[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Thursday, June 28, 2012

Paling Sakit Di Antara Semua Kesakitan

 

 Assalamualaikum


awak hari ini kan, saya rasa sedih sangat-sangat. sebab saya rasa macam saya tak diperlukan oleh orang-orang dekat sini. saya pergi sini, orang buat muka. saya pergi sana, orang cakap-cakap belakang saya. 


saya tahu awak, saya tak sempurna, saya selalu jahat, saya outspoken, saya cakap apa yang saya rasa. saya tahu awak saya memang jahat, bukan kawan yang baik. salah saya awak




disebabkan itulah saya tak berani nak bagitau awak pasal perasaan saya dekat awak. saya selalu je simpan sorang-sorang. sebab saya tak nak awak malu ada perempuan macam saya yang suka dekat awak. awak tahu tak, saya sebenarnya dah letih dengan semua ini, dah penat sangat-sangat. kenapa orang macam tu awak? awak pun nak jadi macam tu jugak ker?


awak tahu tak, tiap-tiap malam saya menangis sebab teringat dekat awak. kalau saya berselubung dalam selimut dan dengar lagu, maknanya saya menangis lah tue. saya tak tahu awak. saya rasa sedih sangat


bila saya rasa sedih, saya harap sangat awak akan datang dekat sana, bawak saya pergi jauh dari sini dan tenangkan hati saya. awak akan bagi kata-kata semangat dekat saya dan bagi senyuman manis awak tu dekat saya. biar saya sorang je yang dapat senyuman hitam manis awak tue. 



lepas tu awak akan kasi saya tisu sebab saya tak kan benarkan awak sentuh saya tanpa ikatan yang sah. saya nak awak hulurkan tisu je, biar saya yang lap air mata saya sendiri. lepas tu awak buat lawak awak tu ke, kasi saya gelak je supaya saya rasa dah tak sedih


tapi 


macamana awak nak buat sedangkan awak tak tahu yang awak yang saya maksudkan ini adalah awak? macamana awak nak tahu sebab saya tak pernah nak bagitau awak? macamana saya nak awak tahu sedangkan saya simpan semua ini sorang-sorang?


kalaulah awak tahu, mesti awak terkejut. kalaulah awak tahu, mesti awak tak nak kawan dengan saya. kalaulah awak tahu, mesti awak tak nak bercakap dengan saya. kalaulah awak tahu, mesti awak akan jauhkan diri dari saya




dan itu sebenarnya adalah paling sakit di antara semua kesakitan ; 
the people we know had become the people we knew.

 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts