Assalamualaikum :(
Maaflah. Starting dari baca entry aku ni pun, aku tahu mesti ramai yang dah agak yang entry aku kali ni berbentuk sedih kan? Biarlah ~ Nak lepaskan apa yang aku pendam selama nie. Wuuuuu ~ Shrett ! Lap hingus jap -.-
Korang pernah tak rasa apa yang dalam gambar atas tu cakap? Tak faham? Pergilah ke Google Translate
Aku pernah rasa, sebijik macam apa yang dalam gambar tu cakap. Dari mula ayat sampai ke habis ayat. Aku pernah rasa. Letih, sakit, tertekan dan dalam masa yang sama kau kena bertahan sebab kalau tak, kau tahu kau tak ada sapa-sapa pun yang akan tolong bangunkan kau
Aku penat dah jadi kuat. Aku penat dah kena bertahan demi orang lain. Luar ye ~ Aku nampak kuat, seperti tak ada apa-apa. Tapi dalaman aku? Susah nak cakap dan tafsirkan melalui kata-kata. Susah sangat -.-
Apa yang aku simpan adalah rahsia yang paling besar dalam hidup aku. Tak ada sape yang tahu kecuali aku dan Allah. Sebab aku tak nak orang tahu aku lemah cuma kadangkadang aku perlu lepaskan apa yang aku tahan selama nie. Menangis bukan tanda aku lemah tapi tu tandanya aku dah lama bertahan
Kalaulah satu hari nanti aku tak da, aku tak boleh bayangkan macam mana keadaan orangorang yang aku sayang di sekeliling aku. Sebab orang yang paling aku sayang, bertahan sebab aku. Kalau aku tak bertahan sampai sekarang, aku yakin, orang yang aku sayang tu pasti akan merana. Sebab bagi aku, dia ada sebab aku dan aku ada sebab die
Sebab tu aku cakap, aku dah letih bertahan. Aku mengharapkan akan ada orang yang akan datang kepada aku dan bagi aku semangat, sentiasa buat aku senyum atau ketawa, yakinkan aku yang dia ada dengan aku, dengar apa yang aku nak bercerita, faham dan sayang aku dan yang paling penting, terima aku seada adanya sebab aku ni gadis yang biasa. Tu sahaja. Tapi takda.
Aku tahu, semua tu tak ada lagi buat masa nie. Penat sangat berharap pada sesuatu yang tak pasti. Penat sangat sebab berfikir tentang macammacam tapi kita tahu benda tu takkan berlaku. Penat sangat, macam ada satu beban besar yang hempap dada kau sampaikan kau rasa baik kau mati je dari terus bertahan dengan beban tue
Sebab tu, kalau aku tak tahan, kat mana lagi aku nak pergi kalau tak ke blog? Aku menulis sebab aku nak luahkan apa yang aku pendam dan simpan. Tak semua benda yang kita nak cerita boleh diceritakan kepada orang dan tak semua benda yang kita nak tulis, boleh tulis sesuka hati kat blog.
Aku tahu, ada yang pandang rendah dengan blog aku nie. Lantak lah ~ Duk kutuk kutuk aku sebab selalu duk promote blog. Lantak lah ~ Duk cakap cakap pasal blog aku yang entah pape. Lantak lah ~ Eh eh ~ meh sini nak bagitahu, I dont give a damn on what are you saying
Tapi dalam masa yang sama, aku akan terus bertahan, menanti orang yang akan buat hidup aku kembali terisi dengan senyuman dan aku akan menantikan orang tue dengan sabar. Aku akan tunggu dia dan kalau takdir akan tertulis yang aku akan jumpa die pada saat saat terakhir pun, aku pasti akan tersenyum untuk dia :')
Hidup ni susah dan rumit. Kita manusia, terpaksa lalui semua tue sebab ini amanah Allah. Dugaan dan cabaran ni, kita kena lawan walaupun semasa pertempuran tu, kita pasti akan tersungkur dan menangis. Takpe, sabar lah ~ Allah sentiasa ada untuk orang yang masih berharap dengan Dia
p/s : I do need someone to calm me
4 comments