Salam. Memang betul lah ~ Kalau kita mengemas-ngemas pasti kita akan teringat memori lepas, tak kira samada memori itu sedih atau gembira. Yang pasti kita mesti akan teringat setiap satu kenangan itu, umpama wayang gambar yang bermain di depan mata kita. Satu persatu datang dan pergi
Haha :D Ayat tak boleh blah betul. Hehe ;p Act aku nak berjiwang sikit lah hari ini. Alah ~ Sekali sekala jer ~ :) Boleh kan?
Macam biasa, sessi mengemas aku hari ini bersambung lagi. Kali ini dekat bahagian kertas-kertas pulak. Haih =.=" Banyak betul kertas-kertas yang aku buang. 3 plastik sampah weh ! Amik kau ~ Haha ;D
Semuanya adalah kertas soalan latihan SPM tahun-tahun lepas. Banyak giler ~ Padanlah tahun lepas kawan-kawan aku semua duk pakat buang belaka kertas-kertas tu. Tengok lah gambar atas ni. Masa ini ada lagi beberapa hari lagi nak habis SPM. Paper last Kimia. Hehe :D
Maka, sessi mengemas aku petang tadi bermula pada pukul 4 petang sebab aku baru bangun pukul 3 petang =.=" Aku tak boleh tidur malam tadi ok? Pukul 8 baru masuk tidur. Seronok betul lah konyok-konyok kertas lepas tu buang dalam plastik tanpa memikirkan apa-apa lagi. Haha :D
Err ~ Faham tak konyok tu apa? Pergi buka Kamus Dewan Kelantan dan Terengganu sekarang jugak ! Haha ;D
So dipendekkan cerita ada satu fail kertas ini. Ada banyak betul kertas tapi bukan kertas soalan atau latihan pun. Just kad-kad raya dari kawan-kawan aku kat Tengku Mahmud. Aku tak pernah buang apa-apa barang yang kawan aku bagi termasuk dengan kad-kad ok? :)
Sekali terjumpa kad ini. Sumpah aku terkejut dan hati aku terus berdebar-debar. Rasa macma hati aku dicampak jauh ke dalam gaung. Haha :') Kad itu memang banyak kenangan di sebaliknya. Terus aku stop kemas-kemas barang dan tengok balik isi kandungan kad tu. Haih =.="
Kad ini buat aku teringat dekat kisah-kisah lepas. Eh korang ! Cepat-cepat tukar mood jadi sedih ok? Tak da happy-happy
Aku buat kad ini untuk orang yang pernah buat aku happy. Tak perlu lah aku bagitahu kan? Haha :') Aku nak bagi dekat die tapi tak sempat. Aku dengan die putus. Tak tahu lah puncanya apa tapi aku memang tak sanggup nak dengan dia lagi
Aku cakap macam tu sebab aku tak pernah cintakan die. Haha :D Ayat macam apa entah. Ok ok ~ Tukar mood sedih balik :(
Betul tu. Aku tak pernah cintakan die. Sayang tu ada sikit jer. Tu pun puas dah aku paksa untuk sayang die. Tapi die cintakan aku dan sayang aku sepenuh hati die. Betul tue. Aku dapat rasakan perasaan die tu terhadap aku
Dia baik sangat-sangat. Dia jaga aku, die take care aku. Alah ~ Apa yang BF/GF korang buat kat korang, macam itulah die buat dekat aku. Dia belanja aku ais-krim, air. Kadang-kadang kalau aku tak nak pergi makan, die hulurkan aku roti coklat satu dekat aku. Haha :') Argh ~ Kenangan
Kat family die, die bagitahu pasal aku. Kakak die semua tahu dan kenal aku. Kalau aku tak ada kredit, die akan tolong topup kan. Pendek kata, aku tengok die tu macam sanggup buat apa sahaja untuk tengok aku happy
Mula-mula aku suke dengan apa yang die buat walaupun aku tak cintakan die. Yelah ~ Ada orang macam sayang kat kita kan? Sapa yang tak suke kan? Kadang-kadang aku main-mainkan die sebab aku tahu die akan turutkan apa sahaja yang aku nak
Tapi bila dah lama-lama aku rasa bersalah dengan die. Aku rasa macam tu sebab bila aku baca satu artikel di majalah. Masa tu aku teringat balik semua apa yang aku buat. Kalau aku buat jahat dan nakal dengan die, die terima jer. Dia tak pernah marah aku
Semakin lama aku rasa semakin bersalah. Dan akhirnya aku amik keputusan untuk say bubye dekat die. Biarlah ~ Aku tak nak die mengharapkan dekat aku lagi sebab aku tak mampu sayang die macam mana die sayang aku
Aku ingat lagi masa tu die menangis bila aku terus terang. Kesian pulak kat die. Lepas tu, aku terus je balik tanpa pandang dekat die lagi. Dah cukup. Aku tak nak seksa die. Bagi aku, lebih baik sakitkan hati dia masa sekarang dari sakitkan hati die pada masa yang akan datang. Lagi sakit dan parah
Lagu ini buat aku teringat kat die. Lirik lagu ini ibarat luahan hati die. Haih ~ Sebak hati aku bila dengar lagu ini. Tiba-tiba je kazen aku pasang lagu ini. Haih ~ Memang masyuk lah ~
Kenangan aku dengan dia buat aku terfikir sesuatu. Kita tak boleh nak paksa cinta tu datang dalam hati. Biarkan die datang dengan sendiri sebab dengan cara begitu, ia lebih ikhlas dan bermakna.
Sekarang ini dia bahagia dengan GF die. Aku gembira bila die jumpa dengan orang yang mampu sayang die dengan sepenuh hati. Dan aku? Masih seorang lagi :')
Kalau kita mempermainkan perasaan orang, kelak orang yang akan mempermainkan perasaan kita. Aku tak nak jadi macam tu walaupun aku dah banyak kali kena macam ini =.="
Dan itulah sebabnya kenapa aku berjiwang pada malam ini :')
24 comments