Mood Study Melayang-Layang Bila Balik Rumah! -.-

By Mysara Newrie - Sunday, January 22, 2012



 Assalamualaikum


Petang semalam, dalam pukul 3 keluar dengan mak aku sebab nak pergi adik aku kat Pusat Latihan Memandu Ganda, Marang Terengganu. Mueheheh ~ Memang pelik giler sebab nama driving school tu Ganda. HAHA :D Tapi takpe ~ Itulah identiti Terengganu. Eh apa kaitan die? -.-


Biasalah ~ Adik aku memang muka letih dan macam fed up giler sebab duk dengar ceramah dari pagi sampai petang. HAHA :D Sabar je lah eyh? Pergi pasor beli timung, siann ke mung! HAHA :D


Lepas tu pergi bandarr ~ Aku nak gunakan baucer buku 1Malaysia aku tue. Hehe ;) Hajat nak guna dalam RM50 je sekali bila dah syok membeli, tup tup ~ jadilah RM100.05. HAHA :D Unik sungguh -.-


So apa yang aku beli? Tengoklah kat bawah nie :)

Stationeriessssssss!

Apa yang aku beli? Beli lah apa-apa yang aku rasa nak beli. Ada barang yang aku beli aku dah ada tapiii aku beli jugak! Ni namanya membazir tauu? -.- Exercise Pad aku beli 5. Takpe ~ Sem depan aku boleh guna, tak payah beli dah  -.-


Yang penting aku beli Sharpieeeeeeee ~ Woot woot! Sharpie ni dah jadi macma satu fenomena dalam kalangan aku dengan kawan-kawan aku. Semuanya disebabkan Pekjahlah! HAHA :D Masa aku join Debat Piala Pengarah, kitorang guna Sharpie lah untuk tulis semua facts. Best woo guna Sharpie! :D


Eh amenda Sharpie nie? In case kalau ada orang tak tahu lah kan?

Sharpie ; permanent marker

Basically, this is Sharpie, permanent marker. Actually, suka dengan Sharpie sebab nak conteng-conteng je. HAHA :D Lepas tu die punya marker tak adalah besar dan kecik sangat. So so je. So sukalah! 



BTW aku nak beli yang macam kat dalam gambar atas ni tapi dah habis stok dah -.- Sedih betul ~ So belilah yang warna basic je ; chocolate, yellow and dark and light purple and green :) Best lah guna Sharpie nie sebab boleh conteng-conteng. Kalau ada ceramah ke, mengantuk dalam kelas ke, bosan ke, apa ke, mestilah kita bersharpieeeeeee! :D 

"Mari kita berSharpieeeeeeeee dalam kelas!" - Bunny
So after dah sudah bertempur dalam Pustaka Seri Intan aka PSI Kuala Terengganu yang penuh sesak dengan orang, maka kitorang pergi makann ~ Sebab lapar. Adik aku pulak dah monyok semacam dah sebab kepenatan. Aku buat lawak pun die wat derkk je -.-

Adik ku :)
Kali ini kitorang makan dengan Killiney's! Mak aku suke betul makan kat sini sebab senang dapat parking kereta, orang tak ramai, makan pun sedap -.- Mama oh Mamaaaaaaaaaaa :O Lepas tu pergi beli HP untuk bibik aku. Untunglahhhhhhhhhh ~ orang gaji punya HP camera die 5.0 megapixel, aku punya 3.2 je -.-


Berbalik kepada adik aku, terus tak layan aku tauu! Menyampah aku. Dapat makan, terus senyap je -.- Apalahh ~ Tak syok langsung kalau senyap je -.- Kang kalau aku usik kang, marah pulak. Dah tu yang kau senyap, sape suruh?! Argh tensenn Mak Jemah  -.-

Makan Makan -.-

Okay ~ Yang ini hari ini punya cerita. Lepas Asar tadi, pergi kampung aku belah ayah aku sebab nak kemas-kemas barang :) Rumah belakang tok aku tue dah siap dan Cik Noor pun dah pindah rumah die. Perhh ~ Lawa gilerrrrrrrrrrr rumah Cik Noor aku tue! Waaa auwwwwwwwwwwww ~ I loike! HAHA :D


So kemas-kemaslah apa yang patut sebab kebetulan dekat rumah aka store lama tu, dah renovate kasi lawa dan Cik Noor aku cakap, nak buat pusat tuisyen. So kenalah kemas-kemas sikit :)

Pusat Tuisyen wanna be :)

Barang-barang dekat tepi tu just letak sementara je. Masa kemas-kemas ini lah terjumpa macam-macam barang. Biasalah ~ Jumpa barang-barang ayah aku masa bujang dulu. Macam-macam. Jumpa topi, gambar die masa bujang, masa kecik. So pakat tengok belaka :)


Kebetulan, semua kazensssssssssss aku ada. So apa lagi, memang riuh rendahlah jadinya. Biasalah ~ kazennnssss aku semuanya kecik-kecik lagi. So kerjanya duk berlari-lari sambil menjerit lah. HAHA :D Adik aku pulak melayan kazensssssss aku yang kecik lagi tue, so jadi lagi bisinglah. Hehe :)

My bro with Batrisya

Me with Balqis :)

Okay cuba perhatikan gambar aku dengan Balqis nie. Ada gak kawan-kawan aku cakap yang muka aku dengan Balqis sama. HAHA :D Selama ini aku tak perasan pun tapi bila dah kawan-kawan aku cakap, aku macam "Eh ye ker? Tang mana pulak yang sama nie?" Haaaaaaaaa ~ Macam tu lah :) Hehe


So ada ke samanya? Aku pun tak tahu -.-


Lepas tu pergi Giant japp sebab mak aku suruh beli something. Aku sorang je yang turun, mak dan adik aku dalam kereta. Dah alang-alang aku pergi Giant, aku punnnnnn merayap kejap ke tingkat atas semata-mata nak beli benda nie :) Hehe :p

Chocolate Cupcakessssssss! :D

Dah lama giler aku tak makan cupcakes okay? -.- Semuanya gara-gara aku tengok rancangan The Cupcakes Girl dekat TLC tue. So tetiba rasa macam nak bake cupcakes tapiiiiiiiii macam tak sempat dah. So beli je lah cupcakes kat Giant tue. Fuhhh ~ Sedap tauu! :D 


Tetiba mata aku ternampak kedai tu ada jual macaroons. Okay okayyy ~ Aku memang dah tahu lama dah pasal macaroons ni tapi tak pernah rasa so aku pun beli lah ~ Hehe :) Saje nak mengetest rasa die macammana sampai semua orang duk heboh-heboh pasal macaroons nie

Oreo & Chocolate Macaroons

So rasanya adalah sangat manis. Sedap tu sedap dahh cuma manis je lah ~ Manis sangat sampai aku rasa  nak berhenti tepi jalan, beli air masak. Ok lah fineeeeeeee ~ Aku sebenarnya kalau dah makan benda manis seperti aiskrim, coklat atau apa-apa sahaja yang manis, lepas tu aku memang WAJIB minum air masak sebab nak kasi hilang rasa manis tue. Haha :D Ada ker? -.-


So okaylah ~ Itu sahaja yang aku mampu tulis dan update untuk hari ini :) Sebenarnya aku ada banyak giler assignment and not to be mention, kerja ASCAPS yang aku kena buat tapi aku tak sentuh pun lagi -.- Tu lah ~ Inilah akibatnya kalau balik rumah, habis mood study terbang melayang-layangggg ~

 

  • Share:

You Might Also Like

3 comments