It's A Spontaneous Reaction Towards Them

Saturday, June 16, 2012


 

Assalamualaikum


Okay ~ entry kali ini merujuk kepada kelemahan aku. Setiap orang ada kelemahan kan?


Aku takut dengan cerita hantu. HAHA :D Ye ye -.- Gelak lah puaspuas eh lepas tu pandang belakang korang dan tetiba ada hantu cekik leher kau sebab bajet macam berani je gelakkan dekat aku yang teraniaya nie. EH BOLEH PULAK KAN?



Okay seriuslah eyh? Dah cukup cukuplah tue gelakkan aku -.-


Aku memang takut dengan cerita hantu. Kau bagilah cerita apa pun, mesti aku akan menjerit, takpun akan ada bantal/beg/kain yang aku guna untuk tutup mata aku -.- Lepas tu aku pulak yang macam nak mati sebab tak boleh nak bernafas -.- Yelah walaupun tu cerita hantu tapi aku tetap nak feel extra macam tue sekali


Ada sekali tu aku tengok wayang cerita Khurafat dengan kawan-kawan aku, semua perempuan. Masa tu aku rasa satu wayang dengar aku sorang je yang menjerit padahal kawan-kawan aku yang lagi 9 orang lagi tu rilex je -.-


Ada one time tu, tengok cerita Karak dengan Gman, Harris, Khalis and Shira. Masa yang part awal-awal cerita tu, memang puaslah aku menjerit dan rasa macam tak boleh bernafas dalam wayang tue. Okay gelak sekarang


Aku menjerit puas-puas hati sampaikan Harris yang duduk sebelah aku cakap "Sakit telinga aku duduk sebelah Mai" So bayangkan lah aku menjerit -.- Lepas tu si Gman pulak yang duk sedapsedap makan popcorn sekali hulurkan popcorn dekat aku sambil cakap "Nah amik ni ~ Buat tenangkan hati tue" HAHA :D Bila ingat-ingat balik, rasa macam kelakar pun ada :)


Masa Part 1 tengok cerita hantu ramai-ramai dekat Kuantan, cerita apa entah. Aku ni macam biasalah ~ menjerit sakan. Azreen aka Adi aka Ayen pulak duk gelak sebelah aku sambil cakap "Mai tak ada pape Mai" Hampehh ~



Kawan-kawan aku yang satu kelas memang dah sedia maklum dah yang aku ni memang takut sikit tengok cerita hantu. Eh bukan takut SIKIT, takut BANYAKKKK! Kadang-kadang kalau weekend kan, kitorang suka tengok movie ramai-ramai dalam bilik dan amazingly dorang semua memang SUKA tengok cerita hantu dan TIDAK bagi aku -.- So bila dah 9 orang lawan 1 of courselah dah tahu sape menangkan? -.-


Tengok movie hantu pulak, bajet nak kena tutup lampu bagai. Haish ~ tak suka aku. HAHA :D Lepas tu aku pulak yang duduk depan sekali depan lappy sebab mata aku rabun sikit -.- Tapi bila hantu nak keluar, aku dah awal-awal tutup mata dengan selimut. Lepas tu sibuk tanya "Weyh apa jadi weyh?! Weyh apa jadi?!" Sumpah agak bengang jugak kawan-kawan aku dengan aku ni yer? HAHA :D


Dan bertambah kagum aku lagi, kawan-kawan aku yang tengok cerita hantu mesti cakap "Alaaa tak adalah seram sangat cerita nie" WHAT? -.-




Faezah lagi kurang ajar dengan aku. HAHA :D Dia cakap "Aku rasa kan Mai, kalau kau duduk sebelah pengarah filem cerita hantu, mesti dia rasa terharu sebab atleast ada jugak lah penonton yang takut tengok cerita dia" HAHA :D Hampeh punya Pekjahh


Ada one time tue, Pekjah dengan Lisda baru nak tengok cerita apa entah. Act cerita tu aku dah tengok dah. Cerita hantu lah ~ Aku just duduk belakang Lisda dengan Pekjah sambil aku pun tengok cerita tu. Masa hantu tu keluar, aku menjerit kuat giler dalam bilik study sampaikan Lisda dengan Pekjah terangkat-angkat bahu sebab terkejut HAHA :D


Lepas tu kitorang gelak-gelak lah ~ Lisda cakap "Aku tak terkejut pun tengok hantu ni keluar tapi yang aku terkejut sebab Mai menjerit tiba-tiba" HAHA :D Sorry weyhhh :D


