Dilemma & Perpisahan Bukan Satu Benda Yang Mudah

by - Thursday, May 06, 2010



Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita


*************************************


Salam. Hari ini dah 6 hb Mei kan? Tup tup lagi 4 hari lagi kawan-kawan aku nak masuk matrix. Sedih weh ~ Petang semalam aku baru sedar yang kitorang tak mungkin bersama lagi lepas nie :')


Petang semalam, lepas roomate aku update status macam ini, sumpah aku cakap, hati aku tetiba macam rasa kehilangan! Serta merta ~ Aku tak tahu kenapa. Tetiba kepala otak teringat kembali kenangan aku dengan die jadi roomate tahun lepas. Memang best sebab segala-galanya aku dengan kongsi bersama.


Dan ini yang aku balas lepas die update status kat atas tue. Haih ~ Tetiba aku jadi emo giler petang semalam. Dan tolong percaya yang semasa aku taip status kat atas ni, aku menangis ok? Berat rasanya nak lepaskan orang yang kita sayang tapi apa yang kita boleh buat? :')


Dan Fyra pulak telah berjaya aku buat sakit jantung petang semalam jugak. Haih ~ Mati-matian aku fikir die akan pergi ke UiTM Kuantan untuk Pre-Law tapi lepas die buat keputusan macam ini, kaki aku tetiba jadi lembik. Haha :') Tak tahu kenapa =.="

Tapi Fyra telah buat aku sedar satu perkara "..Minat dan kemampuan diri kena seiring. Baru boleh berjaya.." Lepas sembahyang, aku terfikir pasal ini. Sampai aku tertidur sebab memikirkan betul ke apa yang aku buat ini.

Aku tanya ayah aku, tanya pendapat die dengan kos yang aku amik ini dan tentang kerjaya masa depan. Ayah aku cakap ;

"..Ya! Ayah percaya Sara boleh buat. Sara boleh bercakap depan orang ramai dan Sara boleh bergaul. Sara boleh buat. Lagipun ini melibatkan general knowledge. Kalau dalam bidang teknikal, mungkin Sara lemah sikit tapi dalam bidang ini, Insyallah ~ Sara boleh buat.."

Dan pernyataan ini jugak disokong oleh Mak aku. Mak aku cakap ;

"..Sara kena yakinkan diri Sara yang Sara boleh buat. Dalam hidup ini, mana ada benda yang senang? Semuanya susah.."

Owh ~ Thanx Mama! Thanx Ayah ! :') Dan sekarang ini, aku rasa yakin dengan apa yang buat. dan aku harapakan keputusan aku untuk meneruskan pengajian dalam kos Pentadbiran Awam akan satu pilihan tepat. Biarlah diploma pun asalkan apa yang aku buat ini adalah benda yang aku minat :)
Dan sekarang ini, kawan aku, Anis pulak dalam dilemma. Kesian kat die. Aku tak tahu nak cakap macam mana tapi aku rasa aku akan yakinkan die dengan keputusan yang die dah buat. Die nak pergi ke UiTM Shah Alam dalam Pre-Law. Aku yakinkan orang untuk percaya pada diri sendiri tapi dalam hati aku, aku menangis sebab aku tahu, mereka akan tinggalkan aku :')


**********************************************


Weh, korang dah pergi study nanti jangan lupa aku dengan yang lain-lain taw? Walaupun kita berpisah tapi kena ingat, kita pernah jadi budak Sester dan label itu tak kan pernah pudar dalam diri kita ok? Hujung tahun ini, maybe ada reunion besar-besaran. So korang datang taw? :')

Lepas ini, kita dah jarang jumpa kan? Masing-masing dah ikut haluan masing-masing. Tapi persahabatan kita tak kan putus. Insyallah ~ Suka duka pernah kita kongsi bersama. Dan aku harap benda ini akan berkekalan.

Jaga diri korang baik-baik bila dah sambung study nanti. Jangan nak main-main lah ~ Tebus balik apa yang kita dah buat masa SPM hari tue. Kalau ada apa-apa, kontek aku. Insyallah ~ Aku akan ada untuk korang.

Sedihnya hati aku bila ingat-ingat balik apa yang kita dah pernah buat dulu. Dan yang paling aku sedih sekali, benda itu tak kan berulang lagi lepas ini. Sedih weh ~ T_______________T

You May Also Like

4 comments