Picnik yang Kecoh!!

By Mysara Newrie - Wednesday, February 17, 2010

Justify Full
Salam! Owh Ho! Tetiba rasa nak edit-edit blog, nak usik itu, nak usik ini. Haha. Kak Ynn bagi tutorial pun amik jugak tapi tak menjadilah ~ Huhu. Kena usaha lebih lagi nampaknya. Hish ~

Last-last, bila semua tutorial yang aku try tak menjadi, aku just pasang muzik je. Hehe. Kalau nak tahu lagu apa, sila klik butang play kat muzik aku tu ok!! Hehe. Then, aku rasa baik aku update blog kan? Cerita pasal aktiviti-aktiviti kat Kuantan itu hari. Hehe. *Yaya dan Nad, korang mesti tak sabar-sabar nak baca kan? Haha. Nah amik ko!!!

Aku pun tak tahu nak tulis macam mana. Haha. Aku, Mak Adik, Aishah dan Wan naik satu kereta - Waja. Azrul dan Fatah satu kereta - Kancil yang telah disportkan. Cik Duan, Cik Mimi, Epy, Aiman dan Hakim, satu kereta - Stream. Aki satu kereta - Saga. Maknanya 4 buah kereta! Haha. Membazir minyak kereta jer ~ Tapi bukannya pergi sekali. Hanya kereta yang aku naik dan kereta Azrul je konvoi. Hehe

Azrul pulak bising-bising dah kat kedai masa pergi beli arang dan airbatu sebab banyak sangat kereta konvoi. Si Aishah pulak dengan mulut becok die tue. Si Fatah ni pulak duk usik aku baca novel. Malas aku nak layan. Havoc giler time tue.

Then masa isi minyak, baru sedar arang dah tertinggal kat kedai sebab kalut-kalut sangat tadi. So Azrul dan Fatah lah yang pergi amik. Satu hal pulak!

Sampai-sampai je kat Pantai Sepat, cari port untuk berkelah pulak. Ingatkan Cik Mimi dan Cik Duan dah sampai, rupa-rupanya diorang tengah pergi beli apa entah kat kedai. Haih ~ Satu hal pulak! Cari punya cari, jumpalah port yang sesuai. Act port tu sama je dengan port yang kitorang picnik tahun lepas! Haha.

Angkat barang-barang. Cik Mimi dan Cik Duan pun sampai lah ~ Masa tengah angkat barang-barang tu, baru sedar tikar tak bawak! Apa lagi? Bising lagi lah kat situ. Kalut-kalut macam mana tikar boleh tertinggal. Cik Mimi pesan kat Azrul bawak tikar. Azrul pulak pesan kat Epy. Dan Epy pulak tak ingat nak amik. Haha. Satu hal pulak!

Then Azrul dan Fatah pun pergi lah amik. Kitorang yang tinggal ni teruskan jugak angkut barang-barang. Masing-masing main peranan masing-masing. Ada yang pasang tempat nak barbeque tue, kemas-kemas barang, bancuh air.


Hakim Epy dan Aiman. Berlagak je lebih masing-masing nie. Hehe

Bakar ayam dan sosej! Hehe

Nak bakar ayam pun kena ada stail! Haha

Masa dah tengah rilex-rilex tue, tetiba Cik Mimi cakap "..asal pulak Si Azrul dengan Fatah ni lama sangat pergi amik tikar??.." Cik Duan pulak sambung "..Diorang ini pergi amik tikar ke menganyam tikar..??.." Aku pulak dah tergelak dah masa Cik Duan cakap macam tue.

Lepas tue, Fatah call tanya Cik Mimi "..Kunci rumah kat mana??.." Haha. Sekali lagi kecoh lah kitorang satu keluarga kat situ tanya kunci rumah kat mana. Dengan muka slumbernya, Cik Duan keluarkan kunci rumah dari dalam poket seluar die sambil cakap "..Ni hah.." Aku pulak dah tergelak-gelak dah muka slumber Cik Duan. Haha. Satu hal pulak!

Dah lama tue baru lah Azrul dan Fatah sampai. Hampar tikar dan baring-baring. Aku tak mandi pun dekat pantai sebab aku malas nak tukar baju. Hehe. Kebetulan masa kitorang picnik tue hari jadi adik aku, Hakim. 14 February weh! Hehe. Cukup 16 tahun.

