Kau Kawan Aku?

Sunday, February 26, 2012

 

 Assalamualaikum


KAWAN. Apa tu kawan? Seorang yang ada dengan kau bila family kau jauh. Seorang yang kau boleh nak mintak tolong kalau ada kesusahan. Seorang yang ada dengan kau bila kau tengah menangis. Seorang yang boleh buat kau gelak bila kau tengah marah. Seorang yang sentiasa ada pengaruh besar dalam hidup kau


See? Betapa dekatnya KAWAN dengan kita. Tapi sedar tak, dalam kita berkawan dengan semua orang, tak semua itu akan ada dengan kita. Sedar kan? Tapi kita tak sanggup terima hakikat itu


Macam aku. yes ~ sekarang ni makin lama makin jauhhhhhhhhhhhhhhh ~ makin lama makin dekat pun ada. Dekat sangat-sangat sampaikan perkara yang aku tak sangka pun boleh berlaku. Magical. Tu lah yang aku rasa


Susah sebenarnya nak cari kawan yang betul-betul KAWAN. Bagi aku, kawan adalah seseorang yang sentiasa dengan kita time senang dan susah, faham perasaan dan riak muka kita, ada untuk kita sandarkan dan percaya jika ada sesuatu, marah kita kalau kita buat salah, peluk dan usap belakang kita menangis dan yang paling best, sapu dan lap air mata kita bila kita menangis


Kenapa malam ni aku tetiba cakap pasal kawan nie? Senang. Sebab lama-kelamaan aku tahu siapa kawan aku dan siapa bukan. Bukan aku cakap aku dah tak nak kawan dengan kawan-kawan cuma aku tahu siapa yang patut aku kekalkan dalam hidup ini jika ada apa-apa. Entah lah ~ Sebenarnya hati aku yang sakit


Sakit pendam perasaan. Letih pun ada. Malas dah nak fikir tapi kalau dah duk bermain depan mata, lama-lama meletoppppppppppp jugak. Sabor je lah Jemah oitt ~ This is life


Esok dan hari hari yang bakal mendatang, aku tak tahu kepada siapa aku nak terus berdiri. Orang yang aku sangka ada dengan aku, rupa-rupanya tikam aku dari belakang. Duk mengata aku. Perghh ~ sedapnya bercakap yer pasal aku? Takpe. Teruskan je lah :) Aku dengar je


Dan jugak, harihari yang mendatang, baik aku alone sekejap, untuk muhasabah diri sendiri kenapa begini jadi akhirnya. Mungkin ada salah dari aku, aku mintak maaf. Aku pun ni manusia biasa je yang masih mengharapkan pertolongan dari Allah swt. Dont expect I'm gonna satisfied everybody


Orang yang aku sandarkan untuk percaya dah takada. Takpelah ~ Tapi Allah swt tu Maha Adil. Orang yang aku percaya dah tak ada, tapi orang yang aku rasa dulu tak boleh ngam dengan aku, slow slow dah boleh masuk air dengan aku. Boleh lepak sampai pukul 6 pagi sebab tengok movie marathon :)


Jangan terlalu menyayangi sebab nanti akan bertukar kepada benci. Jangan terlalu membenci sebab nanti akan bertukar kepada sayang


 

You Might Also Like

3 comments