Salam. Post ini khas ditujukan untuk budak-budak yang lahir pada tahun 1992. Yang lebih atau kurang, sila tekan petak merah kat atas yer! Haha. Alah, tak kisahlah ~ Nak baca atau tak, terpulanglah kepada masing-masing. Saya tak kisah! Hehe
"..Hari ini berapa hari bulan murid-murid??.."
"..3 Februari cikgu!!.."
"..Pandai..""
"..3 Februari cikgu!!.."
"..Pandai..""
Tengok! Hari ini sudah 3 Februari! Ini menandakan borang UPU untuk fasa kedua sudah dibuka! So sila-silalah menjengah ke laman web ini http://upu.mohe.gov.my dan masukkan nombor unik ID masing-masing.
Ok. Sesape yang tak ada nombor ID, boleh dapatkan di Bank Simpanan Nasional [BSN] melalui kaunter. Bagi lepasan SPM / Setaraf Peringkat Diploma / Program Persediaan, bayaran yang dikenakan ialah RM 10.60 dan bagi lepasan STPM / STAM Peringkat Pengajian Ijazah Pertama ialah RM 15.60
Tak tahu nombor unik ID kat mana? Haha. Meh meh meh sini aku tunjuk!
Nampak tak yang aku bulatkan dengan tanda merah tu? Yang itulah nombor unik ID anda! Hehe.
Lepas itu isilah borang UPU fasa kedua itu menggunakan nombor unik ID tersebut. Lain orang, lain-lain nombor ID taw! Bukannya sama.
Dan aku juga nak bagi peringatan. Sesapa yang belum buka akaun Skim Sijil Pendidikan Nasional aka SSPN, sila-silalah buat ok! Aku pun tak tahu apa kepentingan die tapi untuk kebahgiaan masa depan, aku sarankan korang buat je lah ok. Hehe
Cuma aku tak tahu pasal satu benda ini dan aku harap rakan-rakan bloggers tolong jawab soalan ini boleh. Apa itu resume?? Contoh resume macam mana?? Apa kegunaan die??
Aku rasa setakat itu je kot yang boleh aku bantu di blogger ini. Kalau ada apa-apa, bolehlah tanya aku. Insyallah, kalau aku boleh jawab, aku jawab lah. Kalau tidak, maafkan aku ok! Dan sesape yang nak berkongsi info, amat-amat dialukan! Hehe
10 comments