1st Week

Friday, June 15, 2012

 

 Assalamualaikum


Sekarang ni rasa macam feelingless gilergiler -.- Tak tahu lah kenapa. Nak online lama-lama pun macam sakit hati je sebab line dekat kolej ni sumpah slowwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww giler okay? Nak bukan new post ni berzaman aku duk tunggu nak loading -.-


Okaylah ~ Sekarang ni aku dah rajin pergi kelas. HAHA :D Hape nie?! Nampak sangat lah aku ponteng kelas kan selama nie? HAHA :D Okay okay ~ Since hari Rabu hari tu, aku dah full attendance dah :D Alhamdulillah ~ moga diteruskan sampai ke habis sem nie. aminn :)


Baru-baru ini, dapat terima satu mesej dari one of my lecturers. Alhamdulillah ~ aku rasa happy sangat-sangat dapat mesej tu. Lepas tu terus bagitahu dekat kawan-kawan yang terdekat sahaja sebab benda ni macam tak confirm 100% lagi. Aku just bagitau dekat ayah aku je dulu, mak tak ku bagitau lagi :)


Jujur dari hati aku, aku tak expect pun benda tu akan terjadi sebab aku just jalani kehidupan aku macam biasa. Tapi untuk mendapat tittle tu, tak terlintas langsung okayyy sebab aku tahu tahap aku di mana. Masih ada lagi di luar sana yang lagi hebat, pandai dan aktif dari aku. Tapi kalau ini ditakdirkan rezeki aku, aku terima :)


Syukur Alhamdulillah :)


Aku harap, berita tu jadi pemangkin aku untuk lebih bersemangat lagi pada semester terakhir aku sebab since you all knew, minggu ini sahaja aku dah ponteng kelas. HAHA :D Hello? 1st week semester pun kau dah berani ponteng kelas ke Sara? -.- Dua hari aku tak pergi kelas and lagipun kawan-kawan aku cakap, lecturer pun tak masuk so tak adalah rasa bersalah sangat. HAHA :D

Innocent je masa part 1 -.-

Lepas tu, biasalah ~ bila dah awal sem ni kan, jumpa kawan-kawan. Lepas tu hug hug sebab lepas rindu sebab dah 2 bulan tak jumpa kan :) Lepas tu masing-masing pakat duk tanya aku "Mai lecturer ni okay tak?" dan macam-macam soalan yang keluar dari aku


Bagi aku, semua lecturers yang pernah mengajar aku sangat-sangat best kalau KALAU kau ikut apa yang dia nak. Kalau dah lecturer tu cakap "jangan datang lewat pergi kelas, pakai kad matrix, buat soalan ini" just buat je lah ~ Alah bukannya susah pun kan? Cuba untuk penuhi kehendak lecturer dan insyallah kehidupan anda akan diberkati. Ecececehh ~ Blah lah kau Sara -.-


Masa aku duk cakap itu ini dengan kawan aku yang tanya pasal lecturer, dengan spontannya dia cakap "Malam ni kau update lah dekat blog pasal lecturer mana yang best" Ambuiiiiiii ~ boleh ker? HAHA :D Macam debor pulak nak tulis pasal lecturer dekat blog HAHA :D



Yelahh ~ Aku tak tahulah samada ada ke tak lecturer aku baca ke tak blog aku nie. Hai miss! Hai sir! Kantoi baca blog saya! HAHA :D 


Dah dah  -___-


Oh btw ~ kalau in case aku dah lama tak update blog, sorry lah sebab line dekat kolej aku ni slow giler. Lepas tu aku mungkin buzy dengan beberapa perkara dan events yang kena aku attend. So papehal, boleh contact aku dekat FB :)


p/s : sebenarnya tak ada idea nak update blog -.-


 

You Might Also Like

0 comments