Salam. Bangun je dari tido tadi tengok kat luar tingkap. Wah, awalnya aku bangun hari ni padahal malam tadi aku tido pukul 3 lebih. Bangga lah jugak walaupun tido lewat tapi boleh bangun awal.
Tengok jam kat hp. 10.45 am. Err? Abaikan lah ~
Ok! Lepas tue aku terus online! Hehe. Act bila aku bangun je dari tido tadi, 1st thing yang aku fikir adalah "..results spm dah dekat dah nie.." Haih ~ Boleh dikatakan tiap-tiap waktu benda ini asyik melekat je kat dalam kotak fikiran aku.
Ok ok. Kita teruskan niat sebenarnya aku post entry ini.
Aku buka blog dan terus mood nak edit blog datang melimpah ruah. Haha. Kebetulan aku blogwalking kat blog Kak Liyana dan post 'ayat-ayat cinta' kat shoutbox die. Then mata aku terjojol bila tengok tutoril dia kat sidebar tue. Semua tutorial tue aku try tapi last-last yang aku berkenan ialah Tutorial Rainbow Link. Hehe. Terima kasih Kak Liyana sebab bagi tutorial yang sangat-sangat mudah! Hehe. Cayunk awak!
Try korang pergi dekat mana-mana link di blog aku ini. Selain dari link itu bertukar-tukar warna, ada satu box yang keluar warna biru yang memberitahu link tersebut. *maaf, saya tak ingat saya ambik tutorial dari sape pasal tutorial box biru keluar 2
Lepas 2 aku tetiba terfikir nak sambung balik niat aku yang tertangguh beberapa hari yang lepas. Aku ada tanya kat kembar lalink aku, Cik Maisyara yang suka pot pet pot pet tue pasal gambar. Aku try buat tapi aku betul-betul blurr. So aku tangguhkan dulu.
Dan aku pun mula lah menunaikan niat aku yang tertangguh itu. Fuh! Pening aku duk pikir macam mana lah nak buat gambar jadi besar. Kobek sana, kobek sini. Pusing sana, pusing sini. Cek sana, cek sini. Last-last jadi jugak. Hehe. Anyway, terima kasih Cik Maisyara! Lepas 2 aku update sikit information. Tapi aku tak puas hati lagi pasal gambar tue.
Macam terlebih je kan?? Nantilah aku betul kan balik. Hehe
Lepas itu, aku tukar other site aku menjadi logo-logo macam kat bawah nie
Korang tekan je kat Myspace ke, Facebook ker, Friendster ke untuk add aku. Tapi biar aku cakap terus terang ok! Aku aktif dengan FB je skunk nie. Hehe. MS dan FS dah lama aku tak buke. Hehe. Aku ingat nak buat macam Cik Mieya BubbleTalk buat tapi aku tak boleh nak buat. So aku buat je lah macam yang kat atas nie. Tapi gambar-gambar logo tak lawa lah ~ Macam pecah-pecah jer. Huhu
Ok lah! Di sini aku nak ucapkan terima kasih kepada semua nama-nama yang aku sebutkan kat atas tadi sebab bagi tahu nak buat macam mana itu ini, bagi tutorial dan tak kurang juga yang bagi nasihat ker. Kepada nama-nama yang tak disebutkan tadi jangan marah erk? Maybe saya tertinggal nama anda ataupun terlupa. Maaf! Hehe. Ok ok. Tak mau cakap panjang-panjang lagi. Hehe. Salam!
p/s : Hari ini sudah genap sebulan aku bekerja. Maknanya bila-bila masa sahaja gaji aku akan masuk! Yeay! Nak beli makanan kucing banyak-banyak supaya kucing aku, Comel jadi gemOk *macam tuan die. Uwek! Haha
p/ss : Aku rasa aku ada benda lagi nak tulis kat entry ini tapi aku dah terlupa pulak sebab tadi mama panggil lunch! Hehe
2 comments