Mysara Newrie Dah Ada Mukasurat. Eh Silap! Mysara Newrie Dah Ada Fanpage! :D

By Mysara Newrie - Saturday, September 03, 2011



Assalamualaikum :)


Esok petang lepas Zohor aku akan check in masuk UiTM Dungun dan akan bermula lah perjalanan hidup aku sebagai pelajar kembali :) Oh yeah ~ Ada test, assignment, presentation, quiz dan dinner sedang menanti kan kepulangan aku kat bilik aku tu


Dan yang paling hebat sekali adalah aku tak bawak balik langsung buku untuk aku study. Hebat hebat ~ -.-


Ok lah ~ Straight to the point. Kang dekat entry ini kan aku ada sebut pasal aku ada buat page blog aku kan? Hehe :)





Actually ada reason kenapa aku buat page blog nie. First, ramai jugak lah orang yang aku tak kenal duk add aku kat FB. Jenis aku pulak, aku bukannya main app je orang tu. Aku cek dulu, sape dia nie, kenapa dia nak add aku, sape mutual frens dengan die. Haha :D Kalau yang mana mana aku tak kenal, teetttttttt ! Aku ignore terus. Tak lama lepas tu, memang aku delete lah fren request die. Haha ;D


Tapi sebenarnya aku rasa bersalah jugak sebab yelah kan ~ Orang nak kenal dengan kita tapi kita sombong. Eh eh ~ Bukan sombong cuma aku amik langkah berjaga jaga je. Tak nak jadi macam kes Ah Chong yang sudah jatuh cinta. HAHA :D Siap ada part 2 lagi tauu ~ HAHA :D Lepas tu, ada pulak cerita Ali versi Ah Chong. HAHA :D Macam macam hal lah ~ -.-


So bila korang dah baca cerita Ah Chong dan Ali tu, baru korang tahu kan kenapa aku sangat lah susah nak app fren request nie. Hehe :) Dan bila adanya page blog ni, korang boleh je nak like and berhubung terus dengan aku tanpa add aku di FB :)


Second, buat page ni sebab kadang-kadang aku jarang giler update blog sebab buzy kan? So bila dah ada page, atleast sesapa yang like page aku tahu yang aku dah update blog. So ada entry baru yang akan muncul. Macam tu lahh ~ Hehe


Third, bila ada page ni, kalau korang nak tanya apa-apa, senanglah ~ Tanyalah aku sehat ke tak, dah makan ke belum, duet raya berapa hengget, HAHA :D Tapi kalau ada yang tanya pasal tuto, mintak maaf sangat-sangat. Aku tak ada masa lagi nak update or buat tuto sebab aku pun dah lupa sikit sikit pasal code blog nie -.-


Haaaaaaaa ~ Apa lagi ehh? BTW aku ada letak butang LIKE and SEND page blog aku ni kat bahagian atas sekali kat blog aku. Err ~ Act tak adalah atas sangat pun, cuma bahagian atas. Ok? BAHAGIAN ATAS. Hehe :)


Apa lagi? Erm ~ Bloggers, aku memang perlukan bantuan korang sebab aku macam blur blur blink lagi pasal page nie. Kalau ada apa-apa yang nak dikongsikan, boleh je. Kalau ada salah, harap adalah yang bagitahu yer :)


Kepada sesiapa yang ada add aku di FB tapi aku dah delete frend requestnya, aku nak mintak maaf sangatsangat ! Bukan aku sengaja ke apa tapi aku cuma nak amik langkah berjaga-jaga sahaja :) Most of kawankawan aku di FB adalah kawankawan aku di alam realiti jugak :)


Terima kasih kawankawan bloggers kerana followers aku bertambah setiap hari dan Alhamdulillah ~ dah hampir mencapai ke 2k selama hampir 2 tahun aku berblogging nie :) Terima kasih banyakbanyak sebab sudi bagi comment dan bagi aku support bila aku dalam jatuh, sudi baca entry aku yang tak seberapa nie. Terima kasih banyakbanyak :)


  • Share:

You Might Also Like

4 comments