Saya Suka Dia!!

By Mysara Newrie - Thursday, February 04, 2010

Salam. Sekarang ini kalau sape-sape yang perasan, semuanya busy tanya pasal borang UPU. Dah isi ke belum, U mana kau amik, course apa yang sesuai. Macam-macam lagi lah jenis soalan yang keluar tadi. Haha. Tadi masa aku tunggu turn nak belajar kereta pun, bising kat Blok A duk dengar budak-budak nie bercakap. Yang pasang lagu dikir barat pun ada. Siap nyanyi lagi. Apalah ~

Ok. Tadi aku tengok siaran ulangan AC Di Sini. Sape suke tengok??! Angkat kaki anda. Haha. Honestly, aku tak berapa suka sangat tengok melainkan kalau ada artis-artis yang dijemput yang aku suka, aku tengoklah. Kebetulan pulak tadi, AC jemput Liyana Jasmay dan Lisa Surihani *ni kalau si Zack Zukhairi baca ini mesti die cepat-cepat pergi search video AC kat YouTube. Haha

Lisa ada bagitahu die tengah sibuk berlakon cerita Lagenda Budak Setan. Weh! Sesapa yang pernah baca novel itu?? Owh, amat-amat mengasyikkan! Serius cakap, aku suke giler dengan novel itu ok!

Penulis die Ahadiat Akashah. Aku suka sangat baca novel-novel dier. Tapi aku bukan beli, kebetulan ada dekat library sekolah aku so aku rembat je lah. Aku ingat lagi, 1st novel die yang aku baca ialah Pilot Cafe. Masa tu aku Darjah 5. Aku pinjam dengan kawan aku, nama die Sarah jugak! Haha. Sarah Abdul Aziz. Hehe.




Novel ini sangat-sangat best! Tapi aku tak dan nak habis baca. Owh, sungguh mendukacitakan ~ Setahu aku, novel ini adalah novel duet yang pertama di Malaysia, hasil penulis Ahadiat dan Zuraidah. Ok lah ~ Best. Inilah novel Ahadiat yang 1st sekali aku baca.

Naik Form4, aku terjumpa banyak novel Ahadiat Akashah kat library sekolah aku! Haha. Suke giler aku! Aku pun apa lagi! Rembat lah satu. Aku pinjam novel Hikayat Cinderella. Sebab apa? Sebab novel itu teeebbaalll sangat-sangat! Haha. Lambat sikit habis. Hehe

Lebih kurang tebal inilah ~ Walaupun tebal, tapi tak boring cerita itu dan novel itu ringkas dan 'ringan' jer. Sesape yang pernah baca novel Ahadiat Akashah ini, tahulah maksud aku ini. Hehe


Aku tak nak ulas lebih lanjut lagi cerita die. Hehe. Korang baca lah sendiri. Tapi yang pasti apa yang korang bayangkan apa yang bakal berlaku, tidak menjadi sama sekali bila baca novel ini. Aku pun tak sangka ending dier jadi macam itu. Hehe

Next novel aku baca ialah Lagenda Budak Setan!

Yang ini memang best! Cerita ini cuba menyampaikan bagaimana cinta itu mampu mengubah semua orang di sekeliling kita. Dan pemilihan Lisa Surihani untuk menjadi Ayu *heroin cerita ini memang 100% sesuai! Wah, tak sabar-sabar nak tengok cerita LBS bila dah ada kat cinema nanti. Hehe.

Selain dari itu, aku ada jugak baca novel-novel Ahadiat yang lain. Yang aku ingat sekali ialah Kisah 1001 Malam. Cerita ini memang ajaib dan agak menarik jugak sebab dalam satu malam je macam-macam boleh berlaku kepada seseorang ini. Macam-macam terjadi kat watak utama die semasa die dalam perjalanan nak pergi berjumpa ayah kandung die yang die sendiri tak pernah jumpa! Walaweh! Memang enjoy ar. Satu hari je aku mampu habiskan novel nie. Hehe

Esok 5 hb. Maknanya, dah cukup sebulan aku bekerja. Mungkinkah gaji aku akan masuk esok?? Haha. Kita tunggu dan lihat nanti kat bank nanti. Hehe. Tetiba aku rasa nak update wishlist gaji aku untuk beli novel Ahadiat. Hehe.

Sesape yang stay area Kuala Terengganu, boleh tak bagitahu kat mana nak dapatkan novel Ahadiat?? Sebab aku tak pernah pun nampak novel die kat kedai di sini.

p/s : Cik Fyra, nampaknya novel 'Di Langit Cinta' sudah menjadi 'Cinta Kau dan Aku'. Walaweh, cam best je novel itu. Hehe

p/ss : Oh ya! Saya memang suka membaca. Fullstop!

  • Share:

You Might Also Like

4 comments