No More Encik Fauzi Ok?

By Mysara Newrie - Friday, March 05, 2010


Salam. Aku rasa mesti korang sume rasa "..eh baru couple dah putus?.." Let me explain ~

Malam tadi aku bergaduh dengan dia. Ini sume sebab dia mintak yang bukan-bukan dengan aku. Ok, perlu ke aku beritahu apa maksud 'bukan-bukan' tue? Aku harap korang sume faham lah.

Mesti orang akan cakap "..hey it just a message only!.." tapi terus nak bergaduh. Weh, meh sini aku nak betulkan tanggapan korang.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"..Dengan rasa tanggungjawab yang tinggi, si lelaki akan menghormati wanita dengan tidak merosakkannya. Kesuciannya dipelihara sehinggalah dihalalkan melalui lafaz janji `aku terima nikahnya`. Rasa tanggungjawab yang tinggi juga membentengi diri seorang wanita untuk memelihara kehormatan diri dan rahimnya. Wanita bertanggungjawab untuk mempertahankan dirinya untuk suami yang halal buatnya. Memelihara kesucian rahimnya untuk zuriat yang bakal dilahirkannya.."

.
.
.
.
.
.
.
.
.



Faham tak? So tak perlu aku terangkan panjang lebar. Aku menangis puas-puas hati selepas kitorang bergaduh tue sebab aku rasa maruah aku tercalar. Sampai bengkak mata aku. Dia ingat aku ini perempuan murah ke? Tolonglah ~ Kalau dia anggap macam tue, aku rasa dia dah salah orang. Harap maaf ~

Seharian aku asyik fikir pasal nie. Aku betul-betul dah tawar hati dekat dia selepas apa yang berlaku. Dia ada jugak call dan mesej aku, cakap mintak maaf tapi aku tetap tak dapat terima tu.
Entah ~ Maybe hati aku dah tertutup untuk dia kot?

So sekarang ini aku dengan dia dah tak ada apa-apa lagi. Kitorang hanya kawan sahaja. Aku rasa keputusan aku untuk menjadi GF dia adalah satu keputusan yang terburu-buru. Aku cuba untuk sayang dan cinta dia tapi tak dapat. Tapi aku boleh buat semua benda tu bila aku kawan dengan die jer ~

*mengeluh kejap ~

Aku rasa lega. Tambah-tambah lega lagi bila kawan aku, Cik Fyra Ruslan cakap aku amik keputusan yang betul dengan clash dengan dia. Aku gelak bila dia cakap macam nie bila aku mesej dengan dia "..Apasal kau? Apa ni tak macho lah nangis sebab lelaki.." Haha. Fyra, kau taw buat aku gelak kan? Thanx :)

Kalau korang nak kutuk aku ke apa ke, kutuklah ~ Aku tak kisah. Sebab aku tahu aku dah buat keputusan yang betul. Cakaplah apa korang nak cakap. Aku akan pekak kan je telinga aku nie. Tapi yang pasti aku tak kan bersedih dengan perpisahan ni ok? Kalau aku rasa sedih pun, maybe sikit jer ~

Kawan-kawan blog, aku hanya nak korang tahu aku ok jer ~ Kalau tak ok pun, aku akan cuba untuk ok kan balik keadaan aku nie. Hehe. Life must go on!




  • Share:

You Might Also Like

25 comments