Aah ~ Aku Dah Suka Dekat Kau

By Mysara Newrie - Friday, September 02, 2011



Siapa? Adalah seseorang tu. Aku tak sedar pun dan aku memang tak tahu macamana ianya boleh terjadi. Sejak raya pertama hari tu sampai sekarang aku asyik duk fikirkan dia


Aku tau die tu agak popular sebenarnya dalam kalangan kawankawan dia sebab dia tu ada rupa dan kaya jugak lah ~ Bawak kereta besar. Dan dia agak peramah, tak sombong. So haruslah perempuan duk suka kan die kan?


Kawankawan aku pun cakap dia tu ada rupa. Aku nafikan tapi bila dah lama-lama aku baru perasan. Betul jugak tue. Tapi bagi aku, bukan paras rupa yang jadi sandaran tapi dalaman.


Mulamula kenal dia, aku rasa so sooo. Tapi bila dah lamalama aku tahu dia ni seorang kawan yang baik, yang sentiasa ada bila kita perlukan. Aku sebenarnya agak terharu dengan apa yang dia buat dekat aku. Call aku dan dengar je apa yang aku nak cakap.


Dan yang paling aku happy, die datang jumpa aku dan bagi aku support bila aku terjatuh. Bila aku tengah dalam keadaan kritikal, dia ada pada waktuwaktu macam tue. Bila aku nak nangis, dia ada. Entahlah ~


Aku hanya anggap dia sebagai kawan sahaja. Aku akui kadang-kadang ada jugak dia panggil aku sayang semua tapi aku anggap tu sebagai sayang seorang kawan je sebab masa tu aku rasa die pun dah ada orang baru which is kawan aku jugak. Susah kan? -.-


Tapi lepas aku baca luahan hati seseorang iaitu kawan aku dekat Tumblr, aku macam baru sedar yang selama ni aku duk ternantinantikan dia. Aku kan selalu cakap sunyi kan? Sebab aku duk tunggu dia ruparupanya. Aku macam terbangun dari mimpi yang lepas


Aku tak tahu nak buat macamana. Aku dengan dia tak adalah rapat. Kadangkadang je dapat on call dalam phone tapi kalau dah on call memang berjam jam lamanya aku dengan dia duk kongsi cerita. Dia selalu cakap dengan aku, die selalu tengok FB dan blog aku.


Sekarang ni aku slalu fikir pasal die. Masa entry ni ditaip aku rasa macam nak nangis pun ada sebab aku tak sangka aku boleh suka dekat dia. Dia yang selalu support aku. Dia yang selalu dengar aku menangis. Dia yang selalu ada bila aku nak ada seseorang. Dia yang selalu cakap "Aku tak nak kau sedihsedih"


Dialah orangnya. Dan sekarang aku menangis sebab aku tak tahu macamana nak jadi rapat dengan dia dan atleast dia tahu isi hati aku nie. Dan dalam masa yang sama aku takut nak bercinta lagi sebab aku takut aku bertepuk sebelah tangan dan aku jugak takut kalau lepas dia dapat tahu, dia akan jauhkan diri dari aku T.T

Kawan, maafkan aku sebab aku dah suka dekat kau. Aku manusia biasa yang ada hati dan perasaan jugak cuma apa yang terjadi nie di luar dugaan aku. Aku selalu teringat dekat kau. Atleast aku nak jadi kawan baik kau yang paling rapat dengan kau. Thank you for everything that you had done to me :')

Ya Allah ~ Berikanlah petunjuk kepada hambaMu ini. Aminn ~

  • Share:

You Might Also Like

2 comments