Aku Tetap (Dan Masih) Seorang Manusia

By Mysara Newrie - Friday, January 06, 2012

 

 Assalamualaikum


Rasanya hari ini aku baru ada kesempatan nak menulis. Minggu ini penuh dengan kerja dan assignment yang semuanya nak kena submit dalam masa yang terdekat ni. Ditambah pula dengan meeting itu dan ini. HP aku yang dulu super sunyi dah kembali berdering setiap masa, bertanyakan paper work itu dan ini


Letih dan penat ; itu sahaja yang aku dapat rasakan sekarang ini


Sebenarnya aku tengah siapkan assignment PAD 310 aku tentang Permata Negara. Sambil-sambil tu, aku pun terlintas lah dalam fikiran, nak tulis sesuatu kat sini :)


Kadang-kadang aku rasa kehadiran aku tak dihargai. Aku rasa macam tue. Samada perasaan itu datang dengan sendiri atau aku memang nampak dan rasa benda itu. Si polan yang selalu tegur dan menjerit memanggil nama aku sekarang sudah tidak lagi. Bila melihat aku, hanya senyuman yang tawar dan dipaksa buat sahaja terukir


Takpe. Aku tak rugi apa-apa


Si polan yang dahulu cukup memahami diri aku kini sudah mula jauh dan mula menjengkelkan aku kadang-kadang. Kenapa? Adakah dia fikir aku mampu buat semuanya dalam satu masa dan ditambah lagi dengan kehadiran kau, kau fikir aku mampu untuk menguruskan kau?


Tidak. Aku tak kan buat itu


Si polan yang sebenarnya kawan yang mampu duduk berjam-jam lamanya dengan aku dan berborak-borak kini hanya mampu menolak setiap kali aku mengajak berborak. Kenapakah? Bukan aku tak faham tapi kenapa dulu boleh? Sedangkan aku rasa sem ini dan sem lepas sama sahaja bagi aku. Sudah tawarkah persahabatan yang dibina ini?


Tidak. Aku tak kan benarkan itu terjadi


Si polan yang dulunya selalu menceriakan aku dengan lawak-lawak, kini aku rasakan begitu jauh. Hakikatnya dia berada dekat sahaja dengan aku, tak jauh pun. Cuma kadang-kadang terasa terhad sangat-sangat untuk menjadi dan kembali seperti dulu. Sakitnya ada jugak berbekas dalam hati. Kadang-kadang rasa macam nak pergi dan lupakan apa yang terjadi


Ya. Mungkin aku perlu buat, kalau hati ini mengizinkannya


Dan mungkin jugak aku kan berhenti mencari dia. Biarlah ~ Dah penat aku menyayangi orang yang tak pernah nak menyayangi kita balik. Malah, dibuang dan dihina sebegitu sekali. Ambuii ~ Murahnya perasaan aku ini yer sampai tergamak dilakukan sebegini? Kenapakah? Adakah aku terlalu mudah menunduk dengan apa yang orang cakapkan? Susahnya nak tafsirkan semuanya dalam satu perkataan


Dan ya. Mungkin aku akan cuba


Letih dan penat. Tu je. Cuma tolonglah, aku hanya perlu rasa aku ni memang diperlukan di sini dan bukannya aku menagih simpati orang sepanjang masa. 



kenapa aku cakap macam tue?


Sebab aku rasa aku hanya di perlukan bila memang diperlukan dan akan dibuang, disisih dan dilupakan bila sudah mendapat apa yang dihajati


kalau begitulah tanggapannya, aku rasa sudah tiba masanya aku memilih siapa yang patut aku bawa pada masa akan datang aku nanti


p/s : seganas, sesempoi mana aku pun, hati aku tetap hati manusia, bukan hati robot

 

  • Share:

You Might Also Like

1 comments