Jangan Jadikan Sibuk Sebagai Alasan Tak Update Blog! :D

By Mysara Newrie - Thursday, January 19, 2012




 Assalamualaikum


Hoyeahhh ~ Sorry lah sayangsayang semua sebab aku tak update blog. Memang sengaja aku tak update blog sebab nak kasi berhabuk sikit blog aku nie -.-


Aku buzy lah ~ Tak ada masa nka update dengan cerita yang panjang-panjang. Cuma minggu ini dan minggu lepas aku rasa macam agak happy sangat-sangat sebab ada beberapa perkara yang berlaku :)


Presentation PAD 252 untuk kelas Madam Syamaliah akhiranya telah berjaya aku buat bersama-sama Bunny, Gman dan Khalis. Alhamdulillah ~ Aku rasa itu adalah presentation aku yang paling terbaik pernah aku buat. Alhamdulillah. Rasa happy sangat-sangat sebab sebelum tu aku rasa macam tak cukup facts je nak present tapi bila dah buat, semuanya nampak jelas dan kawan-kawan aku pun faham dengan apa yang aku bentang. Dan Madam Syamaliah pun senyum. Muehehehe :) Alhamdulillah ~


Markah Test PAD 252 aku dah dapat. Alhamdulillah ~ Aku manage dapat markah yang agak tinggi jugak lah ~ Tapi tu bukan alasan untuk aku bersenang lenang. Aku kena improve dan kekalkan momentum aku lagi, Insyallah :)


Dan untuk reward diri sendiri, aku ajak kawan-kawan aku lepak tepi pantai. Dah lama tak lepak tepi pantai sama-sama dengan makan keropok lekor dan ikan pari gorengg ~ fuhh ~ Terbaik lah :)

My classmates :)

Roleplay BEL 312 aku pun dah sudahhhhhhh aku buat dengan group members aku, Bunny, Akma, Ina dan Qali :) Semuanya spontaneous dan sangat-sangat tak bersedia. Aku main cakap je apa yang aku terlintas. Kitorang buat tajuk sexual harassment dan buat ala-ala macam Oprah Winfrey Show dan aku lah pengacaranya. Walaupun masa tengah present tu aku agak down sikit tapi end up, Mr Gopala cakap "Its a good presentation" :)

Angie & Me ; after roleplay :)

Roleplay from the boys



Aku rindu nak pergi dengar ceramah yang berunsur keagamaan. Dulu-dulu masa dekat sekolah, tiap-tiap hujung minggu mesti ada ceramah agama dari Ustaz Awang. Rinduuuuuu ~ Dan kebetulan, baru-baru ini kat UiTM Dungun, ada buat Forum Traffic Light Teruna dan Dara. So aku pun ajak Angie pergi :) Best lah jugak :)

Traffic Light Teruna & Dara :)


Dan biasalah ~ boleh dikatakan hampir setiap minggu aku akan ada meeting. Tak meeting Debat, meeting ASCAPS. Letih tu memang lah letih. Kadang-kadang pukul 1 pagi baru balik dari meeting. Huhu ~ Tapi takpelah ~ Nak buat macamana, tanggungjawab :)

Meeting Debat :)

Lepas meeting Debat, pergi meeting ASCAPS pulak ~ Hari tu ada sessi photoshoot untuk semua exco baru :) So aku pun terlibat jugak lah ~ Biasalah ~ Lepas dah amik gambar formal, mesti nak amik gambar yang sengal-sengal dan manja-manja. HAHA :D Macam-macam karenah kawan-kawan aku :)

My batch :)

Candid :)

Gambar ini nampak macam happy je masing-masing. HAHA :D


Apa lagi ehh?


Oh ~ Dalam duk sibuk dengan study dan meeting, ada satu malan tu aku sempat lah berkaraoka. Punyalah sibuk karaoke punya pasal, sedar tak sedar dah pukul 10.40 malam dan van untuk balik UiTM dah tak ada. Hampehh ~ Nak masuk kampus boleh tapi kena tulis nama. Hish ~ Tak nak lah macam tue


Kebetulan keesokkan harinya, kelas kitorang pukul 12 tengahari. So apa lagi ~ Pinjam kereta member kawan aku dan overnite! HAHA :D Giler punya kerja. Aku dengan dua orang lagi kawan aku. Bayangkan ~ Dari pukul 8.30 malam sampai pukul 7.00 pagi keesokkanya kitorang tak tidur -.-


Ingat nak pergi Mc Donalds tapi McD tutup sebab dorang nak buat chemical cleaning process apa entah -.- Tu yang terpaksa merayap tu dengan kereta. Dari Dungun pergi ke Kerteh dan Mesra Mall. Lepas tu pergi ke Dungun balik. Lepas tu pergi Kuala Terengganu dan balik Dungun balik -.- Best? Best lah jugak sebab tu semuanya adalah spontaneous punya aktiviti sebenarnya -.-


Tapi sebenarnya ni kerja giler namanya -.-


Petang ini aku akan balik rumah sebab cuti Tahun Baru Cina! Hoyeahh! Cuti sampai hari Selasa petang tauu! Arghh ~ best best! HAHA :D Aku rasa mostly semua orang balik :) Aku ingatkan tak nak balik tapi memandangkan semua orang balik dan kebetulan, mak dan adik aku baru balik dari Sabah, so apa lagi, balik lah ! :D


Dan bila dah balik, Insyallah ~ aku akan update blog ini dengan cerita yang paling gempak untuk sem nie. HAHA :D tak adalah gempak mana tapi sebenarnya gempak lah jugak sebab dapat main hujan dan lopak air. Ops ops opsss ~ terbocor rahsia pulak! :p

Before ke kelas ;)

 

  • Share:

You Might Also Like

2 comments