[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Friday, June 08, 2012

[Review Novel] Sleeping Arrangements by Sophie Kinsella aka Madeline Wickham

 

 Assalamualaikum


Okay ~ Aku kan suka membaca dan tiap kali kalau nak travel jauh-jauh, mesti macam WAJIB untuk aku beli satu novel dan baca along the journey. Ecceehh ~ bajet macam Tourist lah nie? HAHA :D


Okaylah ~ Baru-baru ini masa balik ke Sabah, aku ada beli satu novel by Sophie Kinsella. Hello? Novel-novel dia best okay? Baguslah untuk teenagers. 


Actually before aku bertolak ke Sabah aku dah beli Cocktails for Three tapi aku sengaja tak bawak sebab hajat nak beli novel baru dekat Sabah. HAHA :D Lepas tu, dah sampai Sabah tak beli-beli jugak sebab tak sempat nak pergi kedai buku -.-


And hari tu, aku pun pergi dan rembat novel nie




Novel ini mengisahkan Chleo, seorang fashion designer yang dah terlalu stress dengan kerja dia dan tambahan pulak die punya pekerja pun macam ada masalah sikit. So dia pun macam nak pergi holiday lah  dan kebetulan kawan lama dia, Gerard pun offer untuk kasi die duduk di satu villa di Spain. So die pun pergi dengan partner die, Philip dan dua orang anak lelaki mereka, Sam dan Nat


Oh btw ~ Chleo dengan Philip ni tak pernah berkahwin pun. Ala biasalah ~ Orang putih kan :)


Hugh adalah seorang lelaki yang tidak rasa gembira dengan kehidupan dia. Walaupun dia mempunyai pekerjaaan tetap dan sudah berkahwin dengan Amanda dan mempunyai dua orang anak perempaun, Octavia dan Beatrica tapi dia tak pernah nak kenal dengan anak dia sendiri sebab terlalu sibuk dengan kerja dan isteri dia pulak macam terlalu sibuk dengan renovation rumah dorang. So kawan lama dia, Gerard pun offer untuk kasi dia duduk di satu villa di Spain


Both couples are looking forward to their holiday sebab dorang macam mengharapkan yang holiday dorang di Spain ini akan merapatkan hubungan dorang, menyelesaikan masalah dan dapat lupakan pasal pekerjaan sekejap. Tak ada HP, tak ada cakap pasal kerja ; NONE!


Tapi bila mereka sampai di Spain, rupa-rupanya Gerard dah macam double-booked villa tu dan nak tak nak, Chleo & Philip dan Hugh & Amanda terpaksa berkongsi satu villa tu untuk tempoh percutian mereka selama seminggu


So adakah mereka dapat duduk sekali dengan karenah masing-masing? Kenapa sampai boleh jadi double-booked kan? Dan yang penting sekali, apakah rahsia di sebalik semua mereka ini? Jeng jeng jeng! Mueheheheh :p


My personal opinion ; novel ini best! Seriously! Bila kau dah baca, kau tak kan boleh berhenti nak membaca dan kau akan terus pergi ke next page and next page. Aku pun sanggup tak online sekejap sebab nak baca novel nie punya pasal :p


Novel ini best sebab ada unsur-unsur suspen sikit antara setiap penghuni dalam villa tue. Setiap orang macam ada rahsia dia sikit. Benda yang kau tak sangka, tetiba "Eh eh" haaaa macam tu reaksi kau. HAHA :D Bila aku baca part yang suspen tu kan, dengan aku aku sendiri rasa berdebar sebab tak tahu apa yang bakal terjadi. HAHA :D 


So apa yang korang tunggu lagi? Po i lah dapatkan novel ni sekarang jugekk! :D


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts