[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Saturday, February 04, 2012

Perasaan Itu ;

 

 Assalamualaikum


Pagipagi buta macam nie aku memang suka baca blog orang lain, berjalan situ sana sini sambil dengar mp4 kuat-kuat sebab tak nak dengar bunyi lain yang dapat buat bulu roma aku meremang. Hehe :)


Entahlah ~ Terbaca entry seseorang yang buat aku macam terdetik sesuatu jauh dalam sudut hati aku. Satu perasaan itu. Perasaan yang buat orang bahagia, senyum dan ada jugak yang menangis


Aku pernah lalui semua itu atau senang cakap, perasaan itu. Pagipagi dah tersenyum dah. Malammalam HP melekat kat tangan. Time makan pun nak kena bagitau. Time sedih, dia lah orang yang kita cari. Time gembira, kita cerita dekat dia. Gitu lah ~


Tapi sampai satu ketika, perasaan itu sebenarnya memakan diri aku semakin hari. Sakit dan bekas yang tertinggal ni masih ada lagi. Mungkin dah tak ada perasaan itu tapi lukanya masih berdarah dan tak mungkin akan hilang


Sampai satu ketika, aku jadi takut untuk ada perasaan itu. Sebab takut, dada aku yang sakit kena tanggung sebak. Takut sebab tak nak mata aku jadi bengkak di pagi hari sebab menangis. Takut sebab nanti fikiran pun jadi tak menentu


Susah nak cakap dan sampaikan melalui kata-kata sebenarnya sebab aku sendiri tak tahu apa yang bermain dalam otak dan hati aku. Kata otak dan cakap hati mesti tak sama. Susah aku nak dengar mana satu. Cakap hati rasa nak ikut tapi bila dengar kata otak, terus jadi buntu


Mengeluh banyak kali pun tak ada guna dah sebenarnya sebab lama-lama nanti, perkara dan benda yang sama akan terjadi lagi. Banyak kali dah kena dengan aku sampai kan aku rasa macam malas dah nak amik port. Tapi aku, seorang perempuan. Mampu ke?


Aku cuma mengharapkan ada perasaan itu nanti satu hari nanti. Jangan Allah swt buangkan terus perasaan itu dari hati aku. Jangan aku pulak ego untuk menerima perasaan itu kembali. Jangan pula kawan-kawan menilai aku dan perasaan itu. Jangan ~ aku tak suka




Perasaan itu ; mencintai dan dicintai :)



             

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts