Bila Bercakap Tentang Kereta dan Universiti

By Mysara Newrie - Friday, February 19, 2010


Salam. Sebenarnya aku nak update blog ini dalam sikit-sikit masa lagi, tapi entah lah ~ Something happen dan aku rasa macam "..err tak ada benda laen lagi ker..?" Aku malas nak fikir so untuk mengalihkan fikiran aku, baik kita update blog! Ada jugak kebaikkannya jugak kan? Korang boleh juling-juling mata baca blog aku dan traffic aku pun naik! Haha *ayat perasan!

Masa aku pergi kat Kuantan baru-baru ini aku ada jugaklah usha-usha pasal kereta ini. Then Epy dan Cik Mimi bagitahulah pasal kereta-kereta ini. Secara tidak langsung aku tahulah jugak kan.

Balik dari Kuantan, aku sedar aku dah minat giler dengan kereta. Kereta apa? Kereta Kelisa! Haha. Kenapa kan?? Meh meh aku cerita.

Aku minat dengan kereta Mini Cooper tue. Then masa tengok wayang, cerita Lu Pikirlah Sendiri The Movie, ke'admire'an aku terhadap kereta tue semakin bertambah-tambah. Bila aku cakap dengan mak aku pasal hal ini, tetiba aku terpikir.

Nak ke ayah dan mak aku beli Mini Cooper kat aku?? Haha. Soalan yang nak kan 'peluru berpandu' sebagai jawapannya. Huhu. Kalau boleh pun, berapa harga sebiji kereta tu? Giler bapok! Mesti lah mahal kan? Hehe



Kemudian aku teringat balik, Epy pernah cakap "..Azrul tu sebenarnya nak kereta Kelisa sebab die nak modified jadi macam Mini Cooper lah.."

Wait wait! Aku pun terbayangkan lah muka si Mini Cooper dengan Kelisa. Eh eh, agak-agak samalah jugak kan? Haha


Start dari semalam, tiap kali atas jalan raya aku mesti tengok kereta Kelisa. Hehe. Tapi sayang seribu kali sayang, Perodua dah tak supply dah kereta Kelisa nie. Huhu. Tetiba rasa macam nak nangis jer. Huhu

Nanti bila aku dah ada lesen P nanti nak jugak aku pujuk-pujuk ayah aku belikan kereta kat aku. Hehe. Secondhand pun tak pe! Asal ada kereta. See, aku ni bukannya jenis yang memilih taw tak. Hehe. Bila dah dapat kereta secondhand tue, aku nak modified situ sana supaya lebih nampak sporty. Hehe

Aku nak tukar seat, tukar stereng, tukar sound dalam kereta, tukar ekzos, pakai tinted glass, tukar meter enjin. Hehe. Lepas tue aku nak tambah 'atap kecil' *bak kata Saman kat Epy iaitu spoiler! Haha. Tergelak aku bila Epy cerita kat aku. Hehe

Tapi bukankah perkara di atas akan mengakibatkan pengeluaran duit yang sangat-sangat banyak?? Haha. Ok. Kita letak tepi dulu pasal hal-hal kereta ini.

Mak aku lagi best! Dia cakap "..Belajar elok-elok dulu. Dapat kerja. Dah dapat duit baru beli kereta.." Hoho. Mama, itu bermakna mau 10 tahun lagi lah ~




Ok ok! Kita tinggalkan pasal kereta tadi ok. Aku dah pening-pening dah nie.




Petang tadi masa pekena nasi goreng, aku cakap-cakaplah dengan mak aku. Aku nak masuk universiti itu ini.


"..Sara nak masuk UM, UKM, UiAM, USM.."
aku berhenti sekejap then aku sambung

.
.
.
.
.
.



"..U tube.."


Mak aku dah tersedak dah masa makan sebab dok gelak bila aku cakap aku nak masuk You Tube.



Dengan muka slumber nya, mak aku sambung balik aku cakap "..UNI.."


Aku blurr giler bila mak aku cakap. Aku ulang balik mak aku cakap "..UNI? Benda apa tu?.." Yelah sebab setahu aku mana ada universiti yang ada singkatan UNI.



Mak aku cakap "..Yelah, UNI. Kahwin nanti lah ~.."



Serta merta aku mengilai kat kedai makan tadi. Haha. Sungguh ku tak sangka mak aku akan cakap pasal ini. Haha.



"..You and I.."


Eh tetiba rasa nak update blog pasal seseorang lah ~ Hehe. Nantilah aku update k! Hehe

  • Share:

You Might Also Like

12 comments