Salam. Sekarang dah ada banyak betul lagu-lagu yang boleh kita layan kan? Buka je radio macam-macam jenis lagu korang boleh dengar. Ok. Disebabkan aku tak ada topik nak cerita, so meh meh lah baca entry aku yang agak serabai kali ini. Hehe
Lagu yang bakal aku listkan ialah lagu yang ada maksud di sebalik segala peristiwa yang berlaku dalam hidup aku. Kiranya macam inilah, bila korang dengar sesetengah lagu tue, korang teringat kat peristiwa yang berlaku. Hehe. Faham tak? Aku rasa macam korang tak paham jer. Takpe lah. Layannnn ~ *tiru stail Fara Fauzana. Hehe
- Adam AF - Kasih
Aku tak sure sangat betul ke tak tajuk lagu die tapi yang pasti kat chorus dier, Adam nyanyi macam ini..
"..Oh kasih, Oh kasih
Ku beterima kasih
Padamu bla bla bla.."
Aku teringat kat ex aku lah sebab masa tue dia call aku dan kitorang cakap-cakap telefon. Nama ex aku tu Firdaus dan sekarang nie dia tengah bercouple dengan kawan aku, Si Azureen aka Misseen Comey nie. Diorang lagi sweet lah dari aku couple dengan Firdaus tue. Hehe.
Then die suruh aku senyap dan dengar lagu apa nie. Then die pun pasanglah lagu ini kat hp dier dan aku dengar. Wah, giler! Memang bestlah masa tue. Hehe. Tapi sekarang ini dah lama tak dengar lagu ini. Mujurlah ~ Hehe
Then die suruh aku senyap dan dengar lagu apa nie. Then die pun pasanglah lagu ini kat hp dier dan aku dengar. Wah, giler! Memang bestlah masa tue. Hehe. Tapi sekarang ini dah lama tak dengar lagu ini. Mujurlah ~ Hehe
- Once - Dealova
Giler! Masa Form 2, tiap-tiap hari pasang lagu ini kat komputer di sekolah aku. Ok. Masa Form 2, cikgu ada letak 7 buah komputer setiap kelas. Cikgu suruh kitorang guna elok-elok komputer tue kan tapi biasalah, student ~ Upload lagu-lagu, video-video dan games. Dan lagu ini jugak mengingatkan aku kepada Firdaus. Masa ni kiranya tengah baru couple lah. Hehe
- Rossa -Aku Bukan Untukmu
Pahtu lepas aku pikir-pikir balik kan, biarlah ~ So aku lepaskan Firdaus dan mereka bercouple dari Form 2 sampailah sekarang. Masa tue tengah hot lah lagu nie. Kiranya aku lepas kan Firdaus tue untuk Si Azureen lah ~ Owh, sangat-sangat tidak matang ketika itu! Haha
- Bunkface - Situasi
- Estrella - Stay
- Kertas - Penantian
- Melly Goeslow ft Ari Lasso - Jika
Sepanjang lawatan 3 hari tue, aku dengan die memang kamceng giler ar. Memang best borak-borak dengan die dan dia macam take care dekat aku. Azman cakap die sayang giler-giler dengan ex die tu tapi terpaksa berpisah sebab halangan keluarga. Owh hoo ~ sangat-sangat touching. Tapi sekarang ini aku dengan die lost contact dah ~ Haih, teringin pulak nak cari die balik. Apa lah khabar die sekarang ini erk?
- Yuvie & Nuno - Menjaga Hati
Kan tadi aku ada mention pasal aku minat si Saman kan? Hehe. Memandangkan masa itu aku duduk asrama dan tak boleh bawak hp, so kalau ada masa aku akan call die. Dan die pakai caller ringtone lagu ini lah. Hehe.
Tapi sekarang ini aku dengan die dah tak berhubung lagi. Walaupun macam itu, aku ada jugak usha-usha cerita pasal dier melalui kazen-kazen dan kawan-kawan aku yang lain di Kuantan sebab diorang nie bowlers Pahang
- 6ixth Sense - Tanpa
Ada one time tue aku jadi kamceng giler dengan kazen aku nie, Epy. Dan kebetulan lagu ini memang tengah hot lah! Tiap-tiap masa duk dengar lagu ini sambil msj2 dengan die dan edit gambar kitorang sama-sama. Hehe.
