putih dengan ayam goreng kunyit je :)

Makan makan :)

Lepas tu lepak-lepak dekat kedai makan tu. Memang best lah masa ni sebab kitorang duk borak-borak pasal UiTM, masa depan, study. Dan yang paling tak boleh blahnya, waiter dekat kedai makan tu pun kitorang usik jugak. Memang merah betul lah muka dia masa tue. HAHA :D 


Lepas tu aku tak tahulah cemana, lepas makan, hajatnya nak terus balik tau. Tapi aku tak tahu macamana si Azrul bawak kitorang pergi karaoke dekat Kuantan Parade tue. HAHA :D Mula-mula macam tak nak tau sebab yelah ~ dah penat tapi lepas Azrul dah berhenti dekat depan KP tu, masing-masing macam "Jom kita karaoke!" HAHA :D

Bilik karaoke :)


Karaoke :)

Teruk betul Azrul nie! HAHA :D Dia tak nak kasi orang lain nyanyi, last-last dua-dua mic dia pegang. HAHA :D Tapi masa mi kitorang tak berapa nak nyanyi sangat sebab kasi chance dekat mak-mak kitorang nyanyi. HAHA :D Kitorang just bergambar je dalam bilik karaoke tu sambil menari-nari. HAHA :D


Tapi the best part is masa mak-mak kitorang nyanyi lagu Dancing Queen by ABBA. Homaigodddddddd ~ Masa ni aku rasa satu bilik nyanyi. Biarpun tak ada mic tapi kitorang semua nyanyi (atau erti kata lain menjerit) lagu Dancing Queen tue. HAHA :D 



Dannnnnnnnnnnnnnn yang buat paling best ialah kitorang berdiri atas kerusi panjang tu dan tepuk-tepuk tangan sambil nyanyi lagu tue. HAHA :D Sambil-sambil tu kitorang gerak-gerak badan macam menari ala-ala ulat bulu tue. Yang gerak ke kiri ke kanan tue. HAHA :D



Memang best betul masa menyanyi lagu Dancing Queen tu tapi yang tak bestnya ialah aku tak record pun masa kitorang nyanyi lagu tue -.- Takpelah ~ Kenangan tu akan tetap dalam ingatan aku sampai bila-bila :')

Panjat-panjat :)

Lepas nyanyi lagu Dancing Queen tu, entah cemana entah Azrul start lagi ekstrem dengan panjat atas kerusi tu dan sentuh ceiling bilik karaoke tu. HAHA :D Lepas tu, bila dah Azrul buat, masing-masing pun pakat nak panjat jugak. HAHA :D Tapi aku tak panjat lah ~ Giler ke hape nak suruh aku panjat? -.- Aku just amik gambar dorang je. Hehe :)

Panjat panjat :)

Giler punyer kerja -.-

Lepas tu dah habis karaoke dalam pukul 2 pagi rasanya. HAHA :D Terus masing-masing tak ada suara. HAHA :D Lantokkkkkkkkkk ~ Ingatkan lepas dah habis karaoke tu, nak terus balik. Eh tak lagi! :D Kitorang pergi dekat mana entah tapi dekat tepi sungai yang ada signboard KUANTAN yang besorrr tue. HAHA :D


Mula-mula nak minum dekat situ. Dah habis satu gelas air tau? Tapi entah cemana entah, masing-masing cakap macam nak makan sebab lapar sebab masing-masing tak kenyang masa makan before pergi karaoke tue. HAHA :D Dah lah kat kedai kitorang pergi tue, semua makanan dah habis dah

Amik gambor dulu :) Masa ni dah pukul 2.30 pagi dah


So hapeeee lagi. Terus pergi dekat satu lagi kedai makan apa entah sebab nak pekena roti canai. HAHA :D Hamik kauuuuu ~ Second round pulak kita minum air! :D Makan roti canai sambil tu tengok perlawanan bola antara Manchester United dengan Manchester City. Masa tu ramai jugak lah orang sebab nak tengok bola kan?


Duk makan-makan minum-minum, kemudian terus balik rumah :) Dah balik rumah, sape cakap kitorang tidur terus? Main game dulu, tengok bola dulu. HAHA :D Aku pulak sibuk duk transfer gambar-gambar dan video-video dalam lappy Epy then lepas tu tidurrrrrrrr ~


Bangun je dari tidur, ingatkan aku nak balik ke Dungun pag-pagi lah tapi Cik Mimi cakap suruh stay dulu sebab nak makan nasi ayam. So tunggu lah dan makanlah nasi ayam ramai-ramai. Dalam pukul 3 petang macam tu pun, aku pun bertolak ke Dungun :)


Fuhhhhhh ~ Sedih lah masa nak berpisah tu sebab yelah ~ kitorang sendiri tak tahu lah bila masanya kitorang akan hangout macam ni sekali lagi. Last hangout macam ni pun mau dekat tahun lepas dah :( Lepas ni aku duk dekat Dungun, menghabiskan semester terakhir aku, Azrul di Kuantan, Epy di Shah Alam dan adik aku, Hakim pulak bakal masuk ke UPNM tak lama lagi. Memang susah dah nak berkumpul sama-sama macam nie


Aku ingat lagi, masa kitorang lepak-lepak, Azrul cakap "Aku nak walaupun kita semua dah besar nanti, dah ada kerja nanti, aku nak kita semua masih macam nie lagi. Tak nak berpisah, nak semuanya sengal-sengal macam nie lagi"


Kenapa aku cakap jadual hidup aku berubah? Sebab bila dengan dorang, kitorang selalu buat something yang giler-giler yang tak pernah aku buat dengan orang lain, plan on the spot dan terus menjadi, tak kenal dah erti siang dan malam dan bila dengan dorang semua, aku asyik gelak je memanjang :)


Insyallah ~ dengan izin Allah swt, hubungan kita semua ini tak kan terputus :) Cousins forever ~


Err actually hubungan aku dengan Azrul Epy dan Aiman ni sebenarnya duapupu je sebab mak-mak kitorang yang sepupu tapi sebab dah terlalu rapat, dah anggap macam cousin dah :) Hehe

Sengal :)

 

You May Also Like

4 comments