Drama Dunia

By Mysara Newrie - Monday, February 20, 2012

 

 Assalamualaikum


maaflah ~  tak ada entry baru untuk dalam masa yang terdekat nie. Aku busy sangat-sangat ditambah lagi dengan keadaan kaki aku yang macam nak terkoyak je kulitnya sebab otot dan urat tegang sangat -.-


Ditambah lagi dengan beberapa komitmen aku kepada fakulti, kelas dan pelajaran aku menyebabkan aku memang tak ada masa nak luahkan masa yang lama dengan blog aku nie. Maaf yer?


Ouh tak lupa jugak. Aku juga letih dengan drama-drama dunia yang selalu berlaku di sekeliling aku. Letih sangat-sangat sampaikan tak tahu nak cakap apa dah. Baik diam je sebab aku tahu, kalau aku bercakap pun, tak ada perubahan yang berlaku


Dan perkara yang paling meruntun hati aku adalah kawan. Tak tahu kenapa orang yang aku percaya adalah orang yang jauh dengan aku sekarang nie. Baik lelaki atau pun perempuan. Masing-masing cuba untuk bertindak luar dari kawalan dan cuba untuk mempengaruhinya dalam hubungan persahabatan jugak. Salah aku kah mereka jadi begini? Atau aku sahaja yang berperasaan begini sedangkan mereka hanya berkelakuan macam biasa sahaja? Aku kah yang salah menilai dan mentafsir dalam hal ini?


One of my friend said just now, "Jangan sayang kawan sangat. Nanti bila dorang hilang satu hari nanti, rasa sakit sangat-sangat"


Aah ~ Aku pun dah rasa kesakitan tu, sejak berbulan-bulan lamanya dan sekarang, perasaan kesakitan tu makin bertambah dari hari ke hari


Away ~


"Jika perempuan menangis, bukan beerti dia lemah atau apa. Perempuan menangis kerana sudah lama bertahan selama ini dan juga letih dengan drama-drama dunia yang tak pernah berhenti"


 

  • Share:

You Might Also Like

5 comments