Epy bagitahu kat aku yang nak kenakan si Hakim tue lepas Fatah dan Azrul siap makan. Aku ok jer. Mula-mula Cik Mimi countdown dan masing-masing nyanyi lagu Happy Birthday kat Hakim.

Azrul dan Epy dan bagi hint kat aku untuk start record. Aku ok jer. Then mula lah sessi mengenakan adik aku tue. Serius cakap, bapok kelakar! Haha. Epy, Azrul dan Aiman baling telur dekat Hakim. Fatah pulak baling telur lambat sikit sebab aku lupa nak bagi hint kat die.

Tapi yang bestnya masa Hakim lari-lari ke arah kereta Azrul dan tetiba Azrul dengan muka suspen nya bertepik "..Oit kereta aku! Kereta aku!!.." sambil berlari-lari ke arah kereta. Kelakar lah aku tengok muka die time tue. Hehe. Maaflah tak ada video. Aku try upload video tue sehari suntuk taw tapi lambat giler! Maybe berat sangat kot! Huhu



Lepas tue potong cake pulak. Punyalah dah lama duk simpan dalam kereta, cake itu sudah cair ~ Huhu. Satu hal pulak! Aku beli kat Secret Recipe, cake Pecan Butterscoth. Sedap jugak sebab ada kacang! Hehe

Cake dah cair lah ~ Huhu
Sessi potong cake! Hehe


Masa masing-masing tengah enjoy makan cake, Fatah cakap "..Tadi adik dia dah kena, kakak die bila lagi??.." dan disambut oleh semua orang. Aku dah mula cuak dah. Yelah sebab aku malas nak tukar baju. Aku pun cepat-cepat jauhkan diri dari diorang semua. Aku duduk jauh dari diorang. Huhu. Satu hal pulak!

Kemudian, si Fatah ni datang sambil get ready nak baling cake dekat aku. Hish ~ Aku pun start cakap dengan dia, aku tak nak, tak nak dan tak na k. Dia pulak tergelak-gelak. Nak kena betul lah die tue ~ Geram aku.

Lepas tue, aku, Azrul, Fatah dan Epy test-test kereta kat area Pantai Sepat tue. Sapa yang pernah pergi sana tahulah apa yang aku maksudkan sebab kat situ kan jalan straight je. Hehe. Memang bestlah budak-budak ini bawak kereta .

Aku dengan Fatah satu kereta - Kancil *auww rasa macam pergi berdating jer dan Epy dan Azrul satu kereta. - Stream Hehe. Rasa macam berlumba kereta pun ada jugak. Haha. Dah lah enjin kereta Kancil tue kuat giler bunyi. Bila dah rasa ala-ala racing tue, memang best lah ~ Si Azrul dan Epy pulak asyik-asyik hon je dari belakang. Hish ~ Bising betul lah! Nak date dengan Fatah pun tak boleh! Opps! Silap cakap! Haha

Tengah rilex-rilex tue, aku dengar si Azrul cakap "..Mama, along kena balik Penang hari ini sebab esok ada kelas!.." Pulak dah! Memang bising lah masa tue sebab jam dah puk ul 1 lebih dan si Azrul dan Fatah baru nak balik Penang. Bukannya dekat yunk! Satu hal pulak!

Tengah memujuk untuk balik ke Penang. Hehe

Dalam dekat-dekat pukul 2 kitorang balik. Sampai je kat rumah, Azrul dan Fatah pulak sibuk duk kemas barang-barang, nak balik Penang petang tue jugak. Giler ar dorang nie. Tak reti penat ke apa? Aku yang tak mandi pantai pun rasa penat, diorang yang mandi, apatah lagi kan?

So dalam pukul 3 petang tue, diorang pun balik. Dan kitorang yang di rumah nie, apatah lagi. Masing-masing terdampar lah kat atas katil, depan TB. Tdo lah ~ Penat. Hehe

Bangun je tido, kitorang amik kunci kereta Azrul dan pergi drift kat area Bukit Istana tue. Hehe. Memang bestlah bawak kereta Azrul sebab rasa cam ringan jer. Haha. Masa tengah bawak kereta ni, ada kejadian sekelip mata yang memang kelakar. Mak aku pun gelak bila aku cerita pasal hal ini. Nantilah aku cerita balik. Hehe.

p/s : Untung betul adik aku tahun nie, sambut bufday die dengan cake mahal dan hadiah yang die nak-nak sangat. Aku? The worst birthday ever in my life! Huhu



  • Share:

You Might Also Like

15 comments