- Sheila Abdul - Mungkinkah
Hehe. Before aku menjejakkan kaki aku di SESTER, aku ada usha sorang classmate aku, Helmi nama die. *Wiwin, ko ingat lagi tak macam mana perasaan aku berbunga-bunga bile cerita pasal benda ini dan bagaimana cerianya muka aku masa itu kan?? Haha.
One night tue, aku msj dengan die. Tapi entah macam mana entah die tersilap hantar msj. Die nak hantar kat orang lain tapi terhantar dekat aku. "..Awak, saya dah dengar dah lagu Mungkinkah tue.." Lepas tue, aku terus godek-godek dan cari lagu tue. Haha. Begitu bersemangat betul saya ketika itu! Hehe
- Yassin - Nur Kasih
Walaweh! Dengar lagu ini memang for sure lah teringat dekat cerita 'berhantu' tue kan? Tapi aku tak sebab aku akan teringat dekat bilik rehat Blok B Aspuri Sester. Hehe. Sebab? Sebab masing-masing akan berkumpul depan TV ramai-ramai nak tengok cerita ini.
Habis je Sembahyang Isyak kat surau, masing-masing berlari dengan baju kurung sebab tak nak miss langsung cerita ini. Yelah, masa itu kan habis sembahyang isyak pukul 9. Dan aku lah orang yang paling 'berdooh' sekali berlari. Dan masing-masing berebut-rebut nak duduk depan. Cerita tue kan hari Jumaat kan? Hari Rabu dah start dah cop nak duduk mana.
Masa final cerita itu lagilah havoc! Masa tue kan tengah SPM kan? Kebetulan pulak Cikgu Rozazat *PKHem aku buat perjumpaan pasal apa entah! Aku tak ingat sebab masa tue terfikir takut tak dan nak tengok jer. Dah lah cikgu cakap meleret-leret. Hish ~ panas punggung aku masa tue.
Lepas je cikgu cakap "..Ok, boleh bersurai.." Terus aku berlari sepuas-puas hati aku dengan diikuti kawan-kawan aku yang lain. Tak pandang dah kiri kanan aku. Bukan budak perempuan sahaja ok! Budak lelaki sekolah aku pun ikut cerita ini jugak. Haha. Kenangan manis betul! Malam masa final Nur Kasih penuh satu bilik rehat. Sampai ada yang berdiri atas meja kat belakang sekali sebab nak tengok cerita ini. Haha. Oh my dear fren! How I miss you all so much!!
- Hijjaz - Dia Kekasih Allah
Bila dengar lagu ini mesti aku teringat dekat roomate aku yang paling aku sayang! Die nie suara sedap so selalu jugak nyanyi dalam bilik. Gosok baju, kemas katil, lipat baju, mesti die akan nyanyi. Kadang-kadang terhibur jugak aku. Dan lagu ini selalu jugak die nyanyi. Hehe
- Cobra Starship - Good Girls Gone Bad
Hehe. Aku serta-merta akan ingat Aspuri Nite : Masquerade Ball di mana aku telah dinobatkan sebagai Miss Elegent pada malam itu. Hehe. Promote sikit! Dan kitorang ada menari-nari. Masa lagu ini dipasangkan memang masing-masing macam orang giler lah sebab duk terhuyung-hayang menari ikut rentak lagu ini dan menyanyi sekali. Hehe. Kalau nak tahu cerita lebih lanjut pasal Aspuri Nite itu, boleh klik [sini]. Hehe
- Exists - Seperti Dulu
Ex aku ada tinggalkan aku tanpa khabar berita hampir 6 bulan lamanya. Masa tue, lagu ini lah yang paling banyak aku dengar. Huhu. Kadang-kadang menangis jugak lah. Tapi last-last dapat tahu ex aku tue dah ada makwe laen. Huhu. Betullah orang cakap, penantian itu satu penyeksaan! Cerita pasal ex aku nie boleh korang tengok kat [sini] ok?
Aku rasa setakat itu je kot entry aku pasal lagu kali ini. Hehe. Panjangkan?? Maaflah kalau menyusahkan korang semua jer. Hehe. Aku percaya korang semua pun mesti ada lagu-lagu yang meninggalkan kesan mendalam kepada korang kan? Hehe. Manalah tahu, bila dengar lagu ini teringat dekat mak ayah ker. Hehe
Apa - apa pun, tetap hormat lagu Negaraku sebab itu adalah lagu tempat tumpahnya darah ku ini!
1Malaysia!!
1Malaysia!!
*berdooh - bersemangat sekali
8 comments