JPJ dan SPM

Wednesday, March 10, 2010


Salam. Tadi aku test JPJ dan keputusan nya aku FAILED di jalan raya. Sumpah sedih woo ~ Aku test tengahari. Kebetulan masa tue budak sekolah ramailah yang baru balik. Kereta pun makin banyak di jalan raya sebab amik budak sekolah. Bas-bas pun banyak giler. Haih ~ Time-time aku nak test ni lah banyak betul bas dan budak-budak sekolah. Time aku buat latihan jam tak ada pulak.

1st, budak sekolah main kat tepi jalan dan tetiba lintas tanpa bagi isyarat kat aku. Apa lagi, emergency break lah aku ni. Ada yang pergi baling botol air kat tengah-tengah jalan raya. Hish ~ Lepas tu, ada sorang pak cik nie. Aku ingatkan die dah bawak motor baek punya kat luar jalan raya tue. Sekali die masuk lorong aku tanpa bagi signal. Sekali lagi aku brek mengejut. Grr ~ Sampai mampus kereta aku. Hish ~ Nak marah pun ada, nak menangis pun ada.

Tapi apa yang aku banggakan ialah bukit parking, masuk kereta belok dan jalan mati aku LULUS. So kalau aku repeat minggu depan pun aku just buat jalan raya. je. Huhu. Harap-harap lulus lah ~ Boleh dapat lesen P terus. Boleh pergi meronggeng. Hehe

Aku dengan kazen aku, Epy pun sama jugak. Failed dekat jalan raya sebab pak cik mari kacau dia bawak kereta. Eh baru aku sedar something. Wahai pengguna-pengguna jalan raya sekalian, tolonglah bagi kerjasama anda kepada kami yang sedang diuji dengan JPJ. Kami pun nak LULUS jugak! Nak bawak kereta jugak. Janganlah time kami tengah diuji, anda semua mengedixx nak beradu tenaga di jalan raya jugak~ Kesian kat kami yang FAILED nie. Huhu

Esok? SPM keluar. Tak nak cakap panjang-panjang. Yang pasti aku sangat-sangat berdebar dan agak-agaknya tak boleh tido malam ni. Huhu

Ok lah kawan-kawan. Doakan aku supaya dapat results yang cemerlang yer ~ Amin

"..Ya Allah Ya Tuhan Kami, berilah kami keputusan yang cemerlang. Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Namun seandainya itu terlalu besar untuk kami, berikanlah kami lulus sepenuhnya Ya Allah tapi seandainya kegagalan yang Engkau kurniakan kepada kami, jauhkanlah kami dari rasa patah hati dan berikanlah kami semangat untuk terus berusaha dalam mencapai kejayaan dan jadikanlah kami di antara hambaMu yang bersyukur.."

You Might Also Like

8 comments