Muka Aku Masuk Dalam Lawak Kampus?! HOMAIGOD :O

By Mysara Newrie - Friday, February 24, 2012

 

Assalamualaikum


Fuhhhhhhhhhhhh ~ Ni lah perasaan aku bila dapat tahu weekend bakal menyusul! Yelah ~ Aku rasa sejak 2 minggu lepas, aku memang buzy tahap dewa. Wa auwwwwwwww ~ Tahap dewa you olls -.-


Punyalah buzy, sampai baju kotor aku satu baldi dah penuh. Tak cukup dengan penuh, siap dah melimpah-limpah dah. Memang tak sempat sangat! Sampailah ada satu hari tue, aku baru perasan, yang aku punya baju kurung dah habis stock dah! HAMEKKK! Kenalah basuh, dua baldi tau? -.-

Organizer untuk bulan Februari ni ; FULL!

Dimulakan dengan Open Day ASCAPS kemudian tetiba dapat tau kena buat proposal last minute untuk pergi ke Educational Trip to Kuala Lumpur & Putrajaya. Memang rushing giler sebab nak kena dapatkan kelulusan dari pihak HEA dan kemudian deal dengan penginapan sebab penginapan yang kitorang nak menginap tu, UiTM Kelantan pun nak jugak. Tapi malangnya dorang dapat dulu -.- '


BTW terima kasih dekat Aup and the geng sebab tolong kitorang deal dengan penginapan dan bas :) Kalau korang tak ada, konfem konfem lah kitorang budak kelas A dan B tak dapat pergi :)

Kompleks Seri Perdana ; panas panassss -.-

Tapi Alhamdulillah ~ Proposal trip tu lulus dalam masa satu hari je. Terima kasih Puan Wan Dorishah! :D Lepas tu rushing kutip duit dari kelas aku dan kelas A lagi. Kemudian dalam sibuk-sibuk tue, ada pulak test Statistik aka QMT. Ya Allah ~ harap-haraplah betul aku jawab tue :) Aminn 


Then pergi trip. Balik dari trip, dengan tak cukup rehat lagi, pergi overnite dengan kawan-kawan sebab nak siapkan assignment. Yelah petang pukul 4.30 petang sampai UiTM Dungun. Malam tu, kitorang overnite ; aku Akma and Ammar. Lepas overnite, pukul 9 pagi pergi merayap pulak sampai pukul 7 baru sampai UiTM Dungun balik -.- Fuhhhhhh ~ Memang cari nahas sebenarnya -.-


Lepas tu, 20 Februari aku ada presentation Malaysian Politics about PERMATA NEGARA. 21 Februari aku ada testnya pulak di mana aku tak pasti 100% jawapan aku betul atau tak -.- Ya Allah ~ rasa kecewa sangat sebab tak dapat perform well dalam test tue. 


22 Februari pulak ada final presentation Entrepreneurship yang mana buat semua orang tak senang duduk. Kessokkanya pulak, aku ada test Quality in Public Sector yang jawapan nya aku rasa macam salah tapi explaination dan examplenya betul (HAHA :D) dan selang sejam after test tue, aku ada Speaking Test for MUET

My friends ; get ready to present ETR. Credit picture ; El Ferdowsi :)

HAAAAAAAAAAAAAAAA ~ Nampak tak? Nampak tak? Betapa busynya Mak Jemah korang nie -.- Letih sangat-sangat, bukan sahaja letih fizikal, mental pun boleyyy ~ Senior aku lagi best, "Mai aku tahu kau stress tapi janganlah tunjuk dekat muka kau" HAHA :D Hampehh -.-


JAP JAP ~ sebenarnya itu bukan tujuan aku tulis entry. Yang atas-atas ni semuanya adalah intro baruuuuuuu ~ HAHA :D Aku sengaja nak bagitahu korang yang betapa busynya aku dalam masa terdekat ni dan sebab itu lah bila tiba hujung minggu, aku rasa macam "arghh lega" HAHA :D


Okay yang ni part sebenar aku nak cerita hal sebenar. HAHA :D Lepas aku dah habis Speaking Test MUET which is "Alhamdulillah ~ aku boleh buat" aku pergi draw duet sikit. Lepas tu aku pergi lah ke Blok 8 sebab nak print list name budak-budak ASCAPS dan list name yang pergi trip hari tu sebab Sir Mujibu nak. 


