Imbas Masa Lalu Sebelum Ucapkan Selamat Tinggal T__T
By Mysara Newrie - Saturday, June 26, 2010
Salam.
Entry mengenang masa lalu ~
Lepas SPM, aku bersorak happy. Hu Ha Hu Ha. Balik rumah, mengon9 kan diri sampai lebam. Main itu ini. Masa tu FB baru naik. Masa tu jugak aku mula bergiat aktif dengan blog secara langsung dan sepenuh masa
Pagi petang siang malam. Internet je kerjanya ! Chat dengan kawan-kawan sekolah lama dan baru. Bertukar-tukar cerita. Masa tu masing-masing merilexkan diri. Nak tebus balik masa SPM lepas. Katanyaaa ~
Lepas tu masing-masing sibuk buat lesen kereta dengan motor. Bila nak test JPJ, masing-masing berdebar-debar. Takut fail. Lepas tu berduyun-duyun bagi nasihat suruh bersabar, wish good luck padahal orang yang bagi nasihat tu pun fail jugak test JPJ. Haha :D Akulah tu =.="
Bila dah dapat lesen, masing-masing berlagak sebab dah ada lesen. Pergi situ sana sini. Haih =.=" Lepas aku lulus test JPJ, sticker P pulak aku tak taw nak cari kat mana. Habis tu, apa gunanya aku ada lesen P? Haha :D
Kawan-kawan aku suruh lukis P tu dengan crayon dan pensil warna lepas tu tampal dekat kereta. Bagus punya idea =.="
Lepas tu results SPM keluar. Masa ini berdebar tak payah cakaplah. Bila dapat results, perasaan tu tak payah cakaplah. Ada yang sedih dan ada yang happy. Aku? Sedih lah sikit ~ Bila fikir pasal masa depan, cuak jugak =.="
Lepas tu sibuk isi borang UPU. Kod itulah ~ Kod inilah ~ Masyallah ~ Pening giler kepala masa tu. Lepas tu kat situ sana sini sibuk duk buat ekspo pendidikan. Nasib baik kat Terengganu ni selalu ada ekspo pendidikan. Makanya, peluang yang ada, perlulah digunakan dengan sebaik-baiknya ~ :D Isi borang tu, isi borang ini
Dapat tahu matrix. Hailoh =.=" Masa ini perasaan memang nak sangat-sangat pergi matrix sebab fikir itu adalah jalan pintas. Tapi bila fikir matrix dapat kat tempat nunnnnnnnn jauh di utara, parents pulak tak berapa nak lepas. Haih ~ Dilemma betul aku masa tu. Menangis siang malam. Hati ni gundah gulana. Kalah orang yang putus cinta :D
Dalam masa yang sama, keputusan UPU pulak keluar. Nahh ! Allah tu dengar permintaan hamba-hambaNya. Alhamdulillah ~ Aku dapat kos yang aku nak. Bersama teman rapat aku, aku dengan die sama-sama berkongsi cita-cita yang sama iaitu untuk mengejar ke bidang perundangan.
Tapi sapa sangka. Keputusan kawan aku yang secara mendadak untuk pergi ke matrix betul-betul melemahkan aku. Aku sedih sangat-sangat masa tue. Tapi bila fikir masa depan, aku turutkan jua untuk ke jurusan yang aku pilih
Masa sekarang
Mungkin ini adalah entry terakhir aku sebelum aku masuk UiTM Dungun :D Hehe ;p Sedih? Adalah jugak kan sebab kena tinggalkan rumah, lepas tu nak berpisah dengan parents lagi kan. Sapa tak sedih? Tapi kalau tak pergi tuntut ilmu, apa akan jadi dengan masa depan aku?
Walaupun aku bakal amik diploma jer, takpe. Aku tak kisah. Sebab aku dapat kos yang aku nak iaitu Pentadbiran Awam. Insyallah ~ Kalau aku berjaya dalam study, aku bakal dapat kerja dengan kerajaan. Mungkin orang tak kan nampak buat masa ini, tapi takpe. Akan aku buktikan !
Kepada korang semua di blogger, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab teman aku sepanjang enam bulan aku bercuti nie. Haha :D Memang best sangat sebab makan tidur dan online jerrr ~
Apa-apa cerita yang aku ada, aku kongsi dekat sini dan yang paling aku happy, cerita-cerita aku tu, dapat respon yang positif dari korang semua. Terima kasih korang :D Walaupun hanya sepatah perkataan sahaja tapi aku gembira bila korang gembira jugak :D
Haish ~ Rasa sedih pulak nak tinggalkan blog ini sebab dengan blog inilah aku cerita segala apa yang aku rasa. Gembira, sedih, geram, marah ~ Semuanya ada. Dengan korang semua yang bagi support dekat aku time aku down, rasa macam berat sangat-sangat T____T
Kepada sesiapa yang request tutorial tu, aku tak dan nak buat. Maaf yer ~ Nanti aku ada masa, aku cuba tulis satu-satu. Kalau aku ada masa, aku blogwalking blog korang. Kalau tak, harap maaf ~ Walaupun aku jarang-jarang update lepas ini, janganlah terus lupakan aku weh ! Meh lah jenguk-jenguk tutorial yang aku bagi tu atau tulis nama korang dekat bloglist aku. Hehe :D
Korang, aku minta maaf yer kalau selama ni aku ada buat jahat dengan korang. Kot-kot lah tersalah cakap atau tulis sampai ada yang terasa. Aku tak ada niat pun nak buat macam tue. Maybe kebetulan kot =.="
Korang, doakan aku yer kat U nanti? T____T Aku nak tebus balik apa yang aku dah buat masa SPM. Aku banyak main-main. Tak fokus dengan study. Aku harap dekat U nanti, aku dapat buat yang terbaik kat sana. Dalam hati aku ni hah, aku aim nak dapatkan 4 flat. Insyallah ~
Korang, jangan nakal-nakal taw. Aku sedih sangat sebab lepas ini tak dapat nak berblogwalking kat blog korang. Tak dapat nak tekan Nuff korang. Tak dapat nak baca cerita korang. Huhu ~ Sorry erk? T_____T
Korang, do miss me ok?
I will miss you
I will miss you