[Topik] High Expectation, High Frustation ; Betul Tak? :)

Saturday, June 02, 2012

 

 Assalamualaikum


Bertemu lagi pada satu lagi entry aku yang _______ (anda isi sendiri) -.-




Yeahh. Korang pernah tak macam meletakkan harapan yang tinggi dan end up apa yang korang harapkan tu tak menjadi? Eh eh ~ mestilah pernah kan? Sebab kita kan manusia yang sedang menjalani kehidupan yang penuh pancaroba kan? Ambui ayat aku -.-


Well macam korang jugak, aku pun pernah jugak :) Frankly speaking, aku memang dah banyak kali menghadapi kekecewaan :) Contohnya, hubungan dengan ex ex aku sebelum ini, sesetengah kawan-kawan aku yang macam mengecewakan aku sedikit, dengan keadaan sekeliling. Macam-macam lagi lah


Tapi tahu tak? Inilah kehidupan. Aku sendiri tak faham kenapa ada orang yang selalu sebut "hidup ini tak adil" dan sebagainya sebab itu seolah-olah menyalahkan takdir yang Allah swt dah tetapkan pada kita. Habis tu, bila once kau dah cakap macam tu, tu macam kau tak bersyukur tau?


Berbalik pada cerita asal, dalam hidup ini memang kita selalu letak harapan atau expectation. For example, kau harapkan pakwe/makwe kau akan setia dengan kau dan takkan mainkan perasaan kau tapi end up sebenarnya kau dipergunakan oleh dia. See? Kau nampak tak betapa kecewanya perasaan pasangan yang satu lagi




Satu lagi. Kau harapkan kau dapat higher marks dalam exam kau tapi end up kau tak dapat. Maybe macam menurun sikit lah tapi pokok pangkalnya kau memang tak dapat apa yang kau nak. See? Kau kecewa dengan diri kau


One more! One more! Kau harapkan kawan-kawan kau yang palingggggggggggggggggggggg kau percayakan dalam hidup kau tapi sebenarnya dia tikam kau dari belakang dan kau tak tahu kenapa kau dilayan sebegitu. See? Kau yang kecewa


Aku percaya ramai yang dah lalui salah satu situasi yang aku sebut dekat atas. Jujurnya, semua situasi yang aku sebut dekat atas tu semuanya aku dah lalui. So macamana nak handle semua situasi macam nie?



Cara aku ; stop expecting and just accept it. Betul tu. Memanglah kita akan berasa kecewa tapi apa yagn kita boleh buat? Takkan kau nak ugut pakwe/makwe kau balik pada kau semula? Takkan kau nak rasuah lecturer/cikgu kau untuk naikkan markah exam kau? Takkan kau nak bunuh kawan kau yang dah tikam kau dari belakang tu?


Semuanya takk kan? So just bersyukur je lah apa yang kau dapat. Kalau pakwe/makwe kau berpaling dari kau, ingat ~ ni semua takdir Allah swt :) He knows better than us. Dia lah perancang segala-galanya dan ingat ~ mungkin ada hikmah di sebalik semua tue :) Kau tak boleh terus mengalah dan kadang-kadang kita ada jugak terdengar cerita pasal ada orang bunuh diri sebab putus cinta


Kalau markah kau rendah dari apa yang kau harapkan, janganlah putus asa. Cek balik jawapan kau tu, mungkin ada salah dan silapnya di mana. Maybe masa kau jawab paper tu, kau over confident. Kita mana tahu kan? Kun fa yakun. Kalau Allah swt nak macam tu, maka jadilah :)


Kalau kawankawan kau tikam dari belakang, just biarkan je lah ~ Sebab kita hidup ini ada macam-macam ragam manusia. Kau tak boleh nak expect yang semua orang sama je macam kau. Dna mungkin dalam kawan-kawan tu, atleast ada jugak lah seorang dua yang memang betul-betul kau boleh percayakan dengan hidup dan mati kau :)



So mulai dari sekarang, belajar erti bersyukur kepada Allah swt :) Bila kita terlalu mengharapkan sesuatu, kita akan lebih kecewa di kemudian hari :) Betul tak? :) So gunakan kata-kata ini yer kawan-kawan :)


Tapi sedar tak? Once kita dah kecewa dengan pakwe/makwe kita yang lepas, kita akan lebih berhati-hati dengan pasangan yang akan datang. Bila kita kecewa dengan markah exam kita, kita akan lebih berusaha dengan lebih gigih lagi untuk upcoming ecam. Dan bila kecewa dengan kawan-kawan kita yang dah tikam kita dari belakang, kita akan lebih memilih untuk memberi kepercayaan kita kepada orang lain :)


Bagi aku, tak salah untuk berharap tapi janganlah terlalu tinggi atau kau yakin yang harapan kau tu akan jadi kenyataan :) Orang cakap, just go with the flow. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, anggap tu bukan rezeki kau, okay? :)


This is life. High expectation, high frustation :)


 

You Might Also Like

2 comments