Tahun lepas rasanya, masa aku lepak dekat Kemaman, rumah Fatin Liyana dorang beli cerita Paranormal Activity 3. Memang aku dah ngeleng-ngeleng kepala dah. Mula-mula tengok aku boleh tahan lagi tapi lama-lama aku tak tahan sangat, aku pasang mp3 dekat telinga



Kau tahu apa aku buat? Aku tak tengok cerita tu pun tapi aku tengok reaksi muka kawan-kawan aku yang tengok ceriat PA 3 tue -.- Bila dorang macam terkejut ke, aku baru lah sibuk tanya "Weyh kenapa weyh?" tapi harammmmmmmmmmmmm sorang nak jawab pertanyaan aku. HAHA :D


Itulah Mysara Newrie yang korang kenal nie


Habis bab cerita/movie. Yang satu lagi yang aku tak gemar ialah jenis kawan-kawan aku yang khianat dekat aku, menghantar link-link bodoh lepas tu suruh aku klik. Aku yang tak syak pape pun bukalah link tu sekali hamik kauuuuuu ~ hantu tersengih depan lappy kau, siap dengan sound effect dia menjerit lagi -.-


Ya Allah ~ time tu memang aku kurus semangat betul lah. Aku dapat rasakan jantung aku berdegup dengan kencang. Sumpah weyh ~ Ada sekali tu, kawan aku kasi FB hantu dekat aku. Memang nak kena dengan aku -.- Kebetulan aku online atas katil.



Punyalah terkejut, boleh pulak aku lemparkan lappy aku dan menjerit sorangsorang diri. Dah lah pukul 3 pagi masa tu weyh! Roomate aku semuanya dah tidur. Dah satu hal pulak, nak tutup ke link tu ya allah memang seksaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa aku dibuatnya!


Baru-baru nie, masa intersession lah ~ Kiranya yang tu paling latest aku kena prank hantu bodoh dengan kawan aku -.- Dia suruh aku bukak link dan kebetulan aku tengah lagu dekat lappy sebab mp4 aku habis battery. So aku pun bukaklah ~ masa tu dah pukul 1 lebih dah. Aku dengan sorang je roomate aku duk berjaga. Dua orang lagi dah tidur


Sekali amik kauuuuuuuuuuuu ~ Hantu tu tak sempat keluar pun sebab aku tak bukak link tu, just biarkan dia loading je cuma yang aku menyampahnya, dia menjerit tiba-tiba dekat telinga aku! Terkejut aku sampaikan aku pun menjerit kuat giler! Lepas tu boleh pulak aku lari-lari dalam bilik macam orang giler -.- HAHA :D


Lepas tu roomate aku pulak yang tengah tidur semuanya terjaga dan roomate aku yang duduk sebelah aku tanya "Mai kenapa Mai?" Aku pulak menjerit "AGHHHHHHHHHHH! Hantu weyh! Hantu weyh!" Sumpah aku menjerit kuat giler lah masa tue


Oh gelak yer?


Punyalah terkejut kan, terus menggigil badan aku lepas tue. Weyhhh ~ tak baik tauu prank hantu macam tu dekat aku? Kang aku mati awal kan, sape nak update blog nie? HAHA :D


Keesokkan harinya, budak sebelah bilik aku datang dekat aku dan tanya "Mai kenapa menjerit semalam? Ingatkan Mai kena histeria. Dah lah Mai menjerit ada hantu, ada hantu. Kakak dalam bilik kitorang pun dah ready nak bukak pintu, nak pergi bilik Mai sebab nak tengok Mai. Kitorang pun jadi takut sebab Mai kan selalu study tepi tingkap. Ingatkan ada hantu tepi tingkap so kitorang pun terus tutup tingkap lepas Mai menjerit macam tue"


Hamik kauuuuuuuuuuu ~ Inilah kesannya yer wahai Fariq Azahar? Terima kasih


Actually, aku bukannya takut ke apa cuma aku terkejut dan macam terus menjerit sebab dah terkejut. Kiranya macam spontaneous reaction lah ~ Macam dah set dalam minda "Jumpa hantu kena kena menjerit" So kenalah tukar. Jadi "Jumpa hantu gelakkan dia sebab muka hodoh" Ambuii ~ macam lah muka kau lawa sangat kan? -.-


So itulah aku. Eh korang pun macam aku jugak ker? Ke tak? Ah tidakk #malusorangsorang




p/s : Tapi tidak dapat menandingi ketakutanku kepada Allah swt :)



 

You Might Also Like

2 comments