Sesuatu Yang Bermain Di Fikiran Si Gadis
By Mysara Newrie - Monday, September 19, 2011
Situasi pertama - Si gadis mendapat sesuatu dari seseorang yang ala ala rapat dengan si gadis. Barang yang si gadis dapat akan membuatkan si gadis pasti teringat dengan si pemberi kerana ada kenangan dan cerita di sebalik pemberian tersebut. Si gadis terfikir, adakah si pemberi ingin si gadis ingat selalu kepada si pemberi?
Situasi kedua - Si gadis menerima panggilan dari seseorang yang tak pernah nak rapat dan kamceng tetapi sekali dah bercakap atau berjumpa, mereka seolah-olah kawan lama yang sudah lama terpisah jauh. Perhubungan si gadis dan si pemanggil itu tak ramai diketahui orang. Dan apabila menerima panggilan dari si pemanggil barubaru ni, si pemanggil mula menukar kata ganti diri yang pertama iaitu dari aku engkau kepada awak saya. Si gadis berfikir, motif nak cakap dengan macam tu?
Situasi ketiga - Si gadis dan si pemain bola ini dah kawan lama dah. Mereka memang rapat dari sekolah rendah dan kemudian terpisah kerana berlainan sekolah. Tetapi sejak tahun lepas sehingga kini, mereka kembali menjadi rapat kerana selalu berjumpa di manamana. Barubaru ini, si pemain bola berkata kepada si gadis "Kau je lah jadi awek aku" dan si gadis hanya mampu senyap tak terkata. Si gadis berfikir, tak kan lah si pemain nak rosakkan persahabatan yang sudah terjalin selama lebih dari 5 tahun tu dengan hal ini sahaja?
Situasi keempat - Si baju putih sering sahaja membuat si gadis tersenyum dan ketawa. Ada sahaja perkara yang ingin diperkatakan dan si baju putih seolaholah selesa dengan si gadis apabila kerap sahaja si baju putih menceritakan masalah kepada si gadis dan barubaru ini entah kenapa, si gadis dapat perasan akan kelainan dari si baju putih dan kelainan itu turut dirasai oleh kawankawan di mana kelainan itu lebih kepada perangai seseorang yang sudah jatuh cinta
Si gadis tak tahu kenapa tetapi si gadis mula untuk membuka mata melihat semua perkaraperkara di atas dengan lebih terbuka dan mula berfikir tentang sesuatu.
ANDA TAHU APA YANG BERMAIN DI FIKIRAN SI GADIS?
12 comments