UiTM, Here I Come !!! :D

by - Sunday, May 02, 2010


Salam ! Wow wow wow ! Semakin gempak lah sejak dua tiga hari ni. Haha. Yelah ~ Hari itu dapat tahu keputusan UPU dan tengahari tadi, dah boleh taw UiTM mana yang kita pergi :)

Dan dan dan aku adalah antara orang yang pertama *Nak berlagak sekejap! Haha ;DDD di Malaysia yang cek surat tawaran tu di Student Portal. Haha. Yelah ~ Surat tawaran tu boleh cek hari ini, pada pukul 12.00 tengahari dan aku pulak cek selepas beberapa minit dari tue. Muahaha ~ Bangga lah ~ ;DDD Line pulak masa tu lajuuuuu jer ~ Haha ;DDD


ALHAMDULILLAH!!!
Sekali lagi Allah perkenankan doa aku. Bersyukur sangat-sangat. Aku dapat di UiTM Dungun! Haha. Tak ada lah jauh sangat kan? Hehe :) Nak balik Kuala Terengganu tiap-tiap minggu pun boleh dah ! Haha ;DD

Pada mulanya aku target aku nak pergi UiTM Alor Gajah Melaka sebab aku cek-cek, kat situ ada kos yang aku dapat selain di UiTM Kedah. Tup tup tup ~ Dapat di Dungun. Syukur sangat-sangat.

Yelah ~ Lagipun adik aku pun Sekolah Sains Dungun. So setempat je lah aku dengan adik-beradik. Dan dan dan sepupu aku pun ada jugak yang tengah belajar di UiTM Dungun dalam kos banking ! Haha. Kumpul setempatlah nampaknya sedara-sedara aku. Haha :D

Just nak bagitahu itu jer ~ Hehe. Alhamdulillah ~ Lagipun sedara-sedara aku yang lain ada yang tinggal kat situ jugak. So dari segi moral support tu, aku tak bimbang sangat lah ~ Kalau ada emergency ke apa ker, ada jugak orang yang boleh tolong kan? :)

Dan dan dan ~ Aku akan pergi ke UiTM :) Aku percaya rezeki aku kat sana. Biarlah kawan-kawan aku yang lain belajar setahun je ker, dapat asasi ker, pergi matrix ke sebab bagi aku, itu rezeki masing-masing. Dan kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan nanti.


Ya Allah ~ Moga-moga kejayaan berpihak kepada aku pada masa hadapan nanti. Insyallah ~ :)


p/s : Aku nak update blog weh ~ Tapi hari ini sehari suntuk aku tak on9 sebab pergi keluar tadi. Hehe :) Oh jiwa, ke manakah hilangnya ketaksuban untuk update blog?

You May Also Like

18 comments