Apa Yang Ada Di Tenom, Sabah? :O

Sunday, June 03, 2012

 

 Assalamualaikum


Awal pagi tadi mak aku kejutkan aku pukul 6 pagi sebab nak pergi Pasar Gaya. Arhhh ~ Mengantuk giler tapi aku gagahkan jua. Kebetulan bandar Kota Kinabalu pagi tadi hujan, memang malas lah aku nak bangun -.-


Lepas tu, pergi beli barang kejap dekat Pasar Gaya. Mak aku belilah 6 cake lapis yang berharga RM15 satu. So mak aku tawar menawar lah dengan makcik kedai tue yang pada pandangan aku, sangat-sangat malas nak layan customer dan customer itu adalah mak aku 


Kau tahu apa makcik tu cakap? "Hmm boleh kurang, jadi RM14.50" Aku macam what the?! HAHA :D 50 sen pun nak berkira ker? Kalau kurangkan RM1 aku boleh terima lagi tapi 50 sen, pergh ~ ni 1st time dalam sejarah hidup aku. HAHA :D


Okay dah tamat cerita tu. Pukul 9 pagi tadi pulak, driver ayah aku amik kitorang dan kitorang pergi ke Sipitang. Ayah aku nak tengok Kem PLKN dekat sana. Hmm ~ Kem tu sumpah panas giler walaupun cuaca macam redup je. Maybe sebab kem tu macam open air kot? 

Kem Latihan PLKN Sipitang
Hai kawan-kawan :)
Lepas tu, berhenti rehat dan makan dekat Sipitang sebab dari pagi tadi memang tak makan pape. Sate dekat sini memang boleh tahan lah ~ esp kuah kacang die :) Tapi nak tunggu nasi goreng dia, Masyallah ~ lambat giler! -.-


Kedai yang kitorang makan ni dekat tepi dengan pantai. Angin memang kuat giler dan ombak pun bergelora, sama macam bergeloranya dalam hatiku ini. HAHA :D Ambuiii ~ Punyalah kuat sampai memercik-mercik ombak tu dekat benteng tue


Me with my hot mama :)
Engkorang jangan ingat bajet lah yang Sipitang ni sejuk sebab aku nya yang duk berselimut dengan pashmina dengan nampak asap-asap dekat belakang tu. HAHA :D Tu sebenarnya asap bakar satey tau? Habis baju aku bau asap -.- Sobssssss :(

Selamat Hari Raya :D
Haaaaaaaaaaaaa ~ Kalau dekat Semenanjung, kita panggil nasi impit kan? Alaaaaaa yang makan dengan satey tu. Tapi dekat sini dipanggil ketupat tau? Masa tokey kedai tu datang hulurkan mangkuk yang berisi dengan ketupat yang masih dalam anyaman die tu, automatik aku amik dan cakap "Selamat Hari Raya" Mak ayah aku gelak je :)


Dari Sipitang kitorang bergerak terus ke Tenom. Tenom ni popular dengan kopi dia tau? Sampai je dekat Tenom, kitorang pergi dekat satu tempat mana entah tapi macam tinggi giler lah ~ 


Dekat situ, aku dapat tengok satu pekan Tenom tue. Mak aku cakap pekan Tenom ni tak adalah besar sangat. Kecik je :) 

Bajet macam tengah buat survey je HAHA :D

Cuaca panas tapi tak berpeluh pun :)
 Lepas tu, turun dari tempat yang kitorang pergi tue. Then pergi dekat Tugu apa entah -.- Tapi tempat dia macam lawa lah :) Lepas tu tempat tu pun free je nak masuk so okay lah ~ Dalam bangunan just cakap je pasal sejarah Tenom dan sebagainya :)

Tugu :)

Untuk pengetahuan korang, dulu-dulu pahlawan dekat Tenom ni selalu memenggal kepala musuh-musuh dorang sebab dorang beranggapan semakin banyak kepala yang dorang penggal, semakin kuat mereka dan roh-roh tu akan teman dorang dekat alam sana. Haaaaaaaaaa ~ Lebih kurang macam tu lah :)

Tenomm :)
 After minum-minum dekat Tenom then pergi dekat Muzium Budaya Murut :) Nothing much ada dekat sini cuma just macam bangunan dan rumah panjang dan ada ukiran kayu dekat setiap tiang dan setiap ukiran dekat kayu tu semuanya ada maksud tertentu tauuu? :)


Dalam banyak-banyak ukiran yang ada, yang paling aku tertarik adalah ukiran apa entah nama dia. Tapi maksud ukiran tu adalah macam melambangkan yang seseorang tu tengah putus cinta. Contohnya ; kalau seorang lelaki tu tengah putus cinta dan cintanya ditolak oleh perempuan tue, si lelaki akan ukir kan corak tu dekat kayu dan letak kayu tu dekat depan rumah dia. 


So kalau orang kampung tengok ukiran kayu tu, dorang dah tahu lah sebab apa si lelaki tu bersedih dan tak perlu lah kau nak tanya "Kenapa kau sedih?" sebab itu macam menambahkan lagi kesedihan si lelaki tu. Gituuuuuuuuuuuuuuuuuuu ~ :D Yelah ~ dah kau dah tahu dia tengah sedih, buat apa kau nak tanya lagi kan? Hehe
Muzium Budaya Murut :)

Tempat Orang Murut berkumpul :)

Yeay yeay ~ :D
Then after lepak dekat Tenom, kitorang pun straight pergi ke Keningau sebab cousin ayah aku kebetulan datang dan bekerja dekat sini kejap. Macam long lost cousin lah sebab tak pernah pulak aku tahu ayah aku ada cousin dekat sini


Petang tadi pun dia datang, kiranya 1st time aku jumpa dengan dorang :) Memang terbaiklah cousin ayah aku tue sebab dah lah ramah, kelakar pulak tue :) Anak die pulak, Adibah yang baru Darjah 1 pun macam mesra je dengan aku :)

Adibah :)

Cousin ayah aku yang lelaki dan isterinya :)

So lepas tu, bailk ke Tambunan dan sampai pukul 6.30 petang :) So sekarang ni aku tengah duduk depan lappy dan sedang mengupdate blog ini untuk bacaan anda semua malam nie :)


Adiosssssssssssssssssssss amigosssssss! :D

 

You Might Also Like

1 comments