Assalamualaikum
Petang tadi, sementara tunggu kelas yang satu lagi nak kosongkan kelas yang sepatutnya kitorang masuk, lepak dulu dengan kawan-kawan sekelas. Duduk bersila ramai-ramai sambil borak-borak. Tak lama lepas tu, datang seorang kawan aku
Kepada aku, die ceritakan segala-galanya yang berlaku yang tanpa aku ketahui selama ini. Terkejut aku bila dengar cerita yang sebenarnya. Sebab aku tahu, cerita tu adalah benar. Cerita yang dari orang yang jujur dan ikhlas dengan aku.
Aku tergelak tau bila dapat tahu. Tapi dalam masa yang sama, aku senyap jugak. Senyap dalam hati sebab aku terfikir sesuatu. Banyak betul yang bermain dalam fikiran aku sekarang nie
Apa motifnya? Apa reasonnya? Apa sebabnya? Hairan aku. Dah lah ~ Cukup-cukuplah tue. Yang lepas tu, lepaslah ~ Aku pun dah semakin okay dan pulih. So biarlah ~ Let gone by gone kan?
Sekarang ni, memanglah luaran dan katanya aku okay tapi sebenarnya ada reason kenapa tiap-tiap malam aku lebih senang duduk dalam bilik sahaja, beli makanan malam siap-siap dan makan dalam bilik. Lebih senang begitu dari aku terus sakit kan?
Aku tahu apa yang aku buat. Biarlah orang nak cakap apa pun. Lantok lah ~ Biarlah ~ Aku lebih senang dengan begini. Apa yang orang buat dengan aku, aku ikut je. Malas aku nak perdebatkan, ubahkan sesuatu yang aku tahu tak mungkin akan berubah. Pendek kata, go with the flow
Orang mungkin akan bercakap itu ini, berkata itu ini. Takpelah ~ Aku tahu orang yang bercakap itu adalah manusia, sejenis makhluk yang tak mungkin akan berhenti bercakap dan kita yang lain tak mungkin akan mampu tutup mulut orang tersebut. Sebab apa? Sebab kita semua sama sahaja :)
Aku tahu, dalam orang yang aku percaya dan sayang, ada orang betul-betul jujur dan ikhlas dengan aku. Tak kira lah masa senang, susah, bergembira dan menangis, orang tu ada dengan aku. Aku sayang double triple mereka-mereka nie. Merekalah yang menjadi sumber inspirasi aku
Kepada orang yang aku ingat "ada masa aku senang dan susah tapi sebenarnya eh tak ada pun" aku tak marah cuma aku rasa aku dah tahu dimana letaknya kamu dalam hidup aku. Kejujuran dan keikhlasan yang aku berikan selama ni rupa-rupanya tak ada makna bagi kamu. Lebih baik aku letakkan sempadan dalam persahabatan kita :)
Eh eh ~ Tak marah lah :) Betul aku tak marah pun. Cuma aku rasa aku dah sedar, siapa yang patut aku sandarkan ketika susah dan siapa yang patut aku pergi ketika senang :)
Peace no war! :)
p/s : This is life, accept it or leave it. I choose to accept it because I know Allah swt is always there for me, Insyallah :)
2 comments