[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Saturday, September 10, 2011

Less Than 48 Hours Only...



Salam. Hari ini dah hari Sabtu. Esok, Ahad 11 September 2011 akan berlangsungnya Dinner ASCAPS yang bertemakan Corporate Colours. Aku, salah seorang MT yang handle Dinner nie. Kitorang, Part 3 DPA UiTM Dungun diwajibkan untuk handle Dinner nie


Kitorang dah start rangka semua Dinner ni sejak penghujung sem lepas lagi. Masa tu, masingmasing sanggup balik lewat lepas habis final paper sebab meeting. Nak decide itu ini.

1st meeting kitorang lepas last paper final exam sem lepas


Bukak sem ni, makin keraplah meeting yang diadakan. Itu ini. Aku pulak sibuk duk siapkan surat-surat yang berkaitan dan turun naik HEP, HEA, kedai photostat dan bangunan lecturer. Tu lah yang tempat permainan aku sejak aku handle nie


Penat tu memang tak terkata. Esok nak exam, malam tu baru ada kelapangan masa nak study. Kalau ada gap masa, mesti settlekan dulu halhal surat dan photostat apa yang berkenaan. Balik bilik je, mesti terbongkang atas katil sebab dah penat sangat. Makan pun ikut dan je sebab sibuk settlekan itu ini


Masa, tenaga dan duet dah banyak dihabiskan untuk buat semua benda nie. Bukan aku sorang je, malah kawankawan aku pun sama. Ada yang sibuk dengan komander, ada yang sibuk dengan kolej, ada yang sibuk dengan Debat, ada yang sibuk dengan sukan, dengan kebudayaan. Tapi bila perlukan mereka untuk turun padang, dorang akan cuba jugak untuk datang. That was the spirit :)

Gman, Ketua Projek bagi penjelasan tentang Dinner


Tipulah kalau tak ada yang berselisih pendapat kan? Tipulah kalau aku cakap langsung tak ada masalah kan? Masalah tu tetap ada. Malah setiap hari, pasti ada. Itu ini ~ Memang ada dan kadangkadang pening kepala duk fikir. Tapi setiap cabaran, dugaan dan masalah yang datang, kitorang sama-sama fikirkan macamana nak selesaikan. Kawan tetap kawan tapi kalau halhal yang berkaitan dengan kerja, we are being profesional :)


Ada dalam lebih kurang 48 jam lagi untuk berlangsungnya Dinner kita. Kita dah capai sejauh ini dah so marilah kita teruskan apa lagi yang belum selesai. Aku harap sangat kita semua berganding bahu dan bekerjasama buat benda nie :)


Sebahagian dari mereka :)


Kalau kita percaya pada diri kita sendiri, semua benda tak mustahil. Kalau semua orang bagi kerjasama, saling percaya mempercayai, saling tolong menolong, saling memahami, semua benda nampak senang dan enjoy ! :D


..ya allah Kau permudahkanlah segala galanya. aminn..


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts