[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Friday, February 03, 2012

Lain Orang, Lain Peel Perangainya :)

 

 Assalamualaikum


Alhamdulillah ~ Sampai pun ke hujung minggu :) Dapat jugak aku rehat kejap lepas struggle dengan beberapa perkara yang buat aku agak tensen tauu -.- 


Minggu ini buat aku banyak bukak mata tentang macam-macam benda yang selama ni aku terlepas pandang, masih mencari jawapan dan mungkin buat aku sedar tentang "this is life Sara" 


Bermula dengan ayat "tersentap Mak Jemah" kemudian "terkejut Mak Jemah", lepas tu "Mak Jemah berdebar lah ~ " dan diakhiri dengan "Mak Jemah sukaaaaaa" membuatkan aku rasa semua perasaan dalam satu-satu masa


Orang selalu judge dari luar, apa yang mereka nampak dari mata kasar. Dan lepas tu membuat kesimpulan dengan sewenang-wenangnya. Letih aku nak menghadapi keadaan seperti begini. Susah. Sakit dada pun ada sebab duk simpan je sorang-sorang tapi tak boleh nak buat pape -.-


Biarlah ~ Yang lepas, kita lepas dan lupakan perlahan-lahan. Yang penting masa depan dan apa yang bakal terjadi lepas nie. Biarlah orang nak cakap apa pun asalkan kita tahu apa yang kita buat. Kata hati itu penting. Sebab dengan kata hati, kita dapat puaskan hati kita :)


Tapi sedar tak? Kalau ikutkan kata hati sangat, lama-lama diri kita yang binasa. Sakitnya tak tertanggung kan? Alaaaaaaaa tapi chill lah ~ Just ingat satu je, Allah swt turunkan dugaan dan cabaran kepada kita sebagai tanda Dia sayang dekat kita. Sebab bila kita sedang berduka, kepada Allah swt kita mengadu dan menangis, betul kan? :)


Kau mencanang itu ini kepada orang. Orang bercakap itu ini dan akhirnya sampai jua ke telinga aku. Tak tahu lah nak cakap macam mana. Biarlah orang nak cakap apa pun, mulut dia. Biarlah die nak fikir apa pun, otak dia. Lantok lah ~ 


Pendek kata, susah kan nak puas kan hati semua orang? Kita ingat kita dah gembirakan die, tapi sebenarnya tak pun. Malah, dibuang buang, di pijak pijak lagi adalah ~ Hinanya rasa bila diperlakukan begitu yer? Takpe ~ Allah tu Maha Adil. Kepada Allah swt aku pohon "Jika aku di pihak yang benar, tunjukkan kebenarannya"


Oh ya ~ Lupa nak bagitau. Minggu ini, minggu yang buat aku sedar, siapa kawan dan siapa lawan aku. Kawan dan lawan. Aku tak nak pun ada lawan dalam hidup aku tapi bila dah jadi macam nie, serang-serang macam nie, apa yang aku mampu nak buat? Baik duduk diam dan luahkan dekat blog, ye dok? Hehe :)


Aku tak membalas, bukan bermakna aku lemah. Tapi tu menandakan aku cukup matang untuk menghadapi semua benda ni, bukan dengan bertindak melulu macam kau lakukan :)




KANN? :)


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts