Already Taken! :) Saya Sayang Awaklah ~

By Mysara Newrie - Sunday, February 28, 2010

Salam. Sekarang ini aku baru bersedia nak cerita pasal Encik Fauzi saya. Hehe. Saya sayang awaklah ~


Bila aku tukar status aku kat FB dari 'single' ke 'in a relationship', berderu-deru orang duk tanya, "sape die bf kau?", "macam mana boleh couple?", "wah, tahniah lah ~", "ceritalah weh ~" Macam-macam reaksi yang aku terima especially kawan-kawan aku kat Sester lah sebab diorang tahu aku dah single lama dah. Kawan-kawan aku di TMS pun ada gak yang tanya. Hehe. *mukadimah panjang sangat nie. haha


Let me introduce him as Fauzi ok. Still study di U dalam kos mechanical eng. Macam mana aku kenal dia? Panjang cerita nya. So kalau tak nak baca, boleh tutup kepala anda ok? Hehe

Setiap tahun, Sekolah Berasrama Penuh aka SBP akan mengadakan Hari Kecemerlangan aka HKSBP dimana, semua wakil pelajar bagi setiap SBP di Malaysia akan berkampung selama hampir seminggu di tuan rumah yang telah ditetapkan. Masa tue, macam-macam aktiviti diadakan seperti maen basketball, debate, pidato, hoki dan macam-macam lagi. Tuan rumah pulak bertukar-tukar. Macam tahun ini, SBP ini. Tahun ini, SBP ini. Paham tak? Kalau paham, teruskan membaca ok?


Nak dijadikan cerita, semasa aku Form 4, HKSBP diadakan di Sek Men @#$%^&* . Masa tu HKSBP diadakan dekat-dekat nak cuti sekolah pertengahan tahun. Aku tak terlibat pun! Huhu. Dah habis HKSBP, pihak sekolah aku pun baliklah. Masa nak balik, budak-budak Sek Men @#$%^&* tumpanglah bas sekolah aku sebab ada yang duduk di Terengganu. Ni kes nak jimat duit lah kan? One of the students is Fauzi. Hehe



Semasa sampai di sekolah aku, Fauzi dengan kawan die rehat sekejap di Astaka. Masa itulah dimana Fauzi ini terjumpa cebisan diari yang terkoyak dan ada nombor phone. Biasalah ~ Kacaulah nombor tue kan? Dan tuan empunya nombor itu adalah aku. Hehe.



So since from that, we start messaging. Kenal-kenal tapi tak rapatlah ~ Hehe. Tapi entah dimana silapnya, tahun lepas aku dengan dia langsung tak contact dengan dia. Aku terus tak ingat dia langsung. Haha. Kejam owh ~


Tapi nak dijadikan cerita, semasa aku tengah duk sedih lah pasal si Budak Gurauan Melampau, tetiba satu malam tue, lepas kerja aku dapat mesej dari nombor yang tak dikenali. Ucapan 'selamat malam' dah cukup untuk aku tanya sape die. Owh rupa-rupanya Fauzi lah ~ Die guna nombor baru.

Malam tue dan hari-hari yang seterusnya kitorang mesej. Tapi bukannya tiap-tiap jam. Dalam sehari tue adalah bermain mesej. Sebab die selalu buzy. Ececeh ~ Tiap-tiap hari dia ada training ragbi sebab nanti ada tournament. Die kata dia dah maen ragbi 6 tahun dah. Lepas tue kena study hard sebab ada exam.


One day, die propose aku. Aku bingunglah ~ Sebab masih baru lagi kan? Bila aku cakap pasal nie dia cakap "..Kalau kita nak kan sesuatu, kita kena bertindak dengan cepat, takut terlepas nanti.." dan dia sambung lagi "..Kalau lewat-lewat takut kena kebas dengan orang lain pulak. Salah ker kalau diawalkan sikit?.." Bertambah-tambah perasaan bingung aku.


Bila aku tanya die sejak bile lagi semua benda-benda ini berlaku, dia cakap "..Tiba-tiba saya jadi terpikat dengan awak sejak mesej dengan awak. Saya tak pernah mesej dengan perempuan lain termasuk ex saya macam saya mesej dengan awak. Bagi saya, awak special.." Ececeh ~ Betul ker? Haha. Setakat mesej aku pun boleh jugak cakap macam tue. Dia jugak ada cakap "..Saya rasa macam dah lama kenal awak..". Aku tergelak guling-guling dah masa tue. Aku rasa macam kelakar pulak. Haha


Aku saja-saja lah tanya dekat dia samada die ni hanya nak main-mainkan aku ke apa ke. Tapi die hantar mesej ini kat aku "..Terpulanglah pada awak samada nak percaya atau tidak tapi saya ikhlas sepanjang saya mesej dengan awak. Tak ada pun perasaan nak main-mainkan awak. Saya betul-betul serius dengan awak dan saya sayang dekat awak.." Pulak? Aku terus tergaru-garu kepala lepas baca mesej nie.

Aku just mintak masa dengan dia untuk fikir pasal semua benda alah nie. Haih ~ Bingung aku. Yelah sebab aku rasa terlalu awal dan lagipun aku dah lama kat couple. So rasa macam pelik lah kot.


