Gadis Lesung Pipit Yang Mengalami Konflik Jiwa
By Mysara Newrie - Tuesday, September 20, 2011
Salam. Rasa macam dah lama tak bercerita tentang hati dan perasaan kat blog aku nie. Hehe :) Biarlah ~ Bak kata kawankawan aku "Amboi Mai, berseri seri je tau sekarang nie" Dan hanya aku mampu tersenyum sahaja, menunjukkan lesung pipit aku yang tak berapa nak dalam nie
Eh kalau aku tukar link blog aku kepada http://lesungpipit.blogspot.com ok tak? Haha :D
Ok okay ~ Aku dah melalut dah nie. Lately ni macammacam terjadi kepada aku. Maksud aku, perkara yang terjadi tu melibatkan hati dan perasaan lah. Aku macam ok je cuma sebenarnya aku sedang memikirkan semua tu. Ya ~ Aku sangat teliti dan terlalu banyak memikirkan even perkara tu macam ciputt je -.- Tu lah aku
Sekarang, aku cuma nak aim masa depan aku. Aku nak jalani kehidupan aku dengan sebaikbaik yang mungkin. Aku sedar, aku dah banyak buat salah sebelum nie. So lepas ni, aku nak cuba ubah semua yang tak baik menjadi yang lebih baik :) Termasuk hati dan perasaan aku ni
Bukan aku tuttt cuma aku berhatihati dalam memilih sebab aku tak nak bila aku dah sayang, semuanya berakhir macam tue. Sakit sungguh aku rasa. Ya ~ Aku tahu Allah ada sebab kenapa buat macam ni dekat kita cuma mungkin aku tak cukup kuat
Orang di sekeliling bercakap tentang aku. Mereka datang dan bercerita tentang mereka dan ada jugak menyelit cerita tentang aku jugak. Dan aku hanya mampu tersenyum dan kadangkadang aku boleh tergelak sebab pertanyaan mereka. Manusia ~ :)
Entahlah ~ Bila bercakap tentang hati dan perasaan semua orang nak tahu, nak dengar kan? Tapi korang tahu tak apa yang sebenarnya bermain dalam hati seseorang tu bila die bercerita tentang hati dan perasaan? Mungkin die tengah happy, sedih or kecewa. Kita tak kan tahu. Ibarat kata kawan aku, mulut kata lain, hati kata lain
Apa lagi aku nak cakap? Tunggu dan lihat je lah apa yang akan terjadi lepas nie. Harapharap semuanya perkara yang baikbaik sahaja berlaku. Aminn :)
Eh eh korang, ok tak kalau tak kalau link blog aku tu bertukar kepada http://lesungpipit.blogspot.com? HAHA :D
6 comments