Hari Yang Sepatutnya Bergembira Tapi Sebenarnya Tak Pun!
By Mysara Newrie - Friday, January 13, 2012
Assalamualaikum
Bangun tidur semalam, terus kecoh kat area bilik aku pasal baucer buku 1Malaysia untuk student Universiti tuuuu ~
"Weyh! Amik cepat weyh! Pukul 12 jap lagi Pejabat Bendahari dah tutup dah! Dah lah hari ini last! Cepat weyh!"
Korang bayangkan suasana satu level masa tue. Sumpah kecoh dan mulalah yang keluar menjengukkan kepala pasal baucer 1Malaysia tue
Kan dalam Bajet 2012, peruntukkan RM200 untuk setiap mahasiswa kan? So sekarang ni, benda tu macam dah kecohlah kat UiTM Dungun nie
Aku ni pulak, dah tahu pasal baucer ni awal lagi tapi disebabkan aku ada banyak sangat kerja yang nak kena settle, makanya aku duk postponed lah nak amik baucer tu sampailah telinga aku menangkap orang cakap yang "hari ini last amik baucer tu"
Haishh ~ Tak boleh jadi nie! HAHA :D Bukan senang tauu nak dapat duit free. So apa lagi! Aku terus siap-siap dan pergi Pejabat Bendahari UiTM Dungun dengan Angie. Malangnyaaaaaaaaa,
"Maaf dik. Dah tutup sebab nak rehat. Pukul 2 jap lagi awak datanglah mari amik"
FINE! So aku dengan Angie pun baliklah bilik balik sebab nak siap-siap pergi kelas. Lepas tu pergi sekali lagi ke Pejabat Bendahari. Fulamakkkkkkkk! Baru pukul 1.45 petang tapi pejabat dah penuh dengan students lah ~ Dan yang paling tak boleh blahnya, kaunter fakulti aku lah yang paling ramai students. HAHA :D
Kaunter AM 110 ; sesak sesak -.- |
So beratur lah ~ Macam-macam peel perangai aku jumpa. HAHA :D Masing-masing sibuk nak buat apa dengan baucer tue. FYI baucer ini boleh digunakan di kedai-kedai buku dan boleh beli apa sahaja termasuk alat tulis! Bukan buku sahaja okay? :)
Dipendekkan cerita, aku dengan Angie adalah antara students yang dapat baucer tu paling awal antara semua orang. HAHA :D So apa lagi, kitorang pun mengenakan kawan-kawan kitorang yang lain. Sambil kitorang lalu dekat tepi kawan-kawan kitorang yang tengah sibuk beratur panjang, kitorang cakap
"Yeayy yeayy ~ Dah dapat baucer!"
"Kami dah dapat baucer. Anda bila lagi?!"
Satu keping baucer RM50 so dapat 4 keping baucer! :D |
HAHA :D Sumpah aku rasa semua orang yang tengah sibuk beratur tu rasa nak lempang aku dengan Angie. HAHA :D Pergi kelas dan tetiba pulak Sir Adlan nak buat spontaneous speech. Dan aku pulak terpilih ~ Dan Alhamdulillah ~ aku dapat buat :)
Dah dapat duit, apa lagi, shopping lahh! :D Aku ajak Angie dan Hani pergi pasar malam. Masa lalu dekat Pustaka Seri Intan which is kedai buku dekat Dungun, sumpah ramai giler orang! Kawan aku cakap, semua barang-barang dekat PSI dah habis dah! HAHA :D Penuh dengan budak-budak UiTM je :)
Aku, Angie dan Hani memang shopping banyak giler hari ini. Basically, mau dekat RM100 aku habis duk membeli-belah tadi. Alah ~ Tak adalah aku beli apa sangat cuma aku rasa benda tu yang penting je :)
Lepas pergi pasar malam, balik UiTM Dungun balik dan lepas Isyak, terus pergi Stadium Gemilang sebab ada Futsal ASCAPS, acara wajib tiap-tiap semester. Aku tak main tapi just bagi sokongan je lah dekat kawan-kawan aku yang main
Lagipun dah nama kawan-kawan satu kos, konfem-konfem lah aku nak jumpa dengan kawan-kawan aku yang lain. Alahh masa ni je nak jumpa, lepak dan buat kacau dengan dorang sambil bersorak untuk kawan-kawan kitorang yang main futsal :)
Tapi kan, walaupun aku dapat baucer RM200, pergi pasar dan beli itu ini dan lepak bersama-sama kawan-kawan aku, sebenarnya aku tengah sedih nie. Sedih sangat-sangat. Adalah sebab-sebab tertentunya dan malam semalam, sebelum tidur, pukul 4 pagi rasanya, aku menangis-nangis dengan Angie. Sedih sangat rasanya :'(
Tapi takpelah ~ Nak buat macamana. Huhu ~ Aku akan cuba bersabar dan tabah je menghadapi segala kemungkinan. Insyallah :) Do pray for me bloggersss :)
4 comments