Biasalah ~ orang yang dah penat dan jalan sorang-sorang di dalam sekumpulan orang ramai, memanglah aku just jalan tunduk je dan tak ada mood. Sumpah aku memang tak ada mood masa nie sebab aku terlalu penat sangat!


Masa aku lalu dekat Dataran Sura aka DATSU, aku dah nampak dah ada sorang budak lelaki ni tengah amik gambar kawan die. Kebetulan Part 5 ASCAPS buat Asean Day. Sumpah meriah giler dengan orang ramai. So lagilah aku rasa pelik sangat sebab jalan sorang-sorang. 


Masa aku tengok budak lelaki tu amik gambar kawan die, aku pun macam nak elakkan lah lalu kawan dia sebab yelah ~ tak kan nak kacau orang yang tengah amik gambar kan? Tepi budak lelaki yang pegang camera tue, ada sorang lelaki yang pakai smart giler habis dengan tie dan baju. So aku wat derk je lah ~ 


Untuk kasi korang lebih faham, rujuk gambar bawah nie


Bulat merah ; orang ramai


So aku jalan je lah tunduk je sebab dah orang ramai sangat. Sekali tetiba budak lelaki yang aku label 'SWEET GUY' tu datang kat aku dan hulurkan gula-gula rasanya dekat aku sambil melutut dekat aku. Alahhhhhh macam kat dalam gambar ni hah ~

sweet lah tue? -.- HAHA :D

Aku apa lagi -.- terkejut lah weyh! Sumpah terkejut. Aku siap tanya lagi "Eh apa nie" dan budak tu cakap "Sudilah terima gula-gula pemberian saya" Jujur aku cakap ehh, masa tu dalam hati aku terdetik "Eh betul ke tak budak nie?" HAHA :D


Lepas tu aku boleh gelak sorang-sorang sambil tengok budak tue. Kemudian jeng-jeng aku perasan budak yang pegang camera tu macam duk record video tue. Aku pun dah cuak dah sebab yelah ~ aku takut dorang nak buat pape entah dengan video tue dengan guna gambar aku ke apa ke -.-


Aku pun terus blahhh macam tue je. HAHA :D Tapi lepas tu dalam duk sesak-sesak dengan orang ramai tue, aku terdengar budak yang pegang camera tu panggil aku "KAK! KAK! KAK!" dan aku pun berpaling dan tanya dia, kenapa record semua tue


Budak tu pun gelak je. Dia cakap "Kitorang tengah buat video Lawak Kampus lah kak. Insyallah nanti akan diterbitkan dan kiranya akak ni bertuahlah sebab akak terpilih untuk masuk dalam video Lawak Kampus"


OK FINEEEEEEEEEEEEEE!! Sumpah aku tergelak masa tue. HAHA :D Ooo ~ kiranya ni nak Wakanabeb aku lah yer? Cissssss! HAHA :D Lepas tu budak tu suruh aku cakap something sikit pasal Wakanabeb dorang tue. 


Aku pun ape lagiiiiiiiiii ~ pot pet pot pet lah kejap dalam 3 minit kot? HAHA :D Then budak tu cakap "Okay kak! Terima kasih atas kerjasama akak. Terbaik lah akak!" sambil tunjuk tanda bagus dekat aku. Well ~ you know me :p HAHA :D


Eh eh ~ HAMBUIIIIIii! Ni bukan komik Lawak Kampus karya Keith and Zelo tu tauu? HAHA :D Ni Lawak Kampus versi UiTM Dungun :) Entah bila entah nak keluar video tue. HAHA :D


Kepada kawan-kawan satu UiTM Dungun, kalau ada terdengar Lawak Kampus, marilah kita tengok ramai-ramai. Kot-kotlah ada muka aku. Kalau tak ada, siaplah budak tue sebab tipu aku. HAHA :D


BTW Terima kasihlah kepada team Lawak Kampus yang menceriakan aku yang tengah stress dengan kerja dan assignment yang berlambak-lambak :) You olls made my day :)


 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments