Pagi Jumaat Yang Sepi Dan Sunyi, Ditemani Dengan Hujan Dan AirMata
By Mysara Newrie - Friday, January 13, 2012
Assalamualaikum
Bangun dari tidur tadi, terus teringat kisah-kisah yang lepas. Ya Allah ~ sakitnya rasa. Terus menangis sorang-sorang dalam selimut sebab dah lama aku duk tahan sorang-sorang
Tangan aku cepat-cepat texting dekat salah seorang kawan aku yang memang aku percaya hidup dan mati. Kepada dia, aku ceritakan segala-galanya. Ikutkan hati aku, aku nak sangat-sangat berjumpa dengan dia dan bercerita secara face to face tapi memandangkan aku tak tahan sangat, aku bercerita melalui HP saja
Punyalah tak tahan, aku menangis lagi. Kawan aku tu sangat-sangat memahami. Sebab die pernah alami keadaan seperti aku dulu-dulu. So bercerita dengan die memudahkan aku sebab die pernah kena dahulu dan dia faham dengan keadaan aku
Ya Allah ~ Dulu dah pernah terjadi dan aku tak sangka benda tu terjadi sekali lagi. Dalam duk aku mengelak tup tup ~ jadi jugak akhirnya. Semalam dapat tau pasal benda ni, aku rasa sangat-sangat down. Hanya satu mesej sahaja terus mengubah diri aku luar dan dalam
Sakit sangat Ya Allah ~ Dugaan yang Kau berikan ini terlalu kuat. Belum sempat aku buat apa-apa, orang lain melakukan untuk aku dan end up aku yang sakit sekarang ini sedangkan orang di sekeliling aku bergembira. Ya Allah :'(
Aku cuba untuk tak dengar lagu-lagu yang sedih sebab takut lagi menangis. Tapi tak berjaya pun. Even lagu rancak-rancak dan upbeat pun tak mampu nak hilangkan kesedihan aku. Menangis-nangis aku dibuatnya sebab teringat benda nie
Aku dah cukup kuat untuk hadapi semua ini selama nie. Aku simpan dan jaga baik-baik. Aku cuba untuk baiki semua ini supaya jadi macam dulu-dulu. Tapi kita ni hamba Allah, kita mampu merancang tapi Allah yang tentukan segala-galanya
Sampai termimpi-mimpi aku dibuatnya. Sakitnya rasa. Bangun dari tidur, aku akan tengok HP aku sekiranya ada texting yang masuk. Dan tiap kali ada mesej yang masuk, hati aku berdebar-debar mengenangkan isi kandungan texting tersebut.
Maaf, sampai di sini sahaja aku mampu menulis. Kawan aku yang aku cakap tadi dah sampai. Aku nak bercerita dengan dia pulak. Ya Allah ~ DugaanMu ini terlalu kuat untuk aku. Berikan aku kekuatann. Aminn ~
0 comments