Memandu Kereta

By Mysara Newrie - Sunday, February 07, 2010

Salam. Hari ini tetiba rasa nak update blog pasal latihan kereta di GSA tadi. GSA is stand for Ganda Semangat Asia. Huh? Pelik bebenor nama tue. Haha

Lepas aku balik kerja pukul 2 petang tadi, rushing pergi lunch pulak. Err ~ lunch ker? Argh, lantaklah. Yang penting Makan!! Hahaha. Then terus pergi GSA. Aku mintak dengan kakak kaunter tue nak cikgu yang mengajar aku pada 2 hb baru-baru nie sebab cikgu sangat-sangat best!

Ok. For your information, aku ni bawah syarikat. Maknanya, aku bukan belajar kereta dengan cikgu yang sama. Mana-mana cikgu yang tengah free, dipersilakan untuk mengajar aku. Lebih kurang macam tu lah. Ada faham? Bagus. Kita teruskan lagi yea adik-adik! Haha.

Hampir sejam lebih aku menunggu. Cikgu yang aku nak tue *ok. sila tarik rambut saya sebab saya tak tahu nama die tak nampak-nampak batang hidung. Aku dah mula panas punggung nie. Dah lah penat bekerja tadi. So aku cakap dengan Kak Fatin *kakak yang jaga kaunter tu lah! nak cepat sikit. So die terus ambik borang aku dan bagi kat seorang mamat yang auww! Agah muda dan kelakar! Haha.

So terus bawak kereta di jalan raya. Honestly, aku dah boleh bawak kereta di jalan raya cuma menurut cikgu *aku bahasakan die cikgu auww auww lah ye! aku lambat bagi isyarat dan tangan aku di stereng tak betul. Hey, gaya tangan di stereng pun kena ada ke?? Oh yelah! Ada! Aku yang terlupa. Hehe

Lepas tue balik ke GSA balik dan buat bukit parking. Walaweh, berapa aku try buat tak masuk-masuk jugak tayar dalam petak kuning tue. Geram jugak weh! Act masuk dalam petak kuning tue tapi aku still tak puas hati lagi.


Then buatlah parking 3 penjuru. Oklah kot. Masa ni aku betul-betul rasa macam menyampah dan tak nak bawak kereta lagi. Tak tahulah kenapa. Maybe sebab penat kot.


Yang paling aku nak gelak ialah masa kitorang lalu dekat taman area Marang. Ada lah sepasang couple yang tengah dating. Then tetiba cikgu auww auww aku nie cakap ala-ala menjerit dalam kereta "..woo dating woo!.." padahal yang dengar masa tu aku, dia dan Allah swt jer. Haih ~ Cikgu cikgu..


Aku pun tak tahu nak tulis apa lagi. Seriusly aku memang tak ada idea nak update blog aku nie. Tapi bila aku tak update aku rasa bersalah pulak dekat semua bloggers especially kat semua followers aku. Diorang penat-penat follow aku tapi aku pulak tak update blog. Hehe. Kejam lah tue ~

"..I follow you, you follow I.."

Konsep ini tidak diamalkan di blog ini ! Harap maklum. Hehe

Esok ada kelas memandu lagi dan bekerja pada waktu malam. Oh yeay! Rasa nak buat full time pulak sebab teruja dengan gaji yang baru masuk nie. Hehe

Ada sesape tak di luar sana nak bagi kereta macam dalam gambar ini? I nak! I nak! I nak sama dengan Bella dalam Twilight. Hehe

p/s : Im one of the Twilight fans!

  • Share:

You Might Also Like

4 comments