Meeting Part 1 dan Part 5 DPA :)

Friday, June 29, 2012


 Assalamualaikum


huahuahua. akhirnya ada jugak masa aku nak menaip dekat blog nie. Bukan apa, aku macam malas sangat nak update blog lantaran, ambui hebat tau guna perkataan lantaran dalam blog okay sambung sebab aku tension yang teramat-amat sangat.


Ini cerita minggu lepas. Dari aku duk pendam dan perap je dan tak ada benda aku nak update, baik aku cerita pasal nie. Minggu lepas after modul, malam tu kitorang ada perjumpaan dengan part 1 sebab nak kenal-kenal. So semua part 1 terlibat dengan kebenaran lecturer kitorang

Part 1 perempuan

Pindah tempattttt

Antara yang hadir pada malam tue :)

Peace :)

Terima kasihlah kepada sesiapa yang amik gambar aku tengah berucap nie HAHA :D
So kitorang just bagi taklimat sikit pasal apa itu ASCAPS. Just a short talk je. Lepas tu kitorang bahagi-bahagikan kepada beberapa kumpulan. Satu kumpulan dapatlah dapat 4 orang senior untuk kenal dengan lebih dekat dan ice breaking sikit


Masa dorang ice breaking aku tak join pun sebab aku just sibuk meronda-ronda dari tu satu kelas ke satu kelas. Memang best sebab aku rasa semua seniors aka budak batch aku turun untuk memeriahkan majlis tue :) Tambah-tambah pulak Cemoi bertindak jadi jurugambar kitorang malam tue, memang banyak lah gambar yang diambil tapi aku tak sempat lagi nak amik.


Anak buah Pokcik 5B

Anak buah Achoy
Lepas tu kitorang kumpulkan mereka balik dan persembahkan apa yang mereka dapat dari seniors masa dorang dibahagikan kumpulan tue. Macam perkenalkan nama induk dan persembahan ker, macam tu lah :)


Harris handle masa nie

Antara yang hadir :)

persembahannnn! :D


Chicken dance! :D
HAHA :D Hamik kauuuuuu ~ dengan Chicken Dance sekali budak-budak part 1 ni duk buat persembahan. HAHA :D Aku pulak kerjanya asyik gelakkkkkkkk je memanjang malam tu sebab tengok gelagat dorang. Memang sumpah aku banyak giler gelak malam tue


So dalam pukul berapa entah, kitorang bersurai dan masing-masing balik ke kolej masing-masing :) Overall memang best lah sebab budak part 1 semuanya sporting dan aku rasa meman boleh masuk air lah dengan kitorang nie :)

Oh btw ~ punyalah kecik kan dunia nie? Aku jumpa balik kawan aku masa aku sekolah Darjah 6. WEYH DARJAH 6 TUUUUUUUU! Kawan aku tu nama dia Fuad, dia yang panggil aku. Mula-mula aku tak cam tau tapi bila dah ingat balik, sumpah aku rasa macam terkejut giler! HAHA :D Hai Fuad (kalau kau bacalah blog aku nie -___-


Budak part 1 DPA UiTM Dungun, jaga diri elok-elok, jaga diri. Ada masalah, boleh luahkan dekat kitorang nie. Kalau tension pasal study, jumpa lecturer terus dan mintak tolong dari dorang. Lecturer semuanya akan tolong kalau kita ada masalah :)


So adiossssssss! :D


 

You Might Also Like

2 comments