Tapi aku sedar one thing. Aku sentiasa ternanti-nantikan mesej dari die. Mesti nak tengok hp kalau-kalau ada mesej. Di FB pulak, aku ternanti-nantikan dia on9 atau pun tak. Kalau dia hantar mesej, aku rasa happy. Kalau dia panggil aku sayang, aku rasa happy. Pendek kata, aku rasa happy dan ceria je kalau dapat berhubungan dengan dia.

Tapi aku tetap takut untuk cakap YES dekat dia. Lepas sembahyang, aku selalu berdoa. Jika dia untuk aku, kau berikanlah keyakinan kepada diri aku dan dia. Namun jika tidak, kau bawa lah dia pergi dari akuKerana aku tak sanggup lagi menghadapi cerita sedih ini sekali lagi. Dan alhamdulillah, aku rasa yakin untuk terima dia dan dia semakin menceriakan aku :)

Tapi ada satu benda yang paling paling paling aku touching! Hehe. Dia tak ada kredit so aku just wishlah "..Good Night.." dekat dia. Dua malam berturut-turut aku wish sampai Cik Shazana Samaluddin aka Nana cakap "..Jangan hantar mesej dekat dia lagi.." Haha. Lepas tu die hantar mesej kat FB "..Sori laa..kredit habis..Belum topup lagi..Dah topup nanti saya mesej la awak..don't worry...I still with u.." Walaweh ~ Berbunga-bunga perasaan aku masa tue. Hehe

Lepas fikir semasak-masaknya, amik kira kata-kata manusia terhebat di entry ini dan mendapatkan khidmat Doktor Cinta dari kawan aku sendiri, aku decide aku akan menerima dia. Memanglah susah dan banyak cabaran die sebab kami duduk berjauhan tapi aku serahkan kepada takdir. Kalau dah ada jodoh, tak kan kemana. *chewahh! Haha



So semalam, 27 Februari 2010, aku hantar mesej kat dia. Dia cakap "..Sorrylah. Tadi memang buzy sebab baru balik dari main rugby.." Kesian kat die kan? Penat ~ Huhu. *wah, sejak bila aku jadi simpati kepada orang nie??!! Haha.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


Aku : Awak, nak tanya nie. Tawaran awak untuk saya jadi GF awak masih terbuka lagi ker? Ke tutup dah tawaran tue. Auww ~ Malu pulak rasanya

Dia : Masih terbuka lagi untuk awak

Aku : So boleh saya terima tawaran tue? Hehe :p


Dia : Boleh sangat-sangat sayang ~ *auww ~ :)

Aku : So? Awak tak suka ker? Awak nie, cakaplah something! Haha :D


Dia : Masih lagi terbuka untuk sayang. Hati saya sudah terpikat pada awak lah ~

Aku : Auww ~ Saya tak tahu pulak nak kata macam mana. Awak ehh, kita ni apa? Kawan lagi ker? Haha :D

Dia : Mana ada. Kita tak kawan pun. Kita dah couple terus dah

Aku : Haha. Ye ker? Couple ker? Ok lah tue ~ Dah tukar dah status kita sekarang ini. Hehe :p

Dia : So, awak boleh terima saya sebagai pakwe awak la ye? Awak dah boleh jadi awek saya

Aku : Kalau saya dah terima tawaran awak tue, maknanya saya terima awak seadanya. Alah awak nie ~ Buat saya malu lah. Haha :D


Dia : Terima kasih awak ~ I love you so much. Hmm ~ Sayang, sorry lah. Kredit saya dah habis ni. Nanti kita mesej lain kali ye. Tak pun nanti kita chat dalam Fb yer ~

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Haha. Kacau daun betul lah sebab die tak ada kredit! Haha. Takpe. Setengah jam lepas tue kiorang pun chat dalam FB. Hehe. Tapi tak adalah lama sangat sebab dia kena tidur awal, ada kelas. Aku tak kisah lah ~


Sebenarnya kalau dah couple aku lebih suke kalau jarang-jarang je mesej. Atleast masa mesej nanti ada banyak benda nak cakap. Lepas tu aku lebih suke panggil awak saya sebab rasa macam ~ entah! Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Hehe


Apa yang aku harapkan dari kamu semua, tak kisah sape-sape pun, yang baca cerita ini, doakan aku dengan dia erk? Aku sayang dekat dia. Aku harap kali ini aku dengan dia akan kekal lama. Insyallah ~ Sebenarnya aku segan nak cerita pasal hal ini tapi dah ramai sangat orang tanya so terpaksalah aku buat jugak entry ini. Hehe

Gambar? Hurm ~ Buat masa ni tak payahlah ok? Hehe. Bertenang! Bertenang! Nanti bila tiba masanya aku letak lah ok? Hehe. Jangan marah yer ~

So dengan rasminya aku in a relationship dengan Encik Fauzi ! Auww ~



p/s : Segala mesej yang aku tulis tadi adalah 100% dari dia. Cuma aku betulkan ejaan die supaya kamu semua dapat faham. Hehe

  • Share:

You Might Also Like

38 comments