I Like You!

Sunday, February 14, 2010


Bila kau hantar mesej kat aku melalui FB, sumpah aku cakap aku tak sangka kau lah orangnya. Aku just anggap kau macam kawan-kawan aku yang lain jugak.

Tapi bila dah lama-lama mesej, aku tengok profile kau. Owh, sungguh-sungguh terkejut sebab kaulah orangnya. Kau, kawan sekolah aku yang merangkap senior sekolah aku.

Kenapa kau 'datang' hah? Weh, sejak kedatangan kau, aku dah mula asyik ternanti-nantikan kau tahu tak? So tolonglah ~ Bila dah 'datang' tue, teruskanlah berkawan dengan aku ok??

Sebab kedatangan kau banyak memberikan senyuman di bibir aku. Walaupun tak pernah bercakap di sekolah tapi kita dah macam kenal lama.

Kau tahu tak, setiap patah perkataan yang kau tulis di FB aku ternanti-nantikan selalu? Dan semestinya setiap kata-kata yang kau cakap menggembirakan aku.

Kehadiran kau tak pernah aku sangkakan dan tak pernah aku harapkan.

Namun bila nama kau tertulis di dalam diari hidup aku, bermakna kau adalah sebahagian dari hidup aku.

And please, I really need to know you better because I think I like you ok?

You Might Also Like

10 comments