2000 Followers? Alhamdulillah :)

By Mysara Newrie - Monday, September 26, 2011



Assalamualaikum semua! :D


Yeah yeah ~ Tengah happy sikit nie. Sikit je lah. Hehe :)


Terus buka broadband dan bukak FB dan blogger. Terus kat Dashboard dan tetiba ternampak nie


ALHAMDULILLAH :)


Dah hampir dekat 3 tahun aku berblog dan sampai sekarang ni lah aku dengan blog aku, Mysara Newrie. Isk isk ~ Rasa macam nak menangis pun ada. Haha :D


Bersyukur sangatsangat sebab followers aku dah capai 2000. Dah alangalang aku update ni kan, meh lah sini aku cerita sikit macamana aku berblog nie. Hehe :)


Aku start blog ni awal tahun 2009, masa tu aku Form 5. Di sebabkan aku stay kat asrama masa tue, so aku jarang sangat dapat luangkan masa dengan blog. Balik rumah pun jarangjarang je dan hmm apa lagi ehh? Yesss ~ Aku start berblog dengan tanpa apa-apa pengetahuan pun :)


Habis SPM, aku memang berblog habis habisan. Haha ;D Kalau sehari tu, mau dekat 4 entry aku buat. Lepas tu, berblogwalking memang tak pernah henti lah ~ Lappy aku ni memang 24 jam je duk menyala sebab blog punya pasal. Perghh ~ memang best masa tue :)


Aku start slowslow. Semua coding dalam blog, nak edit semua, aku belajar sorangsorang dengan rujuk beberapa orang blogger termasuk Kak Intan. Uish ~ Sanggup call aku sebab nak ajar aku buat tab menu tue. Haha :D


Memang pening tapi takpelah ~ Sebab nak jugak study sendiri kan? Aku edit, aku tambah itu ini kat dalam blog aku nie. Aku letak header. Semuanya aku buat sendiri. Yelah ~ Masa tu free time memang banyak. 6 bulan cuti kot! :D


Dari segi aku menulis pulak, aku memang slowslow berubah. Aku baca tipstips blogging dari otai blogger dan aku praktikkan. Alhamdulillah ~ Semuanya memberi kesan yang positif. Makin hari makin bertambah followers blog aku dan orang yang mengoman dan mengelike dan mengeshare. Haha ;D


Kalau korang rajin kan, baca lah entry aku masa mulamula aku berblog. Haha ;D Ya Allah ~ Sumpah memang sah macam budak yang baru nak buat blog. Haha ;D Oh ya~ Aku tak pernah pun buang entry aku yang lepaslepas sebab perkara yang lepas lah yang membuatkan kita menjadi seperti kita pada hari nie :)


Tak lama lepas tue, dalam bulan Februari 2010 aku start join Nuffnag. Dan sekarang duit Nuffnag aku dah bertambah dan barubaru ni aku dapat Buff Earnings lagi. Alhamdulillah :) Yang pasti, aku tak pernah cash out lagi duit Nuff aku :)



Current duit Nuff aku :) Dah setahun aku join dengan Nuff dan ini lah hasilnya. Oklah tue :) Takpelah ~ Asalkan aku puas hati. Hehehe :)


Dan barubaru ini, aku buat fanpage untuk blog aku. Sebab aku bukannya ada masa yang panjang macam dulu-dulu nak update selalu ke, nak berblogwalking ke. So kalau tak ada masa, aku gunakan fanpage aku lah untuk update pape yang patut


Dan sekarang, dah ada 79 orang yang like fanpage aku. Syukur ~ :) Mostly, kawankawan aku yang banyak bagi support aku. Kadangkadang dorang yang buat request "Mai tulis pasal aku kat blog" Haha :D Mengada lah korang :) Tapi takpe. Ada masa nanti, aku tulis lah ehh?

Kepada semua followers aku, yang membaca entry ini, yang selalu baca entry dan ceritacerita aku yang tak seberapa nie, terima kasih banyak-banyak aku ucapkan kepada korang semua. Terima kasih kerana sentiasa ada dengan aku, bagi support dekat aku, menangis, ketawa, sedih, berkongsi cerita, pendapat dan perasaan dengan aku dan macammacam lagi yang korang buat dengan aku. Tak tahu lah macamana nak balas jasa korang :')


Terima kasih sangat sebab korang sudi jadikan cerita aku, kisah aku dan diri aku sendiri untuk masuk dan menjadi sebahagian dari hidup korang. Aku ni manusia biasa je, gadis lesung pipit yang ada otak gilergiler. Maafkan aku sekiranya ada penulisan aku yang ada terguris perasaan kornag tanpa aku sedar cuma apa yang aku zahirkan di blog ni, inilah aku, Mysara Newrie

I want nobody nobody but
YOU!


Koranglah yang menggerakkan blog aku nie. Tanpa korang, tak ada maknanya aku punya blog nak jadi macam nie, nak ada sampai 2000 followers, sampai kena ada fanpage sendiri bagai. Tak ada punya kalau tanpa korang. Yes kamu :) Kamu yang baca tulisan aku sekarang nie


Insyallah ~ Jika umur aku masih panjanng, jika aku ada kemampuan lagi untuk menulis dan berfikir, jika aku masih ada perasaan lagi, jika aku ada line broadband yang laju dan lappy yang mantap, aku akan teruskan mengupdate di blog aku nie sebab


p/s : Terima kasih juga kepada Cik Fyra Roslan kerana berjaya menjadi followers aku yang ke 2000 :) Korang boleh lah pergi jengukjenguk blog die yang ada bungabunga tue :D

  • Share:

You Might Also Like

6 comments