Wahai Anak Cik Deen...

Saturday, January 23, 2010



Wahai Anak Cik Deen, awak ingat tak lagi masa mula-mula kita berjumpa? Masa 2 kita Form 4. Memang kita tak sekelas tapi kita satu Set A untuk English Class. Tiap kali ada English Class, mesti Teacher akan suruh kita semua berkumpul kat kelas 4 Al-Battani aka 4BT. Awak masih ingat tak??

Wahai Anak Cik Deen, awak ingat lagi tak masa semua setmate kita tengok dan pandang je kat saya masa saya buat public speaking pasal diri saya? Saya cakap semuanya pasal saya dalam public speaking 2. Dan semasa saya buat public speaking untuk kali kedua, saya cakap pasal hobi dan kegilaan saya dengan Harry Potter. Awak ingat lagi tak??


Wahai Anak Cik Deen, awak ingat lagi tak masa kita belajar dalam Bilik Kuliah 2? Saya perasan awak tengok saya dan saya jugak tengok awak. Saya pun tak pasti awak tengah tengok saya ke tak sebab saya takut saya perasan syok sendiri jer. Awak masih ingat lagi tak??



Wahai Anak Cik Deen, awak ingat lagi tak masa Teacher tanya satu soalan pasal literature dan tak ada sorang pun dapat jawab soalan teacher 2. Dan ketika suasana kelas sunyi, masing-masing sibuk memikirkan jawapan yang betul, awak terus bagi jawapan dan teacher puji awak. Teacher cakap "..awak nampak je senyap tapi sekali awak buka mulut, awak mampu bagi senyuman pada semua orang.." Awak masih ingat??


Wahai Anak Cik Deen, sedar tak sedar kita dah masuk ke Tingkatan 5. Masa 2 awak duduk kelas top tapi saya duduk kelas biasa-biasa sahaja. Masa 2 semua setmate kite berpecah. Walaupun saya masih lagi Set A untuk English tapi awak tak ada sebab awak Group lain.


Wahai Anak Cik Deen, awak masih ingat lagi tak masa sekolah kita adakan Majlis Bubur As-Syura pada 14 Februari? Bukan sahaja Valentine Day tetapi tarikh tersebut sama dengan hari jadi awak. Kawan2 awak semua wish kan birthday awak kat belakang aspura masa kite semua sibuk kacau bubur. Awak masih ingat??


Wahai Anak Cik Deen, awak masih ingat tak masa kita semua main permainan Burung Hantu? Tak sangka malam itu awak ada jugak. Masa saya dengan partner saya sorokkan budak, awak datang. Tapi saya bagi isyarat kat awak jangan datang sebab nanti budak 2 nampak awak. Awak paham dan awak ikut jalan belakang. Awak kacau budak 2 dan saya juga kacau. Siap baling2 batu dan selipar. Awak ingat lagi tak?


Wahai Anak Cik Deen, lepas kacau budak 2, saya terus pergi dekat belakang tandas 2 sebab nak tengok awak. Awak duduk atas kayu dengan berkaki ayam. Dan kawan2 kite yang lain pun datang. Saya dengar awak cakap selipar awak tertinggal dekat Aras 4 Blok Makmal sebab nak lari dari budak yang awak kacau. Kesian dekat awak sebab terpaksa berkaki ayam dengan keadaan jalan yang kotor sebab ada pembinaan makmal baru. Awak ingat lagi tak?


Wahai Anak Cik Deen. serta-merta nama awak menjadi buah mulut budak-budak sekolah kita sebab aksi awak yang begitu berani kacau budak-budak malam itu. Malam itu dah lah malam Jumaat dan kita main game itu tengah malam. Syukur alhamdulillah ~ Lepas game itu tamat, tak ada apa-apa yang berlaku.


Wahai Anak Cik Deen, sekarang kita dah habis sekolah. Masing-masing mula rindukan sekolah dan kawan-kawan termasuk saya. Dan untuk merapatkan lagi hubungan kita, kita semua berhubung melalui FB.




Wahai Anak Cik Deen, bila saya upload kan gambar-gambar, awak komen dan saya balas. Masa 2 rasa seronok dan kelakar sangat sebab masing-masing bagi komen dan diselitkan dengan perkara-perkara yang lucu. Dan tentulah awak juga ada dalam kalangan mereka.


Wahai Anak Cik Deen, awak mula-mula berlagak biasa. Tapi lama-lama awak selalu usik saya. Awak cakap saya ni macam pendekar mustar, big bigger dan biggest dan macam2 lagi. Mula-mula saya tak kesah tapi lama-kelamaan satu perasaan lain ada dalam hati




Wahai Anak Cik Deen, tahukah awak yang saya selalu tertunggu-tunggu komen dari awak? Saya tunggu awak komen status saya, saya tunggu awak komen gambar-gambar saya dan sebagainya. Saya rasa happy sangat bila tahu awak komen dalam profile saya
Wahai Anak Cik Deen, saya tahu awak dah berpunya. Maaflah sebab saya dah minat kat awak. Sepatutnya saya tak boleh berperasaan macam ini sebab awak kawan saya dan lagipun kita tak pernah bercakap sepanjang kita satu sekolah. Dahsyatkan??


Wahai Anak Cik Deen, awak sedar tak dengan adanya FB hubungan kita semua jadi rapat? Semuanya bergurau-senda dan happy. Semua ini mana ada semasa kita semua bersekolah. Kadang-kadang bila awak usik saya macam-macam, saya rasa suka sangat sebab atleast itulah yang merapatkan kita.

Wahai Anak Cik Deen, awak teruskan komen saya lagi ok? Tolong jangan lenyap dari FB saya sebab saya selalu ternanti-nantikan komen-komen dari awak sebab saya dah mula minat awak. Maaf. Saya tak patut berperasaan macam ini. Saya hanya insan biasa yang mempunyai hati dan perasaan.




You Might Also Like

13 comments