Surat Kepada Pakwe Kawan Aku

By Mysara Newrie - Tuesday, September 20, 2011



Salam. Entry ni khas untuk pakwe kawan aku dan kawan aku tu, merangkap teman aku ketika susah dan senang, teman nak pergi amik makanan, teman aku yang sentiasa ada dengan aku bila aku sorangsorang dalam bilik, teman aku yang paling kamceng dan teman aku kat UiTM ni yang aku baru sedar kitorang sebenarnya kawan kat Friendster sejak Form 2 lagi


Jujurlah aku cakap, aku kesian tengok kau. Yelah ~ Kau sayang gilergiler dengan pakwe kau tapi pakwe kau buat jahat dengan kau. Pakwe kau tak hargai kau. Oh baby plisss ~ Wake up. Sudah terang lagi bersuluh dia dah macam nak jauhkan diri dari kau

Aku tak nampak apa sebab die tinggalkan kau, nak break up dengan kau tapi still macam nak kontrol kau, calling calling kau. Lepas tu, bila tak ada mood, kau kena marah dengan pakwe kau. Apalahh~ Die ingat kau ni bahan eksperimen kat makmal sains sekolah rendah ker? -.- Kalau dah sayang tu, just prove it! Tak payahlah nak main tarik tali dengan kawan aku tue


Kepada pakwe kawan aku tue, kawan aku ni bukan backup plan kepada life kau eyyh? Dia ada hati dan perasaan dan dia berhak dihargai. Ingat balik macamana kau susah nak dapatkan die dan bila kau dah dapat kawan aku tu, kau buat tahi dengan kawan aku tue. Amboi ~ Ni lah orang cakap, habis madu sepah dibuang -.-


Dan yang paling aku lagi tak boleh blah, time kitorang, aku dan kawan aku tu, merangkap makwe kau, tengah nak FINAL EXAM kau boleh pulak mainkan perasaan kawan aku tue. Amboi ~ Hebatnya permainan awak. Bagus bagus. Meh sini aku nak bagi tepukan sambil berdiri atas kehebatan dan keberkesanan kau dalam memainkan perasaan kawan aku tue


Aku bukannya apa. Aku nak kau sedar yang permainan kau ni mungkin akan berbalik kepada kau balik nanti. Nanti bila kau dah sayang kat bakal awek kau dan awek kau buat benda yang sama dekat kau. Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ~ Masa tu baru kau tahu kan macamana perasaan kawan aku tue. Yelah ~ Sekarang ni, kalau nak dapat balasan, kat dunia ni pun dah dapat dah, cuma nak tunggu lambat atau cepat je.



Oh yess ~ masa tu aku nak kau jangan cari kawan aku tu sebab kau tak hargai dia bila dia ada dengan kau dulu



Aku tak tahu kau baca ke tak blog aku nie. Tapi aku harap kau bacalah ~ Kawan kawan kau pun dah tak suka dengan kau sebab kau dah buat kawan aku macam tue. Honestly, kalau kau sayang kawan aku tu, jaga dia elokelok. Kalau tak sayang, pleaseeeeeeeeeeeeeee jangan buat kawan aku macam tue. Aku tak sanggup tengok kawan aku sedih. Sakit hati dan jiwa aku tengok.


Kepada kawan saya tu, NFLBM yang selalu duduk di belakang atau depan saya ketika final exam, aku sayang kau. Aku tak nak dan tak sanggup tengok kau sedihsedih. Kau nangis, aku rasa aku pulak yang sakit. Sumpah sakit tengok kawankawan yang aku sayang sedih. Aku dapat rasa sampai ke hati aku. Kau jangan bimbang, selagi aku hidup, selagi aku bernafas, selagi aku masih mampu, aku akan sentiasa ada dengan kau. Bukan kau sahaja, malah kepada semua kawankawan aku yang lain.


p/s : Aku dah pernah terluka dulu. Sakit sungguh aku rasa. So aku tak nak kawankawan aku pun kena macam aku sebab aku sayang kawankawan aku :')

  • Share:

You Might Also Like

6 comments