[Tips] Macam Mana Nak Kasi Blog Nampak Simple Tapi Menarik?

Saturday, June 02, 2012

 

 Assalamualaikum


Memandangkan aku baru je edit blog aku nie, maka ramailah yang tanya aku macamana nak edit blog kasi simple tapi menarik sebab dorang cakap blog aku sekarang ni macam tu lah :) Hehe thank you semuaa! :D


So kali ini aku nak kasi tips dekat korang macammana nak edit blog :)



1st less is more. Tolong ingat benda ni sampai bila-bila pun masa korang edit blog korang tue. Sebab orang nak datang blog kau sebab nak baca cerita kau, bukannya sebab nak jadi juri bagi anugerah blog tercantik *lainlah kalau kau masuk pertandingan anjuran sesape kan?* 


Sebab bila kau punya blog tu simple je, orang pun rasa macam best je datang blog kau sebab tak ada benda yang sesak sangat. Okay? :)


2nd jangan guna banyak-banyak sangat warna. Sebab apa? Kalau banyak sangat warna, kadang-kadang tu sakit mata tau? Better jangan lebih dari 3 warna lah :) Macam blog aku sekarang ni, aku guna warna hitam putih kelabu je sebab aku rasa warna ni sesuai dengan entry aku :)


Kalau blog aku warna warni tapi entry aku duk cerita pasal sedih-sedih je, tak best jugak kan? So inilah yang jadi titik permulaan aku untuk edit blog :) Kalau korang dah guna warna biru, cuba cari alternatif lain macamana nak kaitkan warna biru. Contoh, warna biru dekat link korang ke. Haaaaaa macam tu lah :)



3rd pilih gadjet yang penting sahaja! Dah nama pun nak blog yang simpe dan menarik kan? So haruslah kau cari dan pilih mana-mana widget yang kau rasa betul-betul berguna untuk kau dan readers kau. Barulah rasa macam mesra pengguna sikit :)


Kalau kau pakat letakkan semua dalam blog kau, habislah readers kau pun rasa macam pening nak baca. Sebab atas bawah kiri kanan ada je benda yang nak kena klik lah, nak kena baca lah ~ Ingat, kita buat blog ni sebab nak kasi orang lain baca :)


4rd kena pandai explore. Aku pun tak tahu nak kata macamana tapi macam aku, before aku edit blog, aku akan survey dulu mana-mana blog yang aku admire dan aku jadikan contoh untuk edit blog. Jujurlah aku cakap, selalunya aku akan tengok blog-blog dari luar negara sebab dorang punya blog sumpah lawa-lawa :)


Tak susah pun nak cari. Pandai-pandailah kau nak search. Lepas tu dengan menggunakan software yang kau ada seperti Photoscape dan campur dengan kekreatifan kau, Insyallah ~ blog korang akan jadi cantik :) Pasal kreatif tak kreatif ni, aku tak nak komen sebab lain orang lain caranya kan? :)



5th dan yang terakhir, mintak bantuan orang lain untuk kasi pendapat/komen tentang blog korang sebaik sahaja selepas korang edit blog. Tips ni memang aku selalu guna sejak aku dah pandai edit blog sendiri yakni lepas SPM ari tue. HAHA :D yelah ~ masa tu je lah yang aku ada masa panjang untuk study code HTML dan Java Script sendiri :)


Pilih kawan-kawan yang kau rasa komen die berguna pada kau. Bukan kawan yang hanya mengiakan sahaja kata-kata kau. Sebab kadang-kadang kawan-kawan yang berani berkata tidak tu sebenarnya bagus untuk kita sebab merekalah yang menyedarkan kita dari melakukan kesalahan :)


Okay kawan-kawan bloggerku sekalian. Itu sahaja tips-tips yang boleh aku bagi dekat korang :) Sebab ini yang memang aku buat. HAHA :D Tapi yang pentingkan, cara korang nak edit blog tu kasi nampak lain dari lain, kasi orang ingat dan kasi orang nak datang lagi dekat blog korang :)


Blog cantik atau tak itu yang tak penting ; yang penting isi blog korang tue. Blog cantik tapi tak berupdate apahal? :O #terasa aku -.-


 

You Might Also Like